PERJALANAN BERMULA....
KL - JB - TG PINANG.
DESTINASI PERTAMA.
assalamualaikum.
alhamdulillah,jumpa lagi
lama tak berblog.kali terakhir berblog ialah masa berkunjung ke icity, masa hari keluarga maxis.pah tu tak lagi.untuk kali ini,aku nak cerita sikit pasal perjalanan terjah solo aku pulak.kali ini aku terjah solo ke indonesia.
rancangan asal aku sebenarnya adalah untuk kesingapura.tapi disebabkan tidak ada hotel murah atau hotel bajet untuk aku tinggal dan menyewa di kota singa itu,aku terpaksa tukar plan. plan asal 2 malam di singapura, 2 malam di pulau batam dan 2 malam di pulau bintan. memandangkan masa ini adalah cuti perayaan krismas,maka semua hotel bajet dan hostel backpacker semuanya penuh di singapura,aku pun tukar plan, aku ke pulau bintan dahulu kemudian ke pulau batam dan seterusnya ke singapura. dan sekiranya tidak ada apa-apa halangan aku ingin menyambut kehadiran tahun 2015 di jb.
o k lah aku catatkan seberapa ringkas perjalanan aku.
aku bertolak dari rumah diawal pagi,tak pasti pukul berapa sebab lupa tengok jam, aku ke stesen lrt btr,ambil tiket di mesin gelabah juga sebab jarang- jarang guna mesin, yang aku hiran tak pulak aku gelabah guna mesin di luar negara. tiba-tiba jadi gelabah di negeri sendiri. 5 minit kemudian aku sampai di stesen lrt bandar tasik selatan.dari stesen ltr bts, aku ke stesen bas TBS. ambil tiket bas di TBS ke JB. sib baik ...bas tersedia terus naik bas meridian holidays rm 12.00.
bas berhenti sekejap di yong peng untuk minum pagi. setengah jam sambung balik perjalanan. jam 12.30 bas selamat sampai di stesen larkin.
dari stesen larkin aku naik bas lagi ke stesen sentral jb tambang rm 1.20. di jb aku turun depan komplek komtar.pusing-pusing di komplek komtar sekejap... pastu ambil bas di komtar ke stulang laut. di stulang laut aku beli tiket feri ke tanjung pinang rm 100 untuk sehala.
signboard jadual perjalanan bas di tbs
ruang menunggu dan gate untuk menaiki bas
komplek terminal di bandar tasik selatan
bas meridian holidays
kedai makan di yong peng
stesen bas larkin johor
komplek berjaya stulang laut
dewan pelepasan feri ke tanjung pinang
boarding ferri
selepas satu jam perjalanan ....sunset.
selamat sampai di tanjung pinang jam 8 malam selepas mengharungi lautan selama 3 jam
dinner di rm masakan padang
daftar masuk hotel.
No comments:
Post a Comment