ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Thursday 4 July 2013

ALLAH SAYANG KEPADA HAMBANYA YANG PENYAYANG.



        kadang kala allah hantar seekor kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang
        atau tidak terhadap rezeki allah.rezeki tersebut mungkin adalah kucing tersebut
        atau makanan atau kasih sayang dan perhatian.
        kucing itu tidak;

        * meminta ikan segar
        * meminta ikan yang digoring
        * meminta pinggan yang cantik dan elok ketika makan
        * meminta air untuk membasuh mulut
        * meminta untuk dilapkan mulutnya.

        kucing itu hanya meminta simpati manusia untuk diberikan sisa makanan yang tidak
        dihabiskan,tetapi kenapa kita tetap tidak mahu beri sisa makanan kita kepada
        kucing itu ?.bersama-sama mengigatkan diri sendiri,bershukurlah keranas rezeki
        sedikit yang diperoleh,berkongsilah dengan sesiapa sahaja termasuk makhluk  allah
        yang comel iaitu kucing. kelak kita akan mendapat rezeki yang lebih daripada allah.
        insyaallah.

Wednesday 3 July 2013

Sultan Kelantan rasmi 'Masjid Beijing' di Rantau Panjang



PASIR MAS 2 Julai - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli merasmikan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau lebih dikenali sebagai 'Masjid Beijing' di Rantau Panjang dekat sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan para kenamaan negeri.

Terdahulu, baginda yang segak berpakaian baju Melayu hijau berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama-sama kira-kira 1,000 jemaah terdiri daripada penduduk setempat pada majlis berkenaan.

Pembinaan masjid di atas tanah seluas 1.48 hektar dengan kos sebanyak RM8.8 juta itu dimulakan pada 12 September 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009.

Masjid yang diberi jolokan 'Masjid Beijing' dengan berkonsepkan seni bina Cina bercirikan Islam di samping mencerminkan tiga budaya terdiri daripada masyarakat Cina, India dan Melayu itu terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang yang bersempadan dengan Thailand.

Selain itu masjid berkenaan juga menyediakan tempat bagi Pusat Ilmu dan gelanggang dakwah bagi penduduk setempat dengan menjalankan pelbagai aktiviti muamalat di samping memberi kemudahan beribadat juga kepada pelancong dari luar negara.

Ahmad Yakob dalam ucapannya berkata, masjid berkenaan menjadi mercu tanda keagungan Islam di bumi Kelantan dan telah diilhamkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Masjid ini agak berbeza dengan kebanyakan masjid yang dibina di Kelantan ataupun di negara ini. Dari jauh tidak kelihatan seperti sebuah masjid ekoran senibinanya yang berbeza sehingga digelar 'Masjid Beijing' walaupun lokasi masjid itu berada di Rantau Panjang.

"Masjid ini juga menjadi lokasi persinggahan penting pengunjung di dalam mahupun luar negara yang datang ke negeri ini.

"Dapat dilihat masjid ini tidak putus-putus dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat untuk melihat sendiri keindahan senibinanya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

SURAH SURAH AMALAN UNTUK IBU-IBU MENGANDUNG


          SURAH AL FATIHAH; untuk terang hati dan menguatkan ingatan
          SURAH MARIAM    ; untuk memudahkan ibu ibu bersalin dan memperolehi anak yang solih
          SURAH LUQMAN    ; untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya
          SURAH YUSUF     ; untuk memperoleh anak yang rupa dan akhlak yang cantik
          SURAH ALHUJURAT ; untuk memperbanyakkan susu ibu dan melahirkan sifat berhati hati
                            dalam diri anak
          SURAH YAASIN    ; untuk ketenangan hati dan memastikan anak anak jauh daripada
                            godaan iblis dan sekutunya
          SURAH AT TAUBAH ; untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
          SURAH AN NAHL   ; untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Tuesday 2 July 2013

9 FADILAT MENDIDIK ANAK


       1. ciumlah anak anak kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
          surga. nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat.
       2. surga itu adalah sebuah kampong kesenangan.tidak akan masuk kedalamnya melaikan
          mereka yang sangat menyintai kanak-kanak
       3. sesiapa yang keluar ke pusat beli beli lalu membeli barang-barang,selepas itu
          kembali ke rumah dengan membawakan buah tangan untuk anak anaknya, dia pasti
          mendapat rahmat daripada allah dan tidak disiksa diakhirat kelak.
       4. muliakan kanak kanak dengan mengajar meraka adat dan ilmu agama,sesiapa yang
          memuliakan anak anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung setiap dosa
          yang dilakukan olih anak anaknya.
       5. aqrak pernah melihat nabi muhammad s.a.w mencium cucu baginda iaitu hassan.
          aqrak berkata,anakku sebanyak sepuluh orang tapi tiada seorang pun yang pernah
          aku cium" sabda nabi muhammad s.a.w "orang yang tidak menyayangi tidak pula
          akan disayangi"
       6. sesiapa yang ke pasar lalu membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya
          selepas itu dia memikulnya kerumah,pahalanya seperti dia memikulsedekah
          untuk orang yang berhajat.
       7. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka sesiapa yang
          mengembuirakan anak perempuannya,seolah olah dia memerdekakan anak nabi ismail
          alaihissalam.
       8. sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seperti orang yang sentiasa
          menangis kerana takutkan allah,orang yang menangis kerana takutkan allah,diharamkan
          olih allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

       9. seorang lelaki bertanya" ya rasullullah s.a.w kepada siapakah aku wajib berbakti?"
          jawab baginda,"berbaktilah kepada ibubapamu" Tanya orang itu lagi "ibu bapaku sudah
          tiada lagi" sabda rasullullah s.a.w "kalau begitu,berbaktilah kepada anakmu,ibu bapa
          berhak terhadap dirimu dan anak kamu pula berhak keatas kamu".


          subhanallah.....begitu banyak ganjaran yang allah kurniakan kepada mereka yang
          menyayangi anak anaknya.semoga kita semua mendapat fadilat yang dinyatakan diatas
          INSYAALLAH.

Monday 1 July 2013

SUNNAH-SUNNAH RASULLULLAH S.A.W

           Sunnah Rasullullah s.a.w adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri
       dan melahirkan rasa cinta kita kepada baginda. Dengan mengikuti sunnah-sunnah
       Rasullullah s.a.w diharapkan akan dapat menjadikan kita tergolong dalam golongan
       yang menghidupkan sunnah baginda s.a.w. Ada sebahagian sunnah-sunnah tersenarai
       dibawah telah kita amalkan dan ada juga yang kita belum mengikutinya.Berikut
       disenaraikan secara ringkas beberapa amalan amalan Rasullullah s.a.w semasa
       hayat baginda. Marilah kita menjadikan ia sebagai amalan harian kita.
       Semoga bermanfaat untyk kita,InsyaAllah.

       1. Tidur dalam keadaan berwuduk dan berwuduk sebelum mandi
       2. Selepas wuduk sembahyang dua rakaat
       3. Banyak bersugi
       4. Datang awal ke masjid
       5. Sembahyang sunat di rumah
       6. Puasa sunat 6 hari dalam bulan shawal dan berpuasa tiga hari setiap bulan
       7. Puasa pada hari arafah dan hari asyura
       8. Berdoa kitaka singgah di sesuatu tempat
       9. Mula dengan kaki kanan apabila memakai alas kaki
       10.Makan dengan tiga jari tangan dan menjilat jari itu apabila selesai makan
       11.Minum dan berubat dengan air zam zam
       12.Meletak tangan pada tempat sakit lalu doa
       13.Doa untuk muslimin yang tidak bersama-sama dalam sesuatu majlis
       14.Sentiasa senyum dan menyebarkan salam
       15.Tahnik mulut anak yang baru lahir dan mengakikahkan anak
       16.Ziarah menziarahi kerana allah
       17.Nyatakan kecintaan apabila cinta terhadap seseorang
       18.Tutup mulut apabila menguap
       19.Membantu keluarga dalam kerja rumah
       20.Membunuh cicak
       21.Larangan mencerita semua perkara yang didengari
       22.Banyak membaca al quraan
       23.Jimat pengunaan air
       24.Mengambil air sembahyang sebelum mandi wajib
       25.Banyak solat dhuha,solat rawatib,solat witir, solat istiqarah dan qiamullail
       26.Berdoa ketika memakai baju baru
       27.Memakai celak dan memakai cincin
       28.Berniaga
       29.Membela kucing
       30.Tidak mencela makanan
       31.Menutup mulut dan rendahkan suara ketika bersin
       32.Memulakan tidur dengan mengiring sebelah kanan
       33.Mengambil wuduk setiap kali bersolat walaupun tidak batal.