ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Saturday 22 September 2012

Jalur pemikiran Khalid Ibrahim


Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com,23 Sep 2012

Beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bercakap dengannya serta membaca buku terkininya ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’, saya mendapat kesan bahawa sosok ini adalah paduan seorang intelektual, tokoh korporat dan pemimpin politik yang memberi harapan.

Memang tepat pemilihan Pakatan Rakyat kepadanya untuk memimpin Selangor pada tahun 2008 setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor bersama empat negeri yang lain dalam PRU Ke-12.

Selangor negeri terkaya dan ternama di Malaysia yang dianggap ‘Permata Mahkota’ negara ini. Oleh itu kejayaan Pakatan Rakyat menawan Selangor adalah pukulan paling memedihkan bagi Umno/BN. Sejak itu Tan Sri Khalid antara tokoh menjadi fokas utama dunia politik justru ia diserahkan amanah memimpin Selangor.

(Datin Seri Salbiah semasa berucap melancarkan buku Khalid Ibrahim)

Buku terbaru Tan Sri Khalid yang saya baca itu mengandungi falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya, begaimana menyesuaikan diri sebagai pemimpin rakyat walaupun puluhan tahun berada di tengah pusat dunia korporat yang penuh glamour.

Bagi saya buku ini sangat mengesankan, bagaimana seorang ‘Kampung Boy’ dari Ijok Selangor yang kehidupan awalnya dilatari kehidupan kampung, pohon kelapa, air sungai, rumah dan tradisi kampung serta kedua orang tuanya yang taat beragama. Dari desa itu Tan Sri Khalid tumbuh sebagai anak kampung hingga menjadi Menteri Besar Selangor.

Bukunya itu mengisikan falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya dan menjadi pemimpin politik yang berada di tengah rakyat, walaupun puluhan tahun pernah berada di tengah dunia korporat yang mewah dan penuh glampur.

Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim lahir pada 14 Disember 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Beliau mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Beliau adalah Menteri Besar Selangor ke-14, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia Dan Sukan, Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau juga  adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Tan Sri Khalid telah berkahwin dengan Puan Sri Salbiah Tunut dan dikurniakan empat orang anak, satu lelaki dan tiga perempuan.

Beliau pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kemudian, melangkah ke dunia korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan ‘dawn raid’ di London Stock Exchange, di mana PNB mencatat agihan 51% saham di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia parti pembangkang iaitu PKR. Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok dan berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi.

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan The American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah ‘AAAB Captain of Industry Award 2002’ (First Asian Academy of Applied Business) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

(Peminat Khalid meminta beliau menandatangani bukunya semasa pelancaran di Sunway Pyramid)

Seperti saya katakan bahawa kejayaan sosok ini adalah paduan dari didikan dan kasih sayang orang tuanya di kampung, semangatnya untuk belajar dan meneroka kehidupan yang sukar, kesungguhannya bekerja, banyak membaca, teguh memegang amanah, caranya bekerja amat berstrategi, kebijaksanaannya meletakkan orang-orang yang layak di tempat yang sesuai dan meneliti hasil kerja yang diamanahkan kepada orang bawahannya.

Beliau mempunyai falsafah supaya mencuba dan terus mencuba walaupun gagal di peringkat permulaan.

Antara pesannya yang sangat menarik dalam buku itu ialah:

When people depend on you, you must be trustworthy.

Trust. You must earn it.

Appreciate all your experiances, good or bad. Be creative, very creative, and of course be prepared for the worth.


Mengenai politik Tan Sri Khalid berpesan:

Sometimes your staff can really be from another planet. Learn about them, from them and with them.

The role of the goverment is that of a costodian of natural recources, taxes, royalties and other incomes, and proceeds from the disposal of public assets shoud be keep in special fund, as in the Islamic Bait Al-Maal  concept. The custodian acts in trust for, and in the interest of the entire nation.

How do i cope with the up and downs of leadership? I have a supportive family and work team.


Ini sebahagian kata-kata Menteri Besar Selangor itu.

Negeri berprestij seperti Selangor ini sedang menjadi tumpuan pihak Umno/BN untuk merampasnya kembali dalam PRU akan datang. Namun Tan Khalid menghadapinya dengan tenang, tetapi penuh waspada dan mengatur strategi bersama pasukannya untuk menghadapinya.

Kesimpulannya, siapapun yang membaca bukunya ini dengan fikiran rasional  akan mendapati bahawa tokoh ini memang sangat sesuai memimpin negeri Selangor. Sosok ini, adalah kombinasi kepintaran seorang ahli korporat dan kebijaksanaan seorang pemimpin politik arus perdana yang berinteraksi dengan pelbagai golongan khalayak.

Memang sebagai bekas tokoh korporat beliau sentiasa mengira ringgit dan sen setiap wang kerajaan negeri yang masuk dan keluar justru beliau berpegang kepada amanah yang diberikan rakyat. Namun ini sama sekali tidak memisahkan hati nuraninya dengan rakyat yang sentiasa dekat dengannya. Itulah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim pemimpin yang sangat menjanjika