ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Friday 22 December 2000

NUR HIDAYAH BINTI AHMAD SAIDI

HARI INI DALAM SEJARAH.
Hari ini dalam tahun 1987 adalah hari  yang mengembirakan buat aku juga isteri ku
ZAINAB MOHD MIODIN kerana hari ini kami di kurniakan seorang cahaya mata
seorang putri yang comel, NUR HIDAYAH ku beri nama .



                              

PULANG KE TANAH AIR

Tuesday 28 November 2000

HARI KE DUA DI MEKAH

       
hari kedua di mekah dan hari  kedua juga  berpuasa,  selepas solat  subuh  aku tidak  segera  pulang kehotel malah aku beriktikaf sahaja di masjidil haram, buat solat sunat dan baca quraan.terfikir aku untuk membuat umrah sunat atau tidak.sebab semalam, selepas aku selesai sempurnakan umrah wajib aku. aku terus ulang umrah sunat, aku terus ke tanaim untuk miqat dan melakukan tawaf serta sai. walaupun masa itu aku sedang berpuasa tapi kerana semangat yang kuat langsung aku tidak rasa letih dan dahaga. hari ini sudah lain sedikit,walaupun semangat masih kuat tapi rasa letih dan dahaga juga sudah terasa.......mungkin sebab iman masih kurang. jalan terbaik yang aku mampu lakukan hari ini ialah tawaf sunat.

Monday 27 November 2000

SATU RAMADHAN DI MEKAH

           
1 ramadhan 1421, diawal  pagi kami selamat sampai  di kota mekah,sebaik sahaja kami turun dari bas mutawwif terus menghidang  jamuan  untuk sahur, barang - barang kami, di urus  olih  pihak  hotel. hidangan sahur cukup bagus,nasi mendi dan jus mangga. para jemaah  menikmati  hidangan  dengan penuh selera,mungkin meraka kelaparan,maalumlah kali terakhir mereka menjamah hidangan semasa berada di madinah selepas solat zohor semalam.  semasa  dalam perjalanan bas tidak singgah di mana mana tempat makan kerana bimbang kesuntukan masa, itu pun di atas persetujuan jemaah juga. pihak pakej hanya menyediakan air minuman dan sebuku  roti sebagai mengalas perut.
selesai bersahur baru lah kami di berikan bilik masing masing.

Wednesday 22 November 2000

UMRAH SEBULAN RAMADHAN BERSAMA JAFILA




             BERANGKAT KETANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN UMRAH SEBULAN

             DI BULAN RAMADHAN BERSAMA PAKEJ JAFILA TRAVEL.




Thursday 10 August 2000

MELANCONG KE SYDNEY DAN MELBOURNE

Bersambong pada entri yang lepas........oh ya ada kesilapan teknik berlaku dalam entri yang lepas.Didalam entri lepas aku tak cerita langsung bab dan kisah aku di australia sama ada semasa aku di sydney atau di melbourne.kecantikan keunikan serta ke indahan ke dua dua kota metropolitan itu. Juga aku tidak pos gambar gambar nya sekali. sebenarnya macam ni.kisahnya panjang sangat tak larat nak tulis, keindahan kecantikan serta keunikannya sukar di gambarkan pada lat top ini.dan satu lagi gambar gambar yang aku ambil semasa itu banyak yang dah rosak serta hilang. maalumlah kerana sudah lama lagi pun penjagaan aku pada gambar atau foto tak berapa cakna.aku main selit selit serta sepah sepah sana sini aje....so jalan paling sesuai untuk tontonan korang semua aku ingat baiklah korang pergi sendiri kesana dan saksilah sendiri dengan mata kepala korang. kalau korang tak da duit....elok lah menabung dari sekarang, mungkin dua atau tiga tahun lagi dapat lah korang pergi.....itu pun kalau korang panjang umur.

         
                                   

opera house sydney waktu  malam
opera house waktu pagi

Tuesday 8 August 2000

MELANCONG KE SYDNEY AUSTRALIA.


       
1976 aku meneruskan persekolahan aku ke tingkatan empat,aliran sastera di sekolah menengah sultan yahya putra, kuala krai. walau pun aku bukanlah seorang  pelajar  pintar tapi aku dikira  bernasib baik kerana dapat melangkah masuk ke tingkatan empat.  Dari  perangkaan yang dibuat murid murid yang seusia dengan aku dari darjah satu hingga darjah 6 , ia itu dari sekolah kebangsaan batu mengkebang, tidak sampai separuh meneruskan persekolahan keb tingkatan satu di sekolah  menengah  kebangsaan kuala krai.  Dan dari tingkatan  tiga  pula  terkandas lagi semasa peperiksaan SRP.
cuti penggal pertama dan kedua selama dua minggu,aku tak lepaskan peluang,aku terus ke singapura serta cuti akhir tahun selama sebulan setengah lagi peluang terbuka untuk aku.

                                              depan rumah ayah angkat di sydney australia.
                                          
1977 satu lembaran baru buat aku, selepas sahaja habis menjalani peperiksaan  SPM  aku segera  ke singapura dan terus ke FAR EAST LIVINGSTONE SHIPYARD. Aku meneruskan kerjaya lama ku dan  bertemu  semula dengan  staff dan pekerja  yang  masih  ada. Kali ini aku bukan lagi bekerja di dermaga atau di pelabuhan.aku diberi peluang untuk mengikut kapal,aku mendapat kepercayaan dari boss aku. aku mula belayar.  KAPAL ABU DHABI  yang aku  naiki  mengharungi  lautan luas dan singgah seketika di dermaga Thailand, cambodia, vietnam, macau, hongkong, taiwan, indochina, philipina, indonesia, papua new guine dan australia.
mac 1978 semasa aku berada di sydney australia, aku mendapat arahan dari boss aku menyuruh aku balik untuk meneruskan persekolahan ke tingkatan enam. sedih lagi kerana terpaksa berhenti kerja serta berpisah dengan member member kamcing.

april 1978 aku melangkah ketingkatan enam.
...semasa aku di tingkatan empat, aku pernah bergaduh dengan seorang cikgu, gara - gara aku action dan berlagak macam orang kaya. semasa di tingkatan lima juga aku pernah bergaduh dengan cikgu dan pelajar senior dari gara -gara yang sama. tapi paling mencabar semasa aku di tingkatan enam, aku bergaduh lagi dengan seorang cikgu, sehingga cikgu tersebut meletakkan jawatan. ia bermula setelah cabar- mencabar siapa yang pernah keluar negara. Dalam satu kelas hanya aku seorang sahaja yang pernah keluar negara. dengan penuh ego aku mendakwa  aku telah pergi seluruh negara di asia. cikgu tersebut tidak percaya. beliau terus mencabar aku dan mengatakan aku bercakap bohong. hari tu aku rilek sahaja.Tapi besoknya aku membawa segala bukti yang aku ada, passport antarabangsa, gambar gambar yang aku rakam, termasuk gambar di atas, jam longines serta wang kecil koleksi aku....selang beberapa hari selepas itu aku mendapat tahu cikgu tersebut telah berhenti.......menyesal aku.

okt 1978 cuti akhir tahun tingkatan enam rendah aku meneruskkan semula pelayaran. kali ini aku ke arah barat pula. Bermula di pelabuhan kelang, kemudian ke penang, burma,bangladesh, india, sri langka dan terus ke negara teluk. kali ini pelayaran tak lama hanya dua bulan. januari 1979 aku terpaksa berhenti kerana terpaksa meneruskan persekolahan ke tingkatan enam atas.

.................ok lah dahulu dah malas dah jumpa lagi di lain entri.

Sunday 30 July 2000

ULANG TAHUN KE 11 NOR HALIM

pada hari ini dalam tahun 1989 aku telah di kurniakan  seorang putra hasil perkongsian hidup ku dengan isteri ku zainab,putra ku ini diberi nama NORHALIM.
Jadi,hari ini genaplah usia nya 11 tahun.


                              

Saturday 8 July 2000

BACKPACKER KE SINGAPORE (2)


  

Bersambong entri lepas..................wow loaded aku. aku terus bekerja dengan syarikat perkapalan itu,
walaupun aku berkerja sebagai buruh kasar dengan membuat apa sahaja yang di suruh dan aku akan
membuat overtime setiap hari. aku tak peduli dengan apa apa halangan yang mendatang. aku tak peduli dengan penat, lelah, mengantuk dan diejek olih member.
Bulan november 1975 aku mendapat gaji SD 3000.WOW LOADED GILER. Aku terus bekerja...... dan berkerja. walaupun aku kuli tapi cukup seronok bekerja, majikan aku sangat baik, tidak sombong dan tidak berkira dengan wang. MR JAMES WONG. dia ada 3 orang anak, Ellezebert(ely)  Edward (ewad) dan  ellesen. Mereka juga baik dengan pekerja termasuk aku. kadang - kadang kami bekerja bersama, overtime bersama dan juga kadang - kadang tumpang tidur di dorm (bilik) bersama.

Bulan disember 1975 aku terima gaji dengan jumlah yang hampir sama....cuma kurang sedikit kerana aku kurang ambil overtime (sudah pandai berkawan) . semasa  hari  terima  gaji,  aku mendapat berita yang tak seronok. Bos memberiahu bahawa aku kena berhenti kerja kerana ayah aku suruh  teruskan persekolahan ke tingkatan empat. Surat memberitahu aku lulus periksa SRP. Dengan perasaan yang cukup sedih dan terharu aku terpaksa terima.

1.1.1976 pertama kali aku naik kapal terbang. aku naik di airport paya lebar dan turun di subang.
tambang SD 70. di subang naik balik dan terus ke kota baru (82 ringgit) orang kaya katakan.

Dalam poket aku masa tu ada duit lebih kurang dua ribu (2000 ringgit) setelah  ditolak dengan segala perbelanjaan makan minum, tambang balik dan yang shopping sakan. segala kehendak dan keinginan ku telah dipenuhi..... antara kegilaan aku masa tu ialah;
 
  JVC radio kaset           = sd 140
  kaset ear phone            = sd   60
  seluar jean HARA       = sd   60
  baju arrow mitoga       = sd   50
  baju arrow king/cln     = sd   50
  t shirt muntagut           = sd   60
  rampage overall           = sd   60
  kasut johnson               = sd   40
  kasut belly putih           = sd   99
  spek mata monalisa      = sd   80
  jam tangan longines     = sd 1800

 JUMLAH SHOPPING =SD 2500.

Memang tepat seperti yang di agak dan di suruh. aku lulus peperisaan SRP,walau pun cukup - cakup makan dan hanya layak ke tingkatan empat.   minggu  pertama  bulan satu 1976 aku  pun melangkah masuk ke SEKOLAH MENENGAH SULTAN YAHYA PETRA  KUALA KRAI.
jumpa lagi di lain entri............

Friday 7 July 2000

BACKPACKER KE SINGAPURA

   
   
 Tahun 1975 adalah kali pertama aku menjejak kaki ku kenegara orang, merantau jauh dari tanah kelahiran ku, tika itu usia ku baru 15 tahun, aku merantau demi memenuhi impian ku memiliki sesuatu kehendak naluri remaja ku serta mencari pengalaman baru diluar kawalan orang tuaku.
 Tanggal 1 oktober 1975 aku selamat tiba dikota singa (pulau temasik) di pendekkan cerita aku bekerja sebagai buruh binaan di seligie road berdekatan dengan rochor centre atau lebih sinonim sungai road. seminggu aku bekerja di situ, aku berhenti kemudian aku bekerja di thomson road dekat dengan stesen radio, selepas itu aku berkerja pula di orchard road. semasa aku bekerja di -
orchard road aku berkenalan  dengan seorang india muslim yang sangat baik hati,namanya KADIR
PILAI KASSIM. dia menjadikan aku sebagai anak angkat nya.so aku tak keberatan menerimanya.
bermula dari situ aku tinggal bersamanya di QUEENWAY,BUKIT MERAH.
  pada permulaan aku bekerja, aku dibayar gaji sebanyak sd (singapore dollar) 11.00 sehari, dan ayahku (kadir pilai kassim) dibayar sd 10.00.tapi selepas lama sedikit gaji aku di naikkan.
 Nak dijadikan cerita,semasa aku ronda ronda di shopping complex queenway,aku ternampak iklan
tawaran kerja di syarikat perkapalan FAR EAST LIVINSTONG,SHIPYARD ROAD JURONG.
aku mencuba....yess berjaya. AKU bertukar kerjaya,aku berpisah dengan ayah angkat ku,dengan
passport antarabangsa yang ada ditanganku aku naik kapal. gaji pertama ku..WOW SD 65.00 sehari
dan sekiranya aku overtime aku dibayar SD 130.00 untuk 24 jm...........wow loaded....................
dah........bersambung di lain entry.

Friday 9 June 2000

SHAH JAHAN

"Shah Jahan on a globe" daripada Instituti Smithsonian

Pemerintahan     8 November 1627 - 2 Ogos 1658

Pertabalan     25 Januari 1628 di Agra

Nama penuh     Shahab-ud-din Muhammad Shah Jahan
Gelaran     Imperial mansbdar of 30,000

Dikebumikan     Taj Mahal

Pendahulu     Jahangir

Pengganti     Aurangzeb

isteri      Akbarabadi Mahal (m. 1677)
                Kandahari Mahal (l. 1594, m. 1609)
                Mumtaz Mahal (l. 1593, m. 1612, d. 1631)
                Hasina Begum Sahiba (m. 1617)
                Muti Begum Sahiba
                Qudsia Begum Sahiba
                Fatehpuri Mahal Sahiba (d. after 1666)
                Sarhindi Begum Sahiba (d. after 1650)
                Shrimati Manbhavathi Baiji Lal Sahiba (m. 1626)

Anakanda     Jahanara Begum,
                Dara Shukoh,
                Shah Shuja,
                Roshanara Begum,
                Aurangzeb,
                Murad Baksh,
                Gauhara Begum

Kerabat diraja     Timuriyah

Ayahanda     Jahangir

Bonda             Puteri Manmati

ugama            Islam

Shah Jahan

A'la Azad Abul Muzaffar Shahab ud-Din Mohammad Khurram, known by his imperial name Shah Jahan, was the Indian emperor of the Mughal Empire in South Asia from 1628 until 1658. He was the fifth Mughal emperor after Babur, Humayun, Akbar, and Jahangir. Wikipedia
BornJanuary 5, 1592, Lahore, Pakistan
DiedJanuary 22, 1666, Agra, India
Full nameBaadshah Shah Jahan
SpouseArjumand Banu (m. 1612)
People also search for

Mumtaz Mahal was Shah Jahan's spouse.
Arjumand Banu
Spouse

Akbar was Shah Jahan's grandfather.
Akbar
Grandfather

Jahangir was Shah Jahan's father.
Jahangir
Father

Aurangzeb was Shah Jahan's son.
Aurangzeb
Son