ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Sunday 28 December 2008

WALIMATUL URUS.....,ZAKARIA AWANG

menghadiri undangan walimatul urus sahabat lama kaum kerabat dari kampong
encik zakaria awang ,yang diadakan di batu cave selangor.



saudara mara dari kampong batu mengkebang kuala krai
adinda tercinta siti hajiza bersama suami dan anak anak.

Monday 1 December 2008

TUMBUHAN HERBA


Kulit Kayu Manis adalah salah satu rempah yang banyak khasiat
didalam kegunaan masakan seharian, ia juga digunakan untuk bahan
kesihatan tradisinal .




 CEKUR MANIS Nama saintifiknya sauropus androgynus juga digemari sebagai ulam.Cekur manis mengandungi vitamin B,C protein dan juga mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua. Dalam perubatan tradisional, cekur manis disarankan kepada ibu-ibu mengandung khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas melahirkan anak.Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dan menampal pada payu dara si ibu.Bukan sekadar itu,cekur manis yang dijuskan juga mujarab untuk mengubati sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.



 SELOM Dalam kelompok ulam-ulaman,pasti daun selom tidak ketinggalan.Dari keluarga Umbeliferae, selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica cukup digemari kerana baunya yang wangi serta kerangupannya.Paling berkhasiat lagi kerana fungsinya yang mampu membersihkan darah dan mencuci toksik di dalam badan. Posted by Seri Ratna Herbs Garden




 PUDINA Pudina atau nama saintifiknya mentha arvensis memang dikenali sebagai daun hiasan masakan.Dalam perubatan tradisional telah digunakan sebagai penawar masalah batuk berpanjangan.Bukan hanya itu sahaja digunakan untuk mengubati penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti selesema dan demam selesema.Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit ruam kulit. Posted by Seri Ratna Herbs Garden




 PUCUK PUTAT Nama botaninya Barringtonia J.R Forster merupakan sejenis tumbuhan yang hidup liar di kawasan pinggir,sungai persisiran pantai.Species yang digunakan sebagai ubat herba adalah B.Acutangula (L) Gaertn, B.asiatica (L) Kurz, B.macrostachya (Jack) Kurz, dan B.Racermosa (L) Spreng.Pucuk putat daun muda spesies B.acutangula dan B.racemosa boleh dimakan sebagai ulam.Manakala pokok spesies B.asiatica boleh ditanam sebagai hiasan,dijadikan penghalang angin.Bukan itu sahaja kayunya yang sudah dimasukkan bahan awet dan penghalau serangga digunakan untuk membuat kabinet.Namun begitu B.acutangula tidak sesuai dijadikan ubat herba oleh wanita kerana mempunyai sifat konseptif.



 KEMANGI Kemangi (ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan herba sangat popolar.Ia merupakan sejenis tumbuhan beraroma dengan bau dengan bau yang tajam seakan-akan limau.Kemangi dimanfaatkan untuk mengatasi kembung perut.Apabila bayi dan anak anda menderita kembung atau demam,sapukan saja ramas kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa pada bahagian perut,dada dan belakang. Posted by Seri Ratna Herbs Garden


   MISAI KUCING Misai kucing nama saintifiknya ialah orthosiphon stamenius,benth dari keluarga lamiaceas ,merupakan sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di negara kita.Ianya pokok herba renek yang tumbuh hingga mencapai ketinggian 1.5 meter.Ia merupakan sejenis pokok berbunga dan sering menjadi 
hiasan di halaman rumah terutamanya di kampung. Air rebusannya jika diminum sebanyak dua atau tiga gelas sehari dapat menyembuhkan penyakit kencing manis.Bahkan air rebusan tersebut dipercayai boleh membantu mengelakkan penyakit batu karang,gout dan reumatik.Bagi wanita yang punyai keputihan pula,minumlah air rebusan akarnya sehari dua kali.Insya-Allah keputihan akan hilang dan segala masalah dapat diatasi. Posted by Seri Ratna Herbs Garden saya adiza saidi....MOHON KEIZINAN DARI SERI RATNA HERBS GARDEN untuk tatanpan semua