ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Sunday 6 March 2011

MELANCONG SEHARIAN KE SINGAPURA

entah kali yang keberapa ratus dah aku berulang alik atau keluar masuk 
ke kota singa ini.tapi kali ini lain pula kisahnya. kalau kebiasaannya aku
masuk dan aku keluar ada tujuan dan ada matlamat.tapi kali ini aku pun
tak tahu.yang aku tahu hanya kerana anak perempuan ku berhajat sangat
untuk melancong yang perlu cop passpot. jadi pilihan terbaik untuk me
menuhi impiannya adalah pergi melancong ke singapura.
setelah persetujuan dan kata sepakat kami pun teruskan perancangan.
nak tahu kisahnya...........
al kisah....aku naik komuter dari stesen  bandar tasik selatan, agak agak 
pukul 5.30 petang ia itu selepas sembahyang asar. menuju ke seremban.
di stesen ktm nilai aku bertemu anak ku hidayah yang sedia menanti untuk
ke stesen ktm seremban.
jam 12.00 malam ktm dari kuala lumpur menuju ke singapura telah tiba
di stesen seremban. keretapi itulah yang  aku tunggu dan naik untuk aku
teruskan perjalanan ku.
naik jer keretapi.......ape lagi terus aku tidur. sebab aku tempah seat tempat
tidur.


pukul 6.00 keretapi telah sampai di JB selepas menurun dan menaikkan
penumpang keretapi menerukan perjalanan ke woodland singapura.

pukul 7.00 pagi keretapi tiba di chek point woodland.




selepas selesai urusan imigrasen dan pemeriksaan kastam
semua penumpang naik kembali ke keretapi dan bergerak kestesen tanjung pagar
9.00 pagi selamat tiba d stesen tanjung pagar.


selepas sarapan pagi ,roti canai dan tea o di stesen tanjung pagar, aku dan
anak ku hidayah, menapak ke cliffort pier .