Tuesday, 15 January 2013
Sunday, 13 January 2013
SHOPING LANGSIR DI NILAI 3
NILAI 3, sudah sinonim bagi warga kl serta warga lembah klang, lokasi memborong karpet dan langsir.asal ade jer perayaan tak kisah lah raya melayu ker, raya cina ker, maupun raya hindu nilai 3 pasti akan jadi tumpuan shopping karpet dan langsir. aku hairan juga ape yang dimendrumolih si mamat bangladesi, mamat kasmiri dan mamat penshawari ini sampai bolih menarik warga kl dan lembah klang hingga terlupa di kl pun ada kedai karpet. diam tak diam aku pun terikut sekali dalam pakej shoping ni.
tempat yang mula mula sekli aku singgah.
park jer kereta kat sini aku pun mula menerjak ke satu kedai.
ni kedai kain ela.......sorri beb,kain ela tak main lah,aku beli baju yang dah siap.
possing gambarjerlah depan kedai kain ela NAFISA COLLECTION ni.
ha...ha sebijik macam mamat bangladesi,
singgah kedai karpet,....ambil gambar jer.;;;;karpet kat rumah pun tak terpakai.
ni pulak macam bai kapet...
MEM memilih baju jubah,,,itu pun kalau berkenan
aku layan possing sendiri,
layan posing kiri,tadi posing kanan, ambil gambar sendiri , orang lain tak nak
jadi kameraman sebab asik memilih kehendak masing masing.
selalunya inilah juru kamera aku, tapi ari ni dia pun sibuk kerana melayan
2 baby sekali gus ,babynya dan anak buahnya.
sedang memilih brooch... sale 3 rm 10.
macam macam ade di sini........bangladesi, kasmiri, pengshawari, dan indonesi,
disini bahagian tudung pula..................
possing di bahagian tudung.........sebenar nya banyak lagi kawasan yang aku pergi
tapi dah maleh dan nak upload.....jadi aku keluar dulu lah...
Friday, 11 January 2013
HKR #112 : Panduan penting untuk peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat
11 January 2013
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, esok adalah himpunan aman, bagaimanapun peserta disaran mengikuti garis panduan dan langkah tertentu bagi menjamin keselamatan dan kelancaran perhimpunan itu.

APA YANG PERLU DIPAKAI
-Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai.
-Pakaian bersih dalam beg untuk ditukar jika berlaku semburan bahan kimia.
-Baju hujan yang boleh melindungi diri daripada cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection).
APA YANG PERLU DIBAWA
-Bawa air mineral/minuman Isotonik. Pihak penganjur mencadangkan 2 hingga 3 botol air mineral 500 ml.
-Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan.
-Bawa makanan seperti coklat, snek makanan ringan.
-Jika anda ada masalah kesihatan serius seperti jantung dan paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri daripada menghadiri perhimpunan ini.
-Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk penghidap asma.
-Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa.
-Bawalah wang saku mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu.
PERKARA YANG PERLU DAN JANGAN
-Rehat, makan dan minum secukupnya sebelum perhimpunan. Walaupun kita berniat untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindak balas daripada mereka yang cuba menghalang perhimpunan itu.
-Sertailah perhimpunan secara berkumpulan dengan rakan/keluarga yang mengenali anda, dan mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak bersendirian.
-Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama.
-Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata.
PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN KIMIA (Jika ada)
Tanda-tanda terkena bahan kimia:
* Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit
* Pandangan kabur dan air mata keluar berlebihan
* Cecair hidung keluar secara berlebihan
* Batuk dan sesak nafas
* Pening
Tanda-tanda di atas hanya sementara. Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan ‘pepper spray’ memerlukan 20 minit hingga 2 jam.
Bagaimana menghadapinya?
BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara.
-Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan. “JANGAN SAPU MUKA”
-Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin.
-Sila dapatkan bantuan sukarelawan ‘Pasukan Perubatan’ yang berada di sekitar kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan.
-Jika anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai.
* Maklumat ini sekadar panduan kepada peserta. Ia hanya maklumat umum, dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat anda, atau pakar perubatan lain.
*Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku ketika perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri.-Roketkini.com

Wednesday, 9 January 2013
Dua pemimpin dunia yang menghafal Al-Quran
| 10 Jan 2013 |
Hafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.
Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran. Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Al-Quran.
Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.
Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu.

Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah kekuasaan Hosni Mubarak.
Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna).
Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.
Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin.

Selamat datang para pencinta perubahan
| Harakahdaily, | 10 Jan 2013 |
Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) bakal menyaksikan jutaan rakyat Malaysia berhimpun bagi menuntut sebuah kerajaan yang adil dan bersih.
Katanya, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menggabungkan 8 tuntutan daripada pelbagai NGO dan organisasi ini merupakan satu himpunan mega yang terakhir sebelum pilihanraya umum 13 nanti.
DPPWP juga, ujarnya mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara kerana telah menyatakan komitmen untuk mengawal keselamatan ketika himpunan itu berlangsung.
“Kerjasama yang penuh daripada pihak polis ini perlulah disambut para peserta himpunan dengan memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan himpunan ini.
“Dengan komitmen yang telah diberikan oleh KPN ini maka seharusnya rakyat Malaysia tidak perlu gentar lagi untuk turun berhimpun di Stadium Merdeka pada Sabtu ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, DPPWP ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang berada di Wilayah Persekutuan dan sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama hadir ke himpunan aman itu.
Katanya, DPPWP mensasarkan seramai 10,000 orang anak muda WP dan Lembah Klang yang akan turut sama hadir menyertai himpunan bersejarah itu.
Beliau berkata, rakyat Malaysia yang inginkan perubahan dalam arus politik tanah air dan yang inginkan Malaysia bebas dari segala gejala yang tidak bermoral oleh pemimpin Malaysia seharusnya hadir bagi bersama-sama menuntut perubahan.
“Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan hasrat dan hak kita,” ujarnya.
Justeru, kata beliau DPPWP sekali lagi menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk hadir dengan memakai pakaian sama ada berwarna hijau, merah, jingga dan kuning.
Tambahnya lagi, para peserta juga disarankan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur ini.
“DPPWP juga inginkan mengingatkan kepada para peserta supaya menjaga akhlak semasa berhimpun nanti dan jangan mudah termakan dengan provokasi-provokasi daripada mana-mana pihak.
“Hadirlah dengan jiwa yang aman, dengan harapan yang menggunung dan penuh iltizam kepada Allah SWT agar Umno BN dapat dikuburkan dalam PRU13 akan datang,” ujarnya.
Selamat Datang Para Pencinta Perubahan!
Monday, 7 January 2013
TG Nik Aziz ajar doa hadapi ribut Sonamu

Harakahdaily,
07 Jan 2013
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.
Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.
"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.
"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :
اللهم ØÙˆØ§Ù„َÙŠْÙ†َا ولا علينا، اللهم غَÙŠْØ«ًا Ù…ُغِيثًا، Ù„َا Ù…ُÙ‡ْÙ„ِÙƒًا ÙˆَÙ„َامُدَÙ…ِّرًا
yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...
(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)
Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM) pula mengarahkan semua unitnya khasnya Jabatan Amal bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan

Subscribe to:
Posts (Atom)