20 MACH 2016
HARI PERTAMA.
Alhamdulillah, bersua lagi kita dalam arina blog. sebelum memanjangkan cerita tuan punya blog ingin megubah sedikit title diri, kalau sebelum ini macam macam title diri telah di gunakan, ikut di atas mood masa menulis, kadang-kadang ' aku.' dan kadang-kadang 'saya'. bermula dari edisi ini tuan punya blog akan mengunakan title 'pakcik'....maalumlah itulah yang paling serasi buat masa ini dan seterusnya.
ok...pakcik akan memberikan sedikit ringkasan perjalanan kembara pakcik yang terbaru dan terkini.
dalam kembara ini. pakcik berikan tajuk KEMBARA REDAH SOLO BALKAN & EROPAH TIMUR 16. dalam kembara ini pakcik merancang untuk meredah negara -negara balkan dan juga negara eropah timur sebanyak 20 negara dan mengambil masa selama hampir sebulan. kos yang pakcik anggarkan sebanyak 1000 euro atau anggaran wang malaysia sekitar rm 4800. kos ini tidak termasuk tiket kapal terbang.
untuk trip ini pakcik mengunakan penerbangan air astana milik kazakhstan untuk pergi dan penerbangan royal jordan untuk kembali ke tanah air. kos tiket untuk pergi dan balik kedua- dua penerbangan ini adalah sekitar 500 euro ...pakcik kira ia mampu untuk di bayar, tidak terlalu murah dan tidak juga mahal. jadi kos keseluruhan adalah sekitar 1500 euro ( +- rm 7500)
ok ....
pakcik mulakan bicara ringkasan perjalanan ......
jam 6.00 pagi pakcik bergerak meninggalkan rumah dan menapak ke stesen LRT bandar tun razak. dalam 5 minit gitu pakcik dah sampai di stesen lrt, selepas membeli tiket di mesin ,pakcik terus masuk dan hanya menunggu tak sampai 2 minit lrt pun sampai, train pertama kot sebab kosong jer.belum sempat apa-apa.....dah sampai di stesen bandar tasik selatan. dari stesen bandar tasik selatan pakcik menapak lagi ke terminal bas bersepadu (TBS).untuk kestesen bas. pakcik memilih untuk menaiki bas dan tidak menaiki KLIA EXPRESS atau KLIA TRANSIT. tambang bas hanya rm 10 sedangkan train rm 50 ++
jam 7.00 pagi bas mula bergerak meninggalkan stesen bandar tasik selatan (TBS) menuju ke klia.
45 minit kemudian bas selamat sampai di terminal klia sepang.
trip perjalanan udara dan darat, bermula dari kuala lumpur, almaty, astana, istanbul dan seterusnya hingga ke italy dan berakhir di amman jordan dan kembali semula ke kuala lumpur.
trip perjalanan darat bermula dari istanbul turki dan berakhir di roma itali
negara- negara serta bandar - bandar yang akan di redah.
tiket atau boarding pass dari kl ke almaty (ALA) kazakhstan
ready take off
take off ready
souvenir penutup mata dan telinga dan berus gigi
souvenir untuk tekak
souvenir untuk perut
souvenir untuk perut
pesawat air astana selamat landing di almaty airport
almaty airport
airport almaty
almaty airport
almaty airport
aklmaty airport
almaty airport
almaty airport
tourist information
bermula keluar ronda
stesen teksi dan stesen bas
kazakhstan kola
pakcik sampai di airport almaty lebih kurang jam 4.50 petang waktu tempatan.selepas daftar diri di transfer desk, pakcik dibenarkan keluar atau tinggalkan atau pergi kemana sahaja yang di hendaki tapi misti datang kembali sekurang- kurang jam 6 pagi esok sebab pukul 7 pagi akan meneruskan penerbangan ke astana. olih kerana luggage telah boarding siap-siap di kl dan akan terima semasa di istanbul turki, pakcik berlenggang kangkong sahaja. suhu di luar airport sangat sejuk..xpdc mengigil bermula. long john yang pak cik pakai tak termampu untuk menahan kesejukan. pakcik ambil bas ke pusat bandar almaty, tambang 200 tenge lebih kurang rm 2.50. di pusat bandar pakcik tak sempat jalan dan tak sempat ambil gambar, banyak kedai sudah tutup dan suhu pun masa tu sejuk sangat. pakcik terpaksa korbankan gambar demi perjalanan baru sahaja bermula. buatnya sakit atau ada apa apa hal kan susah.........olih kerana suhu tidak mengizinkan pakcik tak lama berada di pusat bandar almaty.. lebih kurang jam 8 malam waktu tempatan pakcik kembali semula ke airport .
kembali semula ke airport
mereput kat airport
mereput kat airport sampai 6 pagi
6.20 pagi boarding time ke astana
airport almaty waktu pagi
menunggu boarding untuk ke astana
menunggu masa untuk berlepas ke astana
penerbangan dari almaty (ALA) ke astana (TSE)
penerbangan dari almaty ke astana mengambil masa hanya 1 jam 30 minit.
No comments:
Post a Comment