Tuesday 13 January 2004
HUKUM BACAAN TASHIL
keadah bacaan tashil ialah huruf alif sesudah hamzah hendaklah diganti dengan hamzah
berfathah dan dibaca dengan suara antara hamzah dan alif juga tidak dibaca panjang.
hanya terdapat satu ayat sahaja dalam surah fussilat ayat 44 ;
Monday 12 January 2004
HUKUM BACAAN NAQL
Sunday 11 January 2004
HUKUM BACAAN ISYMAM
Saturday 10 January 2004
HUKUM BACAAN IMALAH
Monday 5 January 2004
HUKUM MIM MATI
Didalam al quraan apabila huruf mim mati bertemu dengan huruf huruf hijaiah maka
terbahagi kepada 3 hukum;
1- ikfak shafawi
2- idram mislain (mimi)
3- izhar shafawi
1- IKFAK SHAFAWI
ianya apabila mim mati bertemu dengan huruf ba dalam dua kalimat. ia misti di baca samar
samar dengan dengung
2- IDRAM MISLAIM JUGA DI SEBUT IDRAM MIMI.
ianya apabila mim mati bertemu dengan mim berbaris dalam dua kalimat, maka mim mati
pertama misti dibaca masuk kedalam mim kedua yang berbaris dan dibaca dengan dengung
3- IZHAR SHAFAWI
ianya apabila mim mati bertemu selain dari dua huruf mim dan ba samaada dalam satu atau
dua kalimat. semuanya ada 26 huruf.
Sunday 4 January 2004
NUN SAKINAH DAN TANWIN
NUN SAKINAH DAN TANWIN BERTEMU DENGAN HURUF HURUF HIJAIAH
apabila nun mati atau baris dua atau tanwin berjumpa dengan huruf huruf hijaiah yang terdiri
dua puluh lapan huruf maka hukumnya terbahagi kepada empat macam.
1- izhar
2- idhram
3- iqlab
4- ikhfa'
UNTUK PERHATIAN;
nun sukun ada juga di sebut nun sakinah.(mati)
pegertian nun sukun adalah huruf nun yang tidak mempunyai baris,ianya kekal samada
pada tulisan dan sebutan.
huruf ini juga wujud ketika sambung dan juga ketika berhenti.
tanwin pula ialah nun mati tambahan yang hanya terdapat dihujung perkataan sahaja.
ia hanya wujud pada sebutan sahaja tidak ada pada tulisan
1 = IZHAR
izhar istilahnya terang dan nyata.
pegertianya ialah hendaklah menyebut kalimah yang dibaca dengan sebutan yang
terang ,jelas dan nyata dengan tidak dengung.
izhar terbahagi kepada dua;
1- izhar halki
2- izhar mutlak
IZHAR HALKI ADA 6 HURUF;
1 - hamzah
2 - Ha
3 - ain
4 - ha
5 - ghain
6 - kho
IZHAR MUTLAK ADA 2 HURUF
1 - ya
2 - wau
2 = IDHRAM
istilahnya masuk
pengertianya ialah memasukkan huruf yang pertama iaitu nun mati ataupun tanwin
kedalam huruf yang berikutnya.
IDRAM TERBAHAGI KEPADA DUA.
1 - idram maal runnah -dengan dengung (naqis)---nun & mim
2 - idram bi runnah - dengan dengung (kamil)
IDRAM MAAL RUNNAH ADA 4 HURUF
1 - nun
2 - mim
3 - wau
4 - ya
IDRAM BILA RUNNAH ADA 2 HURUF
1 - lam
2 - ra
3 = IKLAB
istilahnya berubah.
pegertiannya ialah mengubah atau menukarkan nun mati atau tanwin kepada mim
lalu di ikhfatkan disisinya huruf ba ,serta kekal dengung pada huruf pertama iaitu
nun atau pun tanwin.atau dengan kata lain nun mati atau tanwin bila bertemu huruf
ba bacaan berubah menjadi mim.
HURUF IKLAB HANYA 1 SAHAJA
iaitu ba.
4 = IKFAQ.
istilahnya samar samar atau sembunyi
pengertiannya ialah nun mati atau tanwin mertilah dibaca samar samar
atau sembunyi apabila bertemu dengan salah satu dari 15 huruf di bawah.
Saturday 3 January 2004
Friday 2 January 2004
MUKADDIMAH MENGENAL TAJWID
MUKADDIMAH MENGENAL TAJWID
DAN BACALAH AL QURAAN DENGAN TERTIL
surah al muzammil (7) ayat 4
Tertil, maknanya ; mengelokkan bacaan huruf huruf al quraan dengan terang dan teratur,
mengenal tempat tempat wakaf secara betul sesuai dengan hukum hakam dan bacaan
tidak terburu buru.
Merujuk kepada definasi diatas maka;
1) Fardhu kifayah hukumnya mempelajari ilmu tajwid termasuk memahami istilah istilah
dan hukum hakamnya.
2) Fardhu ain hukumnya membaca al quraan dengan baik dan betul sesuai dengan hukum
hakam ilmu takwid.
KAEDAH MEMULAKAN BACAAN AL QURAAN (ISTIFTAH)
Dalam masaalah ini di kenali ada empat kaedah yakni 4 cara iaitu;
1, wakaf pada keseluruhan
tiap tiap akhir ayat....wakaf.
2. ta'awwuz di sambung basmallah.....wakaf
3,ta'awwuz .....wakaf
basmallah di sambung dengan awal surah
4, ta'awwuz,basmallah dan awal surah di sambung
KAEDAH MENYAMBUNG BACAAN DUA SURAH.
1, akhir surah,wakaf. basmallah,wakaf. awal surah,wakaf dan seterusnya.
2, akhir surah,wakaf. basmallah dan awal surah,wakaf.
3,akhir surah,basmallah dan awal surah di sambung.
Thursday 1 January 2004
Subscribe to:
Posts (Atom)