ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Wednesday 20 November 2013

TANDA TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

1 sembahyang diringan-ringankan.

2 keinginan nafsu shahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah    dan filem.

3 penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama  serta memberi fatwa       yang  menyesatkan pengikutnya.

4 perkara benar disalahkan dan salah pula dibenarkan. susah untuk membezakan antara perkara halal    dengan haram kerana perkara yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5 berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk    mendapat kesenangan.

6 membayar zakat ( harta, perniagaan dan pendapatan ) dianggap beban.

7 manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih    kerana maksiat berleluasa, tetapi tidak mampu mencegahnya.

8 turun hujan diluar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk dimuka bumi.

9 fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki(homoseksual)dan perempuan berkeinginan dengan perempuan(lesbian) semakin menjadi jadi.

10 perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna guna,sihir dan amalan syaitan lain.

11 anak anak ingkar dan menderhaka kepada ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli kpd anak).

12 kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. kawan disangka lawan danmusuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat baik.

13 dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,minum arak,bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan,meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14 masjid dihias indah tapi kosong,terpulau,berkunci dan banyak berlaku kecurian barang barang masjid yang berharga.

15 ramai yang sembahyang tapi munafik dan berpura-pura.ketika sembahyang berjanji akan mengikut suruhan allah tetapi diluar sembahyang melanggar perintah Nya.

16 akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman)dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara berpakaian,bergaul dan suka berperta.

17 al quraan dicetak dengan indah tetapi dijadikan perhiasan dan jarang dibaca dan diamalkan isinya.

18 darah manusia tidak berharga,sering berlaku pembunuhan,peperangan dan jenayah.

19 penganut islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama,tidak mahu membela dan menyebarkannya.

20 ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Saturday 16 November 2013

Friday 15 November 2013

USTAZ NAZMI KARIM ; KISAH DERMAWAN LUAR BIASA

PERISTIWA BESAR DALAM ISLAM

                                                       DAIRI 2014 & TAQWIN ISLAM

muharam  1 - mulanya pengurungan dan pemulauan Rasullullah SAW dan bani hashim
                       tahun 6 sebelum hijrah          
                 1 - awal muharam/ maal hijrah 1 hijrah
                    - perang khaibar 7 hijrah
                 1 - perutusan surat Rasullullah SAW kepada pemimpin kerajaan 7 hijrah
                    - pentadbiran zakat dimulakan
               10 - saidina hussain bin ali mati syahid di karbala tahun 61 hijrah
               10 - hari asyura  (disunatkan berpuasa )

safar       27 - Hijrah Rasullullah SAW dari makkah ke madinah singgah di gua thur 1
                      hijrah
              12 - jihat diperintahkan 2 hijrah
              26 - jihat terakir yang diperintahkan sendiri Rasullullah 11 hijrah
   
rabiul      12 - maulid Rasullullah SAW tahun 52 sebelum hijrah
  awal        9 - keRasulan tahun 12 sebelum hijrah
                 1 - Rasullullah SAW berlepas dari gua thur ke madinah tahun 1 hijrah
                 8 - Rasullullah SAW tiba di Quba
                    - pembinaan masjid nabawi dimulakan pada tahun pertama hijrah
               12 - rabiul awal kewafatan baginda rasullullah SAW tahun 11 hijrah
               13 - pengkebumian rasullullah SAW di masjid nabawi tahun 11 hijrah
rabiul
akhir            - bulan keempat takwin islam
jamadil
awal             - perang mu'tah tahun 8 hijrah
jamadil
akhir            - rasullullah SAW berdakwah di taif tahun 3 sebelum hijrah
 
rejab        27 - israj mikraj tahun ketiga sebelum hijrah
                27 - solat lima waktu difardhukan tahun 3 sebelum hijrah
                     - hijrah pertama ke habsyah tahun 8 hijrah
                     - perang tabuk pada tahun 9 hijrah

syaaban    15 - pertukaran qiblat dari baitulmuqaddis ke baitullah di mekah
                        tahun 2 hijrah
                 15 - nisfu syaaban

ramadhan   1 - puasa di fardhukan/awal ramadhan tahun kedua hijrah
                 17 - perang badar tahun kedua hijrah
                 20 - tentera islam pulang ke madinah dengan kemenangan tahun 2 hijrah
                 20 - fathul makkah tahun 8 hijrah
                      - pengharaman riba tahun 8 hijrah
                      - malam lailatul qadar 21,23,25,27 & 29

 syawal       1 - solat aidil fitri dan zakat fitrah di fardhukan tahun 2 hijrah
                   6 - perang uhud pada tahun 3 hijrah
                 10 - perang hunain pada tahun 8 hijrah
                 29 - kewafatan putera rasullullah - ibrahim pada 10 hijrah
  
 zulkeadah  1 - perintah hijab diturunkan pada tahun 4 hijrah
                   8 - perang khandaq/ ahzab pada tahun 5 hijrah
                   6 - perjanjian hudaibiyyah
                 26 - Rasullullah SAW bertolak dari madinah untuk melaksanakan haji
                        terakhir (haji widha') pada tahun 10 hijrah

 zulhijjah      - baiatul aqabah pertama tahun 1 sebelum hijrah
                     - baiatul aqabah ke dua  tahun kedua hijrah
                  9 - haji di fardhukan pada tahun 9 hijrah
                10 - aidul adha dan khutbah terakhir rasullullah SAW tahun 9 hijrah
                10 - turun ayat Al Quraan terakhir pada tahun 9 hijrah.

Thursday 14 November 2013

10 MUHARAM ( HARI ASYURA)

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

    10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting       yang  mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan      keadilah dan       kebenaran.

    Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
    Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam  bulan
    Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
    Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
    Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
    Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
    Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari               40   malam.

    Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
    Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
    Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
    Hari pertama Allah menciptakan alam.
    Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
    Hari pertama Allah menurunkan hujan.
    Allah menjadikan 'Arasy.
    Allah menjadikan Luh Mahfuz.
    Allah menjadikan alam.
    Allah menjadikan Malaikat Jibril.
    Nabi Isa diangkat ke langit

Sunday 10 November 2013

TIP MEMANDU SELAMAT DI JALAN RAYA & LEBUH RAYA

  1. SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
    * rancang perjalanan anda
    * dapatkan rehat yang secukupnya
    * elakkan dari mengambil minuman atau ubatan yang boleh mendatangkan
       kesan mabuk atau mengantuk
    * hindarkan perasaan negatif seperti marah,kecewa dan teragak agak
       ketika memandu.
    * periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh.
    * simpan alat bantuan kecemasan didalam kenderaan
    * pastikan tayar gantian mempunyai angin yang mencukupi.
    * servis kenderaan anda tepat dada waktunya.

 2. MEMULAKAN PERJALANAN

    * bertolak awal untuk perjalanan yang jauh
    * pakai tali pinggang keledar

 3. MENGHAMPIRI PLAZA TOL

    * perlahankan kendertaan anda
    * pandu dilorong yang sesuai
    * jangan memotong barisan
    * jangan memasuki lorong eletronik jika anda bukan pelangan kad
      PLUSMiles, Touh'n Go atau SmartTAG

 4. MEMASUKI LEBUH RAYA

    * pastikan kenderaan anda tidak terus kelorong memotong apabila memasuki
      laluan utama dari jalan susur.

 5. MEMANDU DI LEBUH RAYA

    * jangan memandu secara berbahaya
    * pandu dilorong sebelah kiri sekiranya tidak memotong
    * bersopan ketika memandu
    * pandu mengikut had laju yangtelah ditetapkan
    * beri sepenuh tumpuan ketika memandu
    * pastikan kenderaan anda berada pada jarak yang selamat dari kenderaan
       dihadapan.
    * jangan makan,minum atau mengunakan talipon bimbit ketika memandu
    * jangan membuat pusingan-U di lebuh raya
    * jangan berhenti dilorong kecemasan
    * elakkan perbualan yang boleh menganggu konsentrasi anda ketika memandu
    * jangan memandu lebih daripada dua jam tanpa henti.

 6. MEMANDU KETIKA HUJAN

    * kurangkankelajuan kenderaan untuk mengurangkan kesan hydroplane
    * beri tumpuan yang lebih
    * pastikan kenderaan bergerak pada kelajuan tidak melebihi 80km/j
    * nyalakan lampu utama kenderaan,bukan lampu isyarat kecemasan
    * pastikan kenderaan anda berada 100 meter atau 4 saat dari kenderaan
       di hadapan
    * jangan berhenti di lorong kecemasan

 7. KEMALANGAN DI LEBUH RAYA

    * alihkan kenderaan anda supaya tidak menganggu perjalanan lalulintas
       kecuali kemalangan yang teruk atau kemalangan yang melibatkan kematian
    * beri bantuan segera kepada mangsa kemalangan
    * letakkan penanda seperti kain merah atau kon untuk memberi amaran
       kepada pemandu lain
    * minta bantuan polis,bomba atau pasukan bantuan kecemasan yang lain
    * jangan tanda tangani sebarang dokuman sehingga anda telah membaca
       dan memahami isi kandungannya.

 8. KELUAR DARI LEBUH RAYA.

    * pandu di lorong palig kiri
    * nyalakan lampu isyarat sebelum memasuki persimpangan yang dikehendaki
    * awasi sebarang kenderaan yang mungkin memasuki persimpangan tersebut
       secara tiba-tiba
    * jangan menukar lorong pada saat-saat akhir
    * bersabar ketika beratur.

Saturday 9 November 2013

10 SEBAB YANG MEROSAKKAN OTAK

1 . TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.

apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah, ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.



2 . TERLEBIH MAKAN

ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak
   
 

3.PENGHISAP ROKOK.
 
asap rokok akan mengakibatkan sel sel otak terjejas atau terbakar dan bolih mengakibatkan penyakit alzhemer.


4. PENCEMARAN UDARA.
   
Otak adalah penguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
                         

5. PENGAMBILAN GULA YANG BERLEBIHAN.
   
Pengambilan gula yang berlebihan akan menganggu proses penyerpan protein dan nutrisi.Selain daripada itu ia akan menganggu perkembangan otak yang sihat.
                           


6. TERLEBIH TIDUR.
   
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tapi masa tidur yang panjang bolih mengakibatkan sel sel otak kita mati.
                         

7. MENUTUP MUKA SEMASA TIDUR.
   
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan pada otak.
                        
  

8. MEMBIARKAN OTAK BEKERJA SEMASA KITA KURANG SIHAT.
   
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel sel otak.

                               
9. KURANG BERIMIGINASI.
   
Berfikir adalah cara terbaik untuk kita melatih otak kita. Kurang berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan atau keaktifan otak menurun.
                          



10. JARANG BERFIKIR.
     
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak.

                           

Tuesday 5 November 2013

KULLU AM WA ANTUM BI KHAIR

 
assalamualaikum buat semua,
sempena kehadiran tahun baru 1435 hijrah ini,sempatlah kiranya aku ucapkan..........
KULLU AM WA ANTUM BI KHAIR.
semuga kehadirannya dapat di sambut dengan penuh ceria.
....wassalam.

                                      BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

                                      DOA AWAL TAHUN.
       
Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semuga tercurah ke atas Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan para sahabatnya. YA ALLAH ! Engkaulah Tuhan yang kekal abadi, sedia ada, tiada permulaan.  Anugerah-Mu yang  MAHA  AGUNG  dan KEMURAHAN- MU sangat kami harapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar kami terpelihara dari pada tipu daya syaitan yang dilaknat dan kuncu- kuncunya. Kami mohon kepada Mu agar dapat mengendalikan hawa nafsu yang mengajak kepada keburukan. Kami mohon kepada -Mu agar kami dapat bersedia melakukan amal amal kebajikan yang dapat mendekatkan diri kami kepada Mu. YA ALLAH ! Tuhan yang MAHA AGUNG lagi MAHA MULIA. Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan RAHMAT. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mentadbirkan  alam semesta.Semuga dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w. dan keluarga dan sahabat - sahabatnya sekelian serta segala puji itu bagi ALLAH  tuhan PENTADBIR seluruh ALAM.