ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Thursday, 12 February 2015

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


                               

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


                          





Friday, 2 January 2015

KOTA DUMAI,DESTINASI TERAKHIR KEMBARA SOLO,

kembara solo ke indonesia.
jelajah hari kesepuluh
....hari terakhir.
kota dumai merupakan destinasi terakhir kembara aku untuk kali ini.mulanya aku masih berbelah bagi juga untuk menamatkan kembara ini,aku masih berhajat untuk ke medan serta ke aceh.tapi memandangkan keadaan banjir di kelantan agak teruk terpaksa batalkan rancangan aku.kiranya keadaan mengizinkan aku ingin kekelantan untuk membantu sekadar yang termampu.malam tadi ketika aku menonton tv,aku dapat menyaksikan serba sedikit penderitaan yang ditanggung olih mangsa-mangsa banjir di kelantan terutamanya di kawasan manik urai dan kuala krai.
semalam aku sampai di kota dumai sekitar jam 2.30 petang.bas yang aku naiki di pekan baru telah menurunkan aku di hadapan sebuah kantor jualan tiket feri ke malaysia.alhamdulillah selepas aku menempah tiket ferri dari dumai ke melaka dengan kos rp 250 ribu, dengan bermurah hati tauke kantor tersebut membenarkan aku menginap percuma di kantornya malam tadi.

                                                                                          





















                               pengkalan feri dumai




                                seasana di dalam feri


                               SELAMAT LANDING DI TERMINAL FERI MELAKA

Thursday, 1 January 2015

SINGGAH SEKETIKA DI PEKAN BARU,RIAU

kembara solo ke indonesia.
jelajah hari kelapan,
ketika aku berada di jambi,nasib aku tidak begitu baik, aku tidak berkesempatan untuk berjalan-jalan dan berposing dikawasan-kawasan menarik kerana ketika itu hujan telah turun. kata orang jambi,hujan menyambut tahun baru.lama juga aku menunggu hujan berhenti.sementara menunggu hujan berhenti lah aku hanya berposing disekitar stesen dan loket bas.selepas hujan berhenti,waktu pun sudah hampir malam, jadi aku pun terus menempah tiket bas ke pekan baru. 


bas berhenti disebuah rm untuk makan malam                                                                                         





                               bas yang aku naik





                               bas berhenti di sebuah masjid untuk solat subuh,

                                                                               
                                bas berhenti di loket untuk menurunkan penumpang






































bas meneruskan perjalanan menuju ke kota dumai.