ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Saturday 12 September 2015

PENDAKIAN PUNCAK ULUDAG BURSA.

TRIP KEMBARA SOLO TURKI

12 SEPTEMBER 2015
HARI KEDUA DI TURKI

sarapan pagi yang disediakan olih pihak oriental hostel cukup ringkas. minuman; air panas, teh uncang,kopi uncang, gula kiub, jus oren bagi pelangan yang tak mahu hot drink.manakala makanan pula,roti potong roti turki dan buah potong.....nama pun hostel bajet,9 euro semalam. aku ambil teh panas dan roti potong jer.
siap breadfast aku terus chek out. dari oriental hostel aku menapak ke stesen tram sultanahmet. dengan tambang 4 TL aku transit di aksaray.di aksaray menapak lagi ke aksaray metro stesen untuk ke istanbul otogar, di istanbul otogar aku membeli tiket bas untuk ke bursa.

pada peringkat awalnya, aku konfius jugak nak naik ape untuk kebursa, samaada naik bas atau feri. kedua dua pengankutan ini masing-masing ada pro dan kontranya, masing- masing ada kelebihan dan
kekurangan. dari segi masa dan perbelanjaan. tapi bagi aku, masa dan belanja tidak menjadi hal, yang
penting bagi aku, keselesaan dan pengalaman.perjalanan. selepas aku berbincang secara itik ayam dengan beberapa orang pelancong yang berpengalaman melalui trip itu,meraka mencadangka aku naik bas.. jadi aku pun membuat keputusan muktamad..... naik bas.
                                                                                     

tiket bas yang aku beli di istanbul  otogar bas dengan harga 32 TL untuk satu perjalanan. distesen bas ini terdapat banyak syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan ke bursa.juga ke destinasi -destinasi
lain selain ke bursa. untuk trip perjalanan pertama ini, aku memilih syarikat bas metro. ketika aku sampai di stesen ini,jam sudah pukul 9.20 pagi. jadi aku tidak menunggu lama ,sebab bas bertolak tepat pukul 9.30 pagi

 bas berhenti seketika  disatu  terminal untuk mengambil penumpang selepas kira kira sejam kemudian

 bas yang aku naiki mengunakan perkhidmatan feri bagi menjimatkan masa ke bursa.


 suasana di atas feri. penumpang bas dibenarkan turun dari bas dan bersiar-siar di atas feri,juga bolih
makan dan minum di cafeteria di atas feri.



 pelayaran dengan feri mengambil masa kira kira 30 minit sahaja




dua jam kemudian bas selamat tiba di bursa otogar

                                bursa otogar



aku mengambil perkhidmatan dolmos no 49 untuk ke pusat bandar bursa dengan bayaran 3TL semasa di dalam dolmos aku telah di bantu olih seorang hamba allah yang sangat mulia, beliau telah menunjukkan aku cara yang paling mudah untuk ke uludag......alhamdulillah benar.





tiket teleferik untuk ke puncak uludag

bandar bursa dari stesen pertama teleferik


stesen kedua bursa teleferik......kabus menyelubungi seluruh kawasan.....sejuk sangat- sangat

menuju ke stesen ketiga..stesen akhir.



stesen ketiga,stesen terakhir.......cuaca terang kembali tapi suhu tetap sejuk.
olih kerana sekarang musim luruh,tidak ada salji yang turun....tapi suhu tetap sejuk.
papan tanda petunjuk jalan bagi pengunjung yang hendak bersiar-siar di puncak uludag
sebuah hotel yang baru sahaja siap, menunggu masa untuk di sewa.......

olih kerana tidak banyak acara menarik di puncak uludag ,dan ditambah dengan suhu yang sangat sejuk aku tidak mengambil masa yang lama untuk tinggal di puncak. hanya sekitar 40 minit aku turun kembali kebawah.


ragam penjual aiskrim yang selalu pekenakan pembeli. aku pun terkena di sini....menyampah

pintu masuk dan pintu keluar bursa teleferik


1 comment:

  1. salam tuan haji, kongsi sikit cara paling mudah nk ke puncak tu, maksud saya dari pusat bandar ke teleferik tu. kalau kita naik dgn kereta sampai atas bole tak. tq tn haji.

    ReplyDelete