ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Tuesday 10 October 2006

NUZUL QURAAN

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq

Friday 8 September 2006

NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah  telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda  dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda  berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda  selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Isi kandungan  [sorokkan]
1 Dalil
1.1 Malam pengampunan
1.2 Doa dikabulkan
2 Lihat juga
3 Pautan luar
4 Rujukan
Dalil[sunting]

Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."
Malam pengampunan[sunting]
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah  bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
Musyahin menurut tafsiran Imam al-Auza'i bermakna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad ).
Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi , orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah  bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah , maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda  di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda  bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud a.s "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka."
Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi  bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim."
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah  ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan terputus.[1]
Doa dikabulkan[sunting]
Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah , maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda ."
Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila Rasulullah  keluar solat Subuh, Baginda  akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."
Dalam riwayat lain Rasulullah  berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."[2]
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda  kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud.

Monday 21 August 2006

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Saturday 1 July 2006

NOSTALGIA KASHMIR - TEESRI KASAM

                           nostalgia kashmir.....setiap kali aku tengok clik video ni misti aku teringat kisah
kisah perjalanan ku di kashmir,pemandangan serta panorama yan cukup indah,sungai yang mengalir
tidak seperti sungai sungai dekat rumah ku di sungai pahi (mengkebang),bukit dan gunung yang menghiasi
banjaran himalaya sungguh cantik sekali.tidak seperti bukit cengel dan bukit tembeling di sungai pas.
dikala itu juga ku terbayang scen scen yang di lakonkan olih raj kapoor dan waheeda rehman ini......
agak agak bila lagi aku akan sampai di kashmir ini................

                                 

Friday 5 May 2006

INFO - BAYI


  Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa
  berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit.


MUTIARA HADIS - DIATAS HAMPARAN SEJADAH


          Rasullullah S.A.W bersabda; " Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang selama
          ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu
          mereka memohon dengan berkata ; Ya tuhan kami ! Berikan rahmat kepadanya."
                                                                                                  (HR Abu Hurairah r.a)

Thursday 4 May 2006

MUTIARA HADIS - LIMA KUNCI RAHSIA


    Daripada ibnu Umar r.a dari Rasullullah s.a.w bersabda;
    "Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu;
    1  Tiada mengetahui apa yang tersimpan didalam rahim (kandungan perempuan)melainkan Allah.
    2  Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
    3  Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
    4  Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.
    5  Tiada yang mengetahui bila hari kiamat akan terjadi melainkan Allah."
                                                                                                   (HR Bukhari)

Wednesday 3 May 2006

MUTIARA HADIS - LARANGAN MEMINTA - MINTA MATI.

           Rasullullah  S.A.W bersabda yang maksudnya : "jangan sesekali seseorang daripada
           kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya ; kalau
           keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata;
           Ya tuhanku,hidupkanlah daku selagi hidup ini lebih baik bagiku, dan matikanlah daku
           apabila mati itu lebih baik bagiku."
                                                                                        (HR Bukhari dan Muslim)

Tuesday 2 May 2006

MUTIARA HADIS - BERUSAHA MENCARI REZEKI

   Rasullullah s.a.w bersabda, maksudnya  " Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan)
   dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta minta (tidak menjadi pengemis
   dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap
   jiran tetanganya , nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengam allah dengan muka
   nya berseri seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
                                                                                                  (HR At Tabrani )

Monday 1 May 2006

MUTIARA HADIS - DUA WAKTU DIHARAMKAN SOLAT

         
         Daripada ibnu Umar r.a katanya , Rasullullah s.a.w  bersabda;
         "Janganlah kamu menunnggu waktu (solat) kerana  sengaja hendak solat pada
         waktu matahari terbit dan jangan pula pada waktu matahari  terbenam." (HR Muslim)


Tuesday 11 April 2006

SANAH HELWAH = MAULIDUR RASUL

                       hari penuh bersejarah buat ku. hari  ini genaplah usia ku 46 tahun dan hari ini 12                              

                                              RABIULAWAL 1427 adalah hari maulidur rasul.

                                   

LAGU HARI LAHIR UNTUK KU

                        

Thursday 9 February 2006

NADIRA DALAM KENANGAN


                      PERGINYA SENIWATI HINDUSTAN PUJAAN RAMAI .....NaDiRa
                                       

                                  

         

Friday 3 February 2006

NOSTALGIA KASHMIR, EK PHOOL DO MALI

LAGU YANG MENGINGATKAN AKU KEPADA 1001 MEMORI INDAH SEPANJANG
KENANGAN AKU BERADA DI BUMI KASHMIR DI SATU KETIKA..................................
  NISHAT GARDEN KASHMIR,SRI NAGAR.INDIA.


                              

Thursday 2 February 2006

Sunday 1 January 2006

SANAH HELWAH,KULLU AM WA ANTUM BI KHAIR - HARYATI

SANAH  HELWAH  BUAT PUTRI SULONG KU  HARYATI
YANG MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRANNYA 
PADA HARI INI BAGI KALI KE 23.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2006