tempat kami tinggal sudah kering dan bolih dilalui semula,kami pun
segera bergerak ke masjidil haram.jam masa itu sekitar pukul lapan
malam.kami harus segera bagi melakukan tawaf haji atau tawaf ifadah.
sampai di masjidil haram air masih belum surut sepenuhnya didataran
kaabah.tapi kami terus melakukan tawaf dengan mengharungi air di-
paras buku lali. air semakin surut dan kering.
belum sempat kami menghabiskan tawaf,azam isyak telah berkumandang.
jadi kami terpaksa tangguhkan dahulu tawaf untuk beberapa pusingan
dan menunaikan dahulu solat isyak berjemaah.
selepas solat isyak kami meneruskan kembali tawaf yang berbaki dan
seterusnya sehingga tamat tujuh pusingan.
selepas tawaf dan sesudah solat sunat di multazam kami meneruskan
pula saie haji.
seperti biasa saie bermula dari bukit marwah dan berakhir di bukit
safa.kira kira sejam jugalah masa kami ambil untuk menyempurnakannya.
jalan ibrahim khalil berhampiran misfalah
jalan ibrahim khalil berhampiran ajyad
depan hotel tauhid
dataran kaabah masih di genangi air
air sudah mulai surut sebelum sembahyang isyak
jemaah sudah memenuhi kembali
multazam
tiang jin.
bukit safa dan bukit marwah - tempat bermula dan berakhir sai.