ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Saturday 5 January 2013

PERBEZAAN ANTARA KUPU - KUPU & RAMA - RAMA.

Apakah perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama?
Secara mata kasar, mereka kelihatan sama. Mereka daripada keluarga yang sama iaitu Lepidoptera--masing-masing mempunyai sisik pada sayap. Akan tetapi, jika diperhatikan dengan teliti, fizikal kedua-dua serangga ini amat berbeza. Contohnya badan rama-rama lebih kurus dan panjang manakala badan kupu-kupu lebih besar dan gemuk serta sesungutnya berbulu.

Kupu-kupu

Rama-rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam. Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat. Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. Perbezaan yang lain lagi ialah pada pupa. Rama-rama menghasilkan bebenang sutera untuk membuat kakun (asal-usul rama-rama ulat sutera dapat nama). Sebaliknya, kupu-kupu pula tidak.

Rama-rama

P/S .....mohon maaf pinjam (copy & paste) dari blog GMMS untuk kenangan sendiri juga untuk pengemar yang suka baca dan cari maklumat.

2 comments: