1976 aku meneruskan persekolahan aku ke tingkatan empat,aliran sastera di sekolah menengah sultan yahya putra, kuala krai. walau pun aku bukanlah seorang pelajar pintar tapi aku dikira bernasib baik kerana dapat melangkah masuk ke tingkatan empat. Dari perangkaan yang dibuat murid murid yang seusia dengan aku dari darjah satu hingga darjah 6 , ia itu dari sekolah kebangsaan batu mengkebang, tidak sampai separuh meneruskan persekolahan keb tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan kuala krai. Dan dari tingkatan tiga pula terkandas lagi semasa peperiksaan SRP.
cuti penggal pertama dan kedua selama dua minggu,aku tak lepaskan peluang,aku terus ke singapura serta cuti akhir tahun selama sebulan setengah lagi peluang terbuka untuk aku.
depan rumah ayah angkat di sydney australia.
1977 satu lembaran baru buat aku, selepas sahaja habis menjalani peperiksaan SPM aku segera ke singapura dan terus ke FAR EAST LIVINGSTONE SHIPYARD. Aku meneruskan kerjaya lama ku dan bertemu semula dengan staff dan pekerja yang masih ada. Kali ini aku bukan lagi bekerja di dermaga atau di pelabuhan.aku diberi peluang untuk mengikut kapal,aku mendapat kepercayaan dari boss aku. aku mula belayar. KAPAL ABU DHABI yang aku naiki mengharungi lautan luas dan singgah seketika di dermaga Thailand, cambodia, vietnam, macau, hongkong, taiwan, indochina, philipina, indonesia, papua new guine dan australia.
mac 1978 semasa aku berada di sydney australia, aku mendapat arahan dari boss aku menyuruh aku balik untuk meneruskan persekolahan ke tingkatan enam. sedih lagi kerana terpaksa berhenti kerja serta berpisah dengan member member kamcing.
april 1978 aku melangkah ketingkatan enam.
...semasa aku di tingkatan empat, aku pernah bergaduh dengan seorang cikgu, gara - gara aku action dan berlagak macam orang kaya. semasa di tingkatan lima juga aku pernah bergaduh dengan cikgu dan pelajar senior dari gara -gara yang sama. tapi paling mencabar semasa aku di tingkatan enam, aku bergaduh lagi dengan seorang cikgu, sehingga cikgu tersebut meletakkan jawatan. ia bermula setelah cabar- mencabar siapa yang pernah keluar negara. Dalam satu kelas hanya aku seorang sahaja yang pernah keluar negara. dengan penuh ego aku mendakwa aku telah pergi seluruh negara di asia. cikgu tersebut tidak percaya. beliau terus mencabar aku dan mengatakan aku bercakap bohong. hari tu aku rilek sahaja.Tapi besoknya aku membawa segala bukti yang aku ada, passport antarabangsa, gambar gambar yang aku rakam, termasuk gambar di atas, jam longines serta wang kecil koleksi aku....selang beberapa hari selepas itu aku mendapat tahu cikgu tersebut telah berhenti.......menyesal aku.
okt 1978 cuti akhir tahun tingkatan enam rendah aku meneruskkan semula pelayaran. kali ini aku ke arah barat pula. Bermula di pelabuhan kelang, kemudian ke penang, burma,bangladesh, india, sri langka dan terus ke negara teluk. kali ini pelayaran tak lama hanya dua bulan. januari 1979 aku terpaksa berhenti kerana terpaksa meneruskan persekolahan ke tingkatan enam atas.
.................ok lah dahulu dah malas dah jumpa lagi di lain entri.