ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Saturday, 1 September 2001

POKOK MARKISA (BUAH MARKISA)

   Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.
Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.
Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.
Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan


Wednesday, 1 August 2001

POKOK KABUNG (BUAH KABUNG)


Pokok Kabung, kantor atau enau (bahasa Inggeris: Common Sugar Palm) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. Nama botaninya Arenga pinnata.
Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung. Batang pokoknya kukuh dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan untuk membuat penyapu dan tali.
Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.
Fail:Pokok Kabung.jpgBuah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, dengan setiap tangkai ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.
Di Kampung Gajah, Perak, tandan buah kabung dikait dengan pengait setinggi 30 kaki atau pokoknya dipanjat. Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan. Buah kabung dileruikan (dipisahkan) dari tangkainya dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan. Setelah 1-2 jam ditebus, buah tadi dibelah dua atau tiga. Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat. Warnanya putih jernih. Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan diberi pewarna.
Buah kabung kekadang disebut sebagai buah kantor. Isi kantor ini dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang dijual di pasar Ramadan di Kampung Gajah, Perak.
Biji buah Pokok Kabung merupakan buah atap yang lut cahaya dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang.
Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.






Sunday, 1 July 2001

POKOK ARA ( BUAH ARA)


Pokok Ara (bahasa Inggeris: ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.
Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom.
Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antar tumbuhan terawal yang ditanam manusia.[1]


Fail:Fig.jpg


Pembiakan

Buah pokok ara (buah-buahan hiasan yang digelarkan "sikonium") yang berbentuk bebawang berasal daripada bunga. Bahagian dalam untuk buah ini geronggang dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil ("ostiol") pada hujungnya yang dipergunakan oleh penyengkat ara untuk merayap ke dalam untuk mendebungakan buah/bunga.
Kebanyakan pokok ara mempunyai dua jenis jantina:
hermafrodit yang digelarkan "kaprifig" daripada perkataan Caprinae, satu subfamili kambing, disebabkan buahnya biasa dimakan oleh kambing tetapi tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia;
betina: bahagian jantan bunga gagal berkembang dan dengan ini, menghasilkan buah yang boleh dimakan oleh manusia.
Penyengat ara hanya hidup di dalam bunga kaprifig kerana bunga betina terlalu panjang untuk penyengat bertelur di dalamnya. Serangga ini mendebungakan bunga dengan debunga daripada pokok yang dihidupnya. Oleh itu, buah ara yang mengandungi biji yang matang juga mengandungi banyak penyengat yang mati di dalamnya.
Ketika sebiji kaprifig masak, lagi sebiji kaprifig akan disiapkan untuk didebungakan. Pokok ara tropika menghasilkan buah secara berterusan, dan membolehkan haiwan yang makan buah-buahan untuk hidup dalam tempoh-tempoh antara masta-masta. Di kawasan iklim sederhana, penyengat berhibernat di dalam buah ara. Buah kaprifig di kawasan iklim sederhana ini berbentuk kecil dan digelarkan "breba". Terdapat tiga hasil tanaman setahun untuk kaprifig, dan dua hasil setahun untuk pokok buah betina di kawasan iklim ini. Sesetengah buah betina tidak memerlukan pendebungaan, dan akan menghasilkan buah tanpa biji yang subur jika tidak adanya penyengat.
Biasanya, terdapat hanya satu spesies penyengat tunggal yang berupaya mendebungakan bunga bagi setiap spesies pokok ara dan oleh itu, penanaman pokok ara di luar kawasan asalnya akan menyebabkan pokok yang mandul. Umpamanya, walaupun 60 spesies telah diperkenalkan ke Hawaii, hanya empat jenis di sana dapat membiak.
Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan tunas.
[sunting]Kepentingan sejarah

Pada Jun 2006, telah dilaporkan bahawa Pokok Ara yang bertarikh 11,400 tahun dahulu telah di temui di Gilgal I, sebuah kampung di Lembah Jordan Bawah yang terletak hanya 8 batu di utara bandar Jericho kuno.
Berdasarkan keterangan ikut keadaan daripada spesimen-spesimen awetan itu yang menunjukkan bahawa pokok-pokok itu adalah jenis mutasi yang tidak dapat membiak dengan cara yang biasa, pakar-pakar telah memastikan bahawa pokok-pokok ara itu telah ditanam dengan sengaja dan oleh itu, merupakan tanaman manusia yang pertama. Dengan itu, gandum dan rai yang ditanam seribu tahun kemudian kini merupakan tanaman yang berikutnya.
[sunting]Pokok Ara dan kesihatan



Buah ara yang dikeringkan, atau juga dikenali sebagai buah tin.
Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. [2]. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering atau juga dikenali sebagai buah Tin (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. [3] Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.






Friday, 1 June 2001

POKOK KEDONDONG (AMRAH)


Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Canarium spp.. [1]
Buah kedondong dipanggil dengan nama buah Amrah di hilir Perak.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.



Fail:YosriPokokKedondong.jpg

Khasiat

Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.


Tuesday, 1 May 2001

Kajian Sains Mengenai Durian Belanda



Buah durian belanda ni, berbeza dengan buah durian yang menjadi kegemaran kita rakyat Malaysia. Durinya agak lembut dan tidak berbau seperti durian biasa yang keras dan punyai bau yang begitu kuat.
Menurut satu kajian tertutup pengusaha ubatan dunia mendapati bahawa durian belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang menakjubkan dengan 10 ribu kali ganda lebih kuat daripada kimoterapi.

Buah durian belanda ini telah terbukti sebagai anti kanser yang sangat hebat dan mampu untuk menyembuhkan segala jenis kanser. Khasiatnya juga mampu untuk melawan bakteria, fungus, parasit dan cacing. Dan bukan itu sahaja, buah ini juga mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi, stress dan menornalkan sistem saraf yang kurang baik.

Institut Sains Kesihatan Amerika telah mendapati bahawa pokok dan buahnya mampu untuk:

Menyerang sel kanser secara berkesan dan semulajadi TANPA rasa mual, penurunan berat badan, keguguran rambut sebagaimana yang berlaku akibat kesan sampingan kimoterapi.
Meningkatkan sistem imun tubuh dan mencegah daripada berlakunya jangkitan.
Mampu untuk menambah tenaga dan penampilan fizikal menjadi semakin baik.

Sebuah farmasi yang terbesar di Amerika turut menguji kehebatan Durian belanda ini pada lebih dari 20 makmal miliknya sejak tahun 1970-an hingga pada tahun berikutnya. Hasil daripada kajian ekstrak(sari) buah ni:
Berkesan membunuh sel jahat daripada 12 jenis kanser yang berbeza. Antaranya, kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser pankreas.
Berkesan 10 ribu kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser jika dibandingkan dengan Adriamycin dan kimoterapi.
Berbanding dengan rawatan kimoterapi, ekstrak durian belanda hanya memburu dan membunuh sel-sel yang tidak elok secara efektif dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat/baik.
Hasil daripada kajian ini telah mengejutkan para penyelidik dari Institut Sains Kesihatan apabila mendengar keajaiban durian belanda. Ianya telah terbukti sebagai pohon yang mampu membunuh sel kanser secara berkesan.

The National Cancer Institute telah memulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Sebagai hasil, mereka telah berjaya membuktikan bahawa daun dan batang kayu dari pohon ini mampu untuk merawat kanser dengan menghancurkan sel-sel kanser. Namun malangnya, hasil daripada penyelidikan ini tidak diperhebahkan hanya kerana kepentingan beberapa pihak.

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh The Journal of Natural Products telah menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University yang dijalankan di Korea Selatan, turut menyokong bahawa durian belanda ini mempunyai kesan sehingga 10 ribu lebih baik berbanding Adriamycin dan kimoterapi kerana mempunyai sejenis unsur kimia yang terkandung didalamnya.

Kajian di Purdue Universiti pula telah membuktikan bahawa daun durian belanda mampu mebunuh sel kanser dengan berkesan, terutama sel kanser daripada kanser prostat, pankreas dan paru-paru.

Banyak kajian yang dilakukan yang kita tak tahu. Namun, kesemua hasil kajian menyokong satu sama yang lain. Bahawa durian belanda merupakan pembunuh semulajadi kanser yang sangat efektif. Harap dengan post kali ini, dapat membantu kawan-kawan kita untuk menjadi lebih sihat. Sila share post ini dengan kawan-kawan yang lain