ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Friday 31 January 2014

PANTAI SRI TUJUH,TUMPAT

31 januari 2014 = 29 rabiulawal 1435 hijrah.
assalamualaikum.
bersambong lagi entri pagi tadi.
lebih kurang pukul sepuluh setengah pagi kitaorang pun bergerak meninggalkan rumah di batu mengkebang dan menuju ke tumpat untuk menyewa shaley di pantai sri tujuh. tujuan asal kita orang bercuti balik kampong kali ini sebenarnya adalah untuk menghadiri  undangan majlis pernikahan anak sepupu kitaorang di kampong kangkong  pasir mas. dalam perjalanan dari kuala krai ke tumpat, kita orang mengambil jalan pintas melalui jalan tanah merah pasir mas. dengan tidak mengambil jalan kota baru melalui pasir pekan atau wakaf baru. sampai jer di pantai sri tujuh kita orang terus masuk shaley.










































                           
                          pic yang sempat AS rakam sebelum tidur untuk berehat,,,,,,jumpa lagi esok.

GUA MUSANG KE KUALA KRAI MACAM LUCERNE KE PARIS

31 januari 2014 = 29 rabiulawal 1435 hijrah
assalamualaikum.
bersambung entri pagi tadi.
perjalanan dari hentian rehat gua musang ke kuala krai kali ini sungguh berlainan sekali dari trip-trip yang lain apa taknya suhu sungguh sejuk. aku agak adalah sekitar 16 atau 17 selsius. aku yang baru sahaja pulang dari melancong di eropah merasakan seakan-akan sama suhu masa aku berada di lucerne switzerland menuju ke kota paris perancis.
MEM yang sudah tidur selepas kitaorang berlepas dari hentian rehat gua musang terjaga sebaik sahaja kereta kitaorang melintasi area bukit sejuk dekat R & R gua musang kerana terlampau sejuk. dengan selamba dia suruh tutup ekon. sedangkan ekon tak pasang pun. dalam sejuk -sejuk tu kitaorang selamat juga sampai di rumah kitaorang di batu mengkebang kira-kira pukul 5 pagi.

sarapan pagi selepas berhenti rehat dan melelap kan mata sekitar tiga jam.

                    bersiap , berkemas dan menyusun kembali barang-barang



bersedia untuk meneruskan kembali perjalanan menuju ke destinasi seterusnya

GONG XI FA CAI di HENTIAN GUA MUSANG

30 januari 2014 = 28 rabiulawal 1435 hijrah.
assalamualaikum.
hari ini hari khamis, hari yang di tunggu-tunggu semenjak seminggu lalu kerana hari ini sekali lagi aku berpeluang untuk berjalan jauh, balik kampong. besokkan hari raya. jadi dapatlah aku berpeluang menyambut raya dengan member-member di kampong,  oh ya lupa pulak ,besok bukan raya melayu tapi raya cina, KONG HEE FAT CHOY atau GONG XI  FA CAI. mengikut perancangan asalku, aku akan bertolak dari rumah di kl pada pukul 5 petang selepas solat asar, tapi MEM tak setuju, dia kata misti  bertolak malam selepas solat maghrib,dan kita bolih solat isyak di pertengahan jalan atau pun bila sampai di kampong nanti. nak tak nak terpaksalah aku ikut kehendak MEM. janji dapat balik kampong.



singgah di masjid tengku abu bakar raub. selepas solat isyak dan berhenti tukar pamper untuk dua orang putri ini kitaorang pun meneruskan semula perjalanan ke kampong. untuk trip ini kitaorang balik bertujuh, full sebuah alza, aku a.k.a. ketua rombongan,  mem a.k.a  ketua pengarah,  anak lelaki aku a.k.a. asisten driver, menantu aku a.k.a. single driver, anak perempuan aku a.k.a baby sitter dan ke dua-dua cucu cucu aku ,penyibuk a.k.a  penghibur. selepas tiga jam pemanduan,,,,,kita orang selamat sampai di HENTIAN GUA MUSANG.

       
 berhenti rehat lagi di sini ....sambut  GONG XI FA CAI di HENTIAN GUA MUSANG.







                               MEM tengah update status FB

                               menjamu selera mee sup dan kuew tiau sup



                                     
                               sempat bergambar dibawah pokok hijau buatan





Pukul  2.30  pagi kita orang pun bertolak meninggalkan  hentian gua musang menuju ke kuala krai.