ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Friday 30 September 2011


 PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL .
on SEP 30, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ramai orang yang tidak tahu cara yang betul untuk solat hajat...baiklah kat sini saya akan kongsikan dengan anda cara solat hajat yang betul.


Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali:

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali:

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Wasallam.

Thursday 29 September 2011

PERLAWANAN SENSASI SEPAKAN GUNTING

embatan deras Mat Sabu yang dikatakan bayangan Mat Indera penyerang sensasi Tanah Melayu yang sangat digeruni Inggeris suatu ketika dahulu, akhirnya menyebabkan penyokong UMNO mengamuk dan melemparkan objek keras sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harakah di Negeri Sembilan kelmarin.Mat Sabu yang sememangnya terkenal dengan kegelicahannya mengelecek bola sebagaimana Messi,bijak merembat deras bola yang dilorongkan oleh pemain veteren PAS yang masih kuat Nik Abdul Aziz Nik Mat.Penjaga Gawang UMNO Muhyiddin Yaasin dilaporkan cedera dan patah jari kerana cuba menahan bola kencang yang dirembat Mat Sabu.
Jentera serangan UMNO yang diketuai Najib Abd Razak pulak dipaksa untuk berhempas pulas untuk menembusi kubu pertahanan lawan yang diketuai Nasaruddin Hassan.Malah serangan balas yang diketuai Najib sekadar melewati palang gol walaupun sepakan gunting gaya I.S.A. digunakan oleh beliau.Najib dilaporkan kecewa dengan prestasi hambar rakan-rakan sepasukannya yang mudah membiarkan kubu pertahan dibolosi,apatah lagi pemain pertahanan simpanan yang dimasukkan Zainal Kling juga gagal menjaga gawang UMNO bahkan menjaringkan pula gol sendiri pada minit ke-15 perlawanan, hasil perebutan bola yang berlaku dengan Saifuddin Nasution dihadapan pintu gol.Ini menyebabkan sebahagian penyokong UMNO di Britain dilaporkan kecewa dan menangis dengan apa yang dilakukan Zainal Kling.

Lebih parah lagi pada minit ke-30 Zainal Kling terpaksa diusung keluar hasil terjahan keras yang dilakukan oleh penyerang sensasi PAS Nik Abd Aziz Nik Mat.Kehadiran penyokong UMNO yang sekadar 3.4 juta tidak mampu menggerunkan pasukan anak buah Al-Marhum Fadhil Noor.Malah pada minit ke-40 sekali lagi gawang UMNO bocor kali ini dengan rembatan hudud yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang bijak melepasi perangkap off said yang dilakukan oleh benteng pertahanan UMNO.Malah ketangkasan Nik Abd Aziz Nik Mat yang bijak melakukan larian biarpun secara solo mendapat pujian penjaga gawang UMNO sendiri Muhyiddin Yaasin.

Sehingga tamat separuh masa pertama UMNO dilaporkan masih buntu mencari gol walaupun berpakat dengan pengadil perlawanan Abdul Aziz Mohd. Yusof.Malah kehadiran kuda tua UMNO yang menyarung jersi lama yang berlogokan ‘tolak hudud’ Mahathir Mohamad lansung tidak memberikan sebarang ancaman kepada benteng pertahanan PAS yang dibantu oleh Mahfudz Omar.Mahfudz yang dimasukkan oleh jurulatih PAS Abd Hadi Awang dilihat bijak merantai pergerakkan Mahathir kerana memiliki kelebihan berasal dari negeri yang sama...kah..kah..kah...

Perlawanan dijangka bersambung semula pada separuh masa kedua,namun setakat artikel ini ditulis Abdul Aziz Mohd Yusof masil lagi belium meniupkan wisel kerana menanti arahan kapten pasukan UMNO Najib Tun Razak.Separuh masa kedua ini dijangka lebih rancak hasik kata peransang yang diberikan terutamanya selepas mendapat kata peransang oleh penolong pengurus pasukan Anwar Ibrahim.Saksikan apa akan berlaku pada separuh masa kedua...apakah mungkin PAS atau UMNO mendapatkan khidmat Safee Sali untuk mengukuhkan jentera serangan mereka?-WARTAWAN Kiyai Haraki melaporkan....Hidup Harimau Malaya!!!

Saturday 24 September 2011

MAJLIS HARI RAYA----ANOK KUALA KRAI DI PERANTAUAN

       yb  ustaz latif (adun mengkebang) sedang menjamu selera sambil melayan tetamu....
       yb dr hatta ramli (ahli parliman kuala krai) berbincang sesuatu dengan tetamu nya

Thursday 22 September 2011

MENGAPA RAKYAT KELANTAN SUKA MERANTAU ?


KUALA LUMPUR, 22 Sept: Kesemua pihak yang bertanggungjawab diingatkan agar tidak terus menabur fitnah berterusan terhadap rakyat Kelantan, khususnya berhubung penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur dan ke negeri-negeri lain di seluruh negara sejak dulu hingga kini.

Dakwaan yang mengatakan "orang Kelantan terpaksa berhijrah" atau "anak Kelantan harus merantau" untuk mencari rezeki, mendapatkan sesuap nasi dan seteguk air di segenap pelosok negara khasnya di ibu kota, semata-mata kerana faktor negeri Kelantan miskin amat menarik untuk direnungi kerana mungkin tidak berasas.

Jika diteliti secara bijaksana, persoalan itu sebenarnya adalah sangat relatif. Malah tohmahan atau anggapan "orang Kelantan terpaksa berhijrah" atau "anak Kelantan harus merantau" semata-mata kerana faktor negeri Kelantan miskin tidak semestinya tepat atau benar.

Seorang penulis, Rosli Nik Mat berkata, dalam hubungan ini, satu-satunya soalan paling dasar yang harus dikemukakan dan dijawab, adakah terdapat mana-mana anak negeri lain yang tidak berhijrah untuk cuba mencari peluang rezeki di merata-rata tempat di dalam negara ini?

"Tanpa memerlukan huraian panjang lebar, jawapannya tentulah, "tidak!". Jadi dengan itu, tohmahan dan anggapan sedemikian terhadap rakyat Kelantan secara jujurnya tentulah tidak tepat," katanya.

Namun isu itu tidak pernah menemui noktahnya sejak dulu hingga sekarang. Malah ia sering ditimbulkan dan dijadikan salah satu modal politik yang cukup penting dan popular terutama untuk diperdengarkan menjelang waktu pilihan raya.

"Tidak hanya sekadar suara lantang yang dilaungkan oleh para pemimpin politik dari luar Kelantan, malahan media perdana juga akan ikut menjadi "pak turut" mewar-warkan isu itu," katanya.

Bahkan tidak cukup sekadar itu sahaja. Sesetengah pemimpin politik daripada kalangan anak negeri Kelantan sendiri pun tidak akan segan silu "menahan lukah di pergentingan" untuk turut mengambil kesempatan mempermainkan isu yang sengaja diperbesar-besarkan itu.

Hal itu, menurut beliau, tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata kerana motif ghairah mengejar kepentingan dan kedudukan dalam catur politik.

Dalam tulisannya yang berjudul "Mitos Hijrah Orang Kelantan" yang dimuatkan dalam majalah Qiadah terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan, keluaran Ramadhan-Syawal 1432 Hijrah yang diedarkan secara percuma, beliau merumuskan, sebaliknya hakikat sebenar orang merantau termasuk yang membabitkan anak Kelantan termaktub atas lima sebab.

Pertama, bersemangat kental. Kedua, berani mencari dan merubah pengalaman. Ketiga, tegar menghadapi dan mengatasi risiko. Keempat, ingin mengejar dan merealisasikan sesuatu cita-cita. Kelima, bijak mengambil peluang, pasti akan sanggup menimba rezeki dan sebagainya walau di ceruk mana sekalipun.

Katanya, oleh itu, bukan hanya orang Kelantan, malah mana-mana anak negeri lain pun akan turut berada di segenap ceruk dan pelosok tanah air jika mereka ingin mengambil langkah berhijrah, berdasarkan sebarang faktor yang disebutkan itu.

"Jika kini, anak Kelantan atau mana-mana anak negeri lain sekalipun berhijrah atau merantau ke mana-mana ceruk tanah air, hakikatnya bukanlah kerana faktor negeri asal mereka sangat miskin.

"Sebaliknya sebagaimana dijelaskan itu, mereka sebenarnya adalah golongan individu yang bersemangat kental, berani mencari dan merubah pengalaman, tegar menghadapi dan mengatasi risiko, ingin mengejar dan merealisasikan sesuatu cita-cita serta bijak mengambil peluang," jelasnya.

Oleh itu, tanpa mempedulikan mitos hijrah yang sering ditohmahkan dengan apa alasan sekalipun terhadap rakyat Kelantan, mereka akan tetap mengintai peluang dan menimba rezeki walau di ceruk mana sekali pun di tanah air ini.

Berhubung tohmahan kononnya Kelantan ketinggalan dalam pembangunan, usahawan terkemuka Kelantan yang berjaya di luar Kelantan, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hissamuddin Yaacub mengakui dari segi fizikalnya dakwaan itu betul, tetapi orang Kelantan tidak susah kerana mereka mempunyai jati diri dan keusahawanan yang tinggi.

"Sebab itu kita tengok di mana sahaja di Kelantan ada orang menjual. Setiap 100 meter, di Jalan Pengkalan Chepa, misalnya, ada orang perempuan duduk di belakang periuk, menjual. Fenomena ini tak ada di tempat lain.

"Kalau tengok rumah-rumah di Kelantan, saya kira (fikir) di Kelantanlah paling banyak banglo yang sudah terbayar, bukan hutang bank, yang dimiliki oleh orang Melayu.

"Pasal apa? Tanah dia sendiri, dia beli barang sendiri, dia upah orang buat. Begitu juga kereta Mercedes dan sebagainya banyak di Kelantan. Ertinya dari segi ekonomi tempatan, saya salute mereka," katanya. 

Drs Abdul Rahman Al-Ahmadi  dalam sebuah esseinya yang dihasilkan pada tahun 1984 menjelaskan bahawa orang Kelantan/Pattani sejak dahulu sampai sekarang suka merantau dengan berbagai-bagai tujuan, mengadu untung, mencari tempat kediaman baharu, meneroka hutan belantara, menuntut ilmu, mengajar dan berdagang.

"Pada zaman dahulu, mereka belayar jauh (dengan hanya menggunakan perahu) perahu pinis ke Palembang, Aceh, Jawa, Kalimantan, Bangkok, Saigon, Kemboja dan juga Sulawesi.

"Sehingga kini, kekayaan hasil sumber negeri dan ditambah lagi oleh kemahiran anak negeri Kelantan dalam pelbagai aspek yang boleh dijadikan peluang dalam sektor niaga, memberikan dan membuka peluang luas pintu rezeki.

"(Itulah sebabnya) sebagai contoh, salah satu caranya ialah orang Kelantan akan membawa hasil niaga daripada sumber kekayaan dalam negeri dan hasil kemahiran dalam pelbagai aspek ini ke luar Kelantan untuk menjangkau pasaran yang lebih luas," katanya.

Contohnya, tambah Abdul Rahman, Kelantan sangat terkenal dengan sektor niaga berasaskan kesenian seperti batik dan songket, ketukangan emas, perak, tembaga dan besi, ukiran kayu dan lain-lain lagi.

Tidak hanya berniaga di dalam negeri, orang Kelantan juga gigih berhijrah dan merantau ke segenap pelosok tanah air unrtuk memasarkan semua bahan niaga itu. Bukan sahaja secara besar-besaran, malahan juga akan sanggup memasarkannya di pasar malam, menjaja, hatta secara bayaran ansuran bulanan.
 

Sunday 18 September 2011

JALUR GEMILANG KEKAL ,TUKAR BENDERA SAHAJA.

KUALA LUMPUR 19 Sept — PAS melahirkan pendirian tiada keperluan untuk menukar Jalur Gemilang sebagaimana didakwa disarankan oleh wakil rakyat DAP Jumaat lalu sebaliknya menegaskan usaha penting buat masa sekarang ialah mengambil langkah untuk menukar kerajaan Barisan Nasional BN “Tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara Disebabkan itu sebagai rakyat Malaysia bendera negara perlu dipertahankan tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan ” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man gambar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini Sehubungan itu kata beliau isu utama kini bukanlah bendera tetapi BN yang memerintah negara khususnya kerajaan pusat sejak lima dekad lalu “Slogan Barisan Nasional 1 Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar “Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad berapa banyak slogan yang telah digunakan Barisan Nasional hanya sebagai penyedap kata Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1 Malaysia yang hebat namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini apatah lagi rakyat Malaysia ” kata Tuan Ibrahim Katanya “sama-sama Barisan Nasional pun mereka tukar slogan apatah lagi apabila bertukar kerajaan ” Oleh itu jelas Pesuruhjaya PAS Pahang ini isu terbaru tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun “Mari kita bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang “Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin anggota penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik ” kata Tuan Ibrahim Dalam reaksinya seamalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hasrat pemimpin Pakatan Rakyat untuk menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain sebagai bendera Malaysia adalah bukti pakatan itu tidak menghargai hak dan warisan bangsa yang sudah diterima pakai sejak dahulu lagi Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata tindakan itu juga menunjukkan pembangkang terutamanya DAP tidak dapat menerima kejayaan yang dicapai hasil perjuangan BN sehingga semuanya hendak dinafikan dan ditukar “Kita tahulah itu niat Pakatan Rakyat segala-gala yang sudah diterima sebagai sebahagian daripada warisan kita hendak dibuang Itu bendera mungkin banyak lagi mereka nak lakukan tukar segala-galanya hanya mereka nak kata mereka sudah berkuasa mudah-mudahan mereka tidak berkuasa “Jadi tidak ada sesuatu penghormatan kepada sejarah dan penghargaan kepada apa yang sudah menjadi kepunyaan rakyat Malaysia tidak dihargai langsung ” katanya Jumaat lalu Adun Kota Alam Shah daripada DAP M Manoharan menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang Kenyataan itu didakwa disiarkan Adun terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Friday 16 September 2011

TAHNIAH RAKYAT,TERUSKAN PERJUANGAN KITA ........

Pemansuhan ISA disambut baik oleh semua pihak. Saya tidak pasti bagaimana sikap mereka yang lantang mempertahankan ISA sebelum daripada ini seperti Perkasa Datuk Ibrahim Ali, justeru hampir tiada insan yang boleh bersetuju dengan kezaliman dan kekejaman ISA sebagai sebuah akta draconian.

2. Tentunya pihak yang paling bersyukur dan paling gembira ialah Warga GMI [Gerakan Mansuhkan ISA] yang selama ini menjadi wadah rakyat prihatin yang merindui keadilan dan menentang kezaliman terutama ahli keluarga mangsa kekejaman ISA.

3. Entah berapa banyak air mata mereka tumpah merintih dan munajat kepada Tuhan Yang Maha Kuasa berdepan kezaliman sang penguasa. Semoga janji pemansuhan ini segera dikotakan. Layaknya ia telah dimansuhkan sejak puluhan tahun yang lalu, setelah komunis tumpas dan menyerah diri lantaran semangat asal ISA diluluskan adalah untuk menangani pengganas komunis. Malangnya ISA digunakan untuk memenjara sosok dan minda pejuang dan ahli politik yang berbeza idealogi dengan pemerintah.

4. Gerakan Mansuhkan ISA [GMI] sangat konsisten menggerakkan kebangkitan rakyat untuk menolak dan memansuhkan ISA dan saya sangat teruja melihat kegigihan mereka tanpa tara dan mempeduli risiko apalagi penat dan lelah. Mereka menongkah keangkuhan pemerintah bercagarkan masa depan mereka, bukan sahaja untuk membebaskan anggota keluarga mereka yang terpenjara tetapi jua untuk memastikan kem Kemunting ditutup kekal agar tiada lagi yang menjadi mangsa kekejaman "Kem Guantanamo Malaysia" itu.

5. Kemenangan rakyat ini menjadi satu bukti bahawa rakyat mempunyai keupayaan bertindak yang berkesan dan mereka mesti bersatu mengembeling kekuatan agar mereka tidak hanya dijadikan kuda tunggangan atau kerbau yang dicucuk hidung sehingga mereka boleh diperlakukan apa sahaja oleh sang pemerintah.

6. Rakyat tidak perlu cepat tersilau dan terkesima dengan satu atau dua perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sementelah ia sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah, justeru masih banyak perkara dan perubahan yang perlu dilakukan oleh pemerintah demi kepentingan rakyat dan rakyat semestinya meneruskan kebangkitan mereka seperti:

- Gerakan Menuntut Royalti Petroleum yang digerakkan oleh rakyat Kelantan dan Terengganu,
- Gerakan Mansuh AUKU yang digerakkan oleh Mahasiswa,
- BERSIH yang digerakkan oleh lebih 60 NGO yang menunutut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara dan termasuklah
- perubahan pada iklim sosial negara agar tidak disuburkan elemen yang merosakkan moral dan meruntuhkan aqidah ummah.

7. Rakyat mesti terus mengembeling keupayaan mereka, menyemarak samangat reformasi memulih setiap sendi dan saraf sistem pemerintahan negara agar perubahan yang dilakukan tidaklah hanya bersifat tempelan dan pancing undi tetapi perubahan menyeluruh yang membawa negara dan rakyat makmur, aman, harmoni dan sejahtera. Perubahan juga jangan hanya pada bentuk aktiviti, pendekatan dan agenda bertindak, tetapi juga perubahan mesti melibatkan sikap, akhlak dan cara berfikir.

8. Terima kasih dan tahniah tetap diberikan kepada YAB Perdana Menteri di atas langkah mengejut yang diambil oleh beliau sebagai ketua kerajaan, lantaran itulah tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan itulah jua yang menjadi desakan rakyat selama ini.

9. Semoga Allah memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus menggerakkan agenda perubahan menyeluruh demi masa depan negara dan seluruh warganya terutama usaha untuk menegakkan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh Syariat Islam. Jua didoakan petunjuk buat semua, khasnya pemimpin dan pemegang amanah pemerintahan negara agar melakukan banyak lagi perubahan positif khususnya yang telah menjadi tuntutan rakyat.

10. Kini rakyat sedang memerhati dengan tekun dan teliti, apakah YAB Perdana Menteri juga mempunyai keberanian untuk melakukan transformasi dalam sistem demokrasi dan pengendalian pilihanraya negara agar keadilan dan ketelusan dapat dilaksanakan dengan yakin dan hak pengundi dapat diberikan sepenuhnya tanpa sebarang manipulasi. Antara yang menjadi fokus rakyat ialah penghapusan undi pos, dakwat kekal, akses media secara saksama, pemurnian daftar pemilih dan kaedah pengendalian hari mengundi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
11.45 am \ Jumaat
16 September 2011.