ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Tuesday 28 November 2000

HARI KE DUA DI MEKAH

       
hari kedua di mekah dan hari  kedua juga  berpuasa,  selepas solat  subuh  aku tidak  segera  pulang kehotel malah aku beriktikaf sahaja di masjidil haram, buat solat sunat dan baca quraan.terfikir aku untuk membuat umrah sunat atau tidak.sebab semalam, selepas aku selesai sempurnakan umrah wajib aku. aku terus ulang umrah sunat, aku terus ke tanaim untuk miqat dan melakukan tawaf serta sai. walaupun masa itu aku sedang berpuasa tapi kerana semangat yang kuat langsung aku tidak rasa letih dan dahaga. hari ini sudah lain sedikit,walaupun semangat masih kuat tapi rasa letih dan dahaga juga sudah terasa.......mungkin sebab iman masih kurang. jalan terbaik yang aku mampu lakukan hari ini ialah tawaf sunat.

Monday 27 November 2000

SATU RAMADHAN DI MEKAH

           
1 ramadhan 1421, diawal  pagi kami selamat sampai  di kota mekah,sebaik sahaja kami turun dari bas mutawwif terus menghidang  jamuan  untuk sahur, barang - barang kami, di urus  olih  pihak  hotel. hidangan sahur cukup bagus,nasi mendi dan jus mangga. para jemaah  menikmati  hidangan  dengan penuh selera,mungkin meraka kelaparan,maalumlah kali terakhir mereka menjamah hidangan semasa berada di madinah selepas solat zohor semalam.  semasa  dalam perjalanan bas tidak singgah di mana mana tempat makan kerana bimbang kesuntukan masa, itu pun di atas persetujuan jemaah juga. pihak pakej hanya menyediakan air minuman dan sebuku  roti sebagai mengalas perut.
selesai bersahur baru lah kami di berikan bilik masing masing.

Wednesday 22 November 2000

UMRAH SEBULAN RAMADHAN BERSAMA JAFILA




             BERANGKAT KETANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN UMRAH SEBULAN

             DI BULAN RAMADHAN BERSAMA PAKEJ JAFILA TRAVEL.