jemaah haji di maktab 86 yang berada di lobi hotel mubarak telah bersiap sedia menunggu
mutawif yang akan memberi penerangan semasa menbuat lawatan di sekitar masjidil haram
seperti makam ibrahim, hijir ismail, telaga zam zam, multazam, bukit safa dan bukit marwah,
jabal kubis serta perkuburan maala dan akhir sekali jemaah akan di bawa ke tanaim untuk
menbuat umrah sunat.
telaga zam zam satu krtika dahulu.
rumah tempat kelahiran rasullullah
. hijir ismail
makam ibrahim
multazam
perkuburan maala
perkuburan maala
masjid jin
masjid tanaim untuk miqad
imiginasi masjidil haram satu hari nanti
Tuesday, 4 January 2005
Monday, 3 January 2005
HARI KETIGA DI KOTA MEKAH

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
memandangkan hari ini tidak ada sebarang acara yang telah diatur olih pihak tabung haji
kepada jemaah,maka ada baiknya saya huraikan serba sedikit kaifiat umrah dan haji buat
Panduan kita semua terutama bagi bakal bakal haji atau umrah yang baru pertama kali.
PERINGATAN ; BAKAL HAJI DARI MALAYSIA YANG DATANG AWAL DINASIHATI MEMBUAT HAJI KAEDAH HAJI TAMATUK IAITU MENGERJAKAN UMRAH DAHULU SEBELUM MENGERJAHAN HAJI.
IBADAT UMRAH.(SUNAT)
1. MANDI SUNAT IHRAM.
ini dikerjakan sebelum melalui miqat.cara mandinya adalah sama seperti mandi hadas
besar dan sebaik baiknya dilakukan dirumah atau di penginapan
lafaz niatnya ialah; nawaitul rusla sunatal ihrami lilah hitaala.
(sahaja aku mandi sunat ihram kerana allah taala)
2. MEMAKAI PAKAIAN IHRAM.
a. memakai pakaian ihram adalah sebelum berniat ihram.
b. harus memakai ihram sesudah mandi sunat ihram dan berwuduk tetapi belum berhiat
c. sunat memakai pakaian ihram dari kain berwarna putih.
3. SOLAT SUNAT IHRAM.
a. solat sunat ihram dilakukan sesudah mandi dan sesudah berpakai ihram tapi belum
lagi niat ihram.
lafaz niatnya ialah; usalli sunnatal ihrami rakaataini lillah hitaala.
(sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana allah taala)
b. rakaat pertama afdal baca surah alkafiruun selelepas al fatihah.
c. rakaat kedua bebas membaca mana mana surah.
4. BERNIAT IHRAM UMRAH (RUKUN)
a. berniat sebelum miqat
b. wajib berniat.
lafaz niatnya ; NAWAITUL UMRATA WA AHRAMTUBIHA LILLAHI TAALA.
(sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana allah taala.
5. MENINGGALKAN LARANGAN DALAM IHRAM (WAJIB)
selepas sahaja berniat WAJIB kita menjaga 13 larangan dalam ihram.
1. menutup kepala bagi lelaki
2. memakai pakaian bersarung atau berjahit bagi lelaki
3. menutup muka bagi lelaki dan wanita.
4. memakai sarung tangan
5. memakai bau bauan
6. memakai minyak rambut
7. bercukur atau menanggalkan bulu pada badan
8. memotong kuku
9. mencabut atau menebang pokok di tanah haram.
10.memburu binatang
11.melakukan perkara yang menaikkan syahwat
12.melakukan persetubuhan
13.akad nikad atau ijab kabul.
6. MEMBANYAKKAN BACAAN TALBIAH
a. sunat bertalbiah sesudah berniat ihram
b. sunat bagi lelaki bertalbiah dengan kuat dan jelas
c. tidak sunat bagi wanita dengan kuat.
7. MENGERJAKAN TAWAF (RUKUN)
apabila sampai di mekah,wajib melakukan tawaf.
8. SEMBAHYANG SUNAT TAWAF DAN BERDOA (SUNAT)
a. selepas sempurna melakukan tawaf disunatkan sembahyang
lafaznya ; ussalli sunnatal tawafi rakaataini lillahi taala.
(sahaja aku sembahyang sunat tawaaf dua rakaat kerana allah taala.
9. BERDOA DI MULTAZAM (SUNAT)
a. dilakukan selepas solat sunat ihram
b. multazam adalah antara hajar aswad dengan pintu kaabah
c. memudahkan urusan elok berdiri dihadapan multazam.
10.MELAKUKAN SAIE (RUKUN)
a. saie adalah berulang alik dari bukit safa kebukit marwah sebanyak 7 kali
b. dari safa ke marwah di kira sekali dan dari marwah ke safa di kira sekali
dan hendaklah bermula dari safa dan berakhir di marwah.
c. sunat berlari lari anak pada 3 kali yang awal semasa melintasi lampu hijau
d. tidak sunat berlari bagi jemaah wanita.
11.BERCUKUR ATAU BERGUNTING (RUKUN)
a. selepas saie hendaklah bercukur atau bergunting sekurang kurang 3 helai rambut
b. afdal bercukur bagi lelaki.
c. selepas bercukur atau bergunting maka terhasillah TAHALLUL dan lepaslah larangan
ihram.
12.TERTIB (RUKUN)
iaitu mengerjakan rukun rukun umrah sepertimana yang dinyatakan di atas satu persatu.
Sunday, 2 January 2005
KETIBAAN DI TANAH SUCI MAKKAH
2 jan 2005 - kira kira jam 4 pagi bas yang membawa kami dari madinah selamat sampai di kota makkah
kami di tempatkan di hotel plaza mubarak di jalan ibrahim khalil,ketika kami sampai azan
subuh sedang berkumandang dari masjidil haram,para jemaah berduyung duyung dan penuh
sesak dijalanan.
. selepas urusan chek in hotel selesai,jemaah diarahkan segera menyempurnakan ibadat umrah.
4 pagi sedang mencari hotel di jalan ibrahim khalil

azan subuh dari masjidil haram
hotel mubarak dijalan ibrahim khalil
lobi hotel plaza mubarak
sebahagian jemaah yang terdapat dijalan ibrahim khalil
menuju ke baitullah untuk tawaf
lobi utama hotel plaza mubarak makkah
Saturday, 1 January 2005
BERANGKAT KE KOTA MAKKATUL MUKARRAMAH
1 jan 2005 - hari ke lapan - hari terakhir berada di madinah,setelah genap sembahyang berjemaah
40 waktu di masjid nabawi jemaah diarahkan berihram untuk berangkat ke makkah,
selepas solat asar jemaah melakukan ziarah widak ke makam rasullullah, kemudian
berkumpul di lobi hotel.jemaah terus dibawa ke bir ali untuk miqad. solat sunat ihram
dan berniat ihram di masjid bir ali.
masjid zul hulaifah (bir ali)
kemudian meneruskan perjalanan ke makkah.
wirid ,tasbih serta tahmid disepanjang jalan dari madinah hingga ke mekah.
Wednesday, 29 December 2004
HARI KE LIMA - ZIARAH LUAR MADINAH
MADINAH (ZIARAH LUAR)
Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.
masjid quba
masjid qiblatain
masjid jumaat
jabal rumah
bukit magnet
| bukit magnet |
pasar tamar
kebun tamar
kilang mencetak al quraan
ihsan ammi google kerana tak dibenarkan bawa masuk kamera untuk
ambil gambar sendiri.
Monday, 27 December 2004
ZIARAH DALAMAN MADINAH
MADINAH HARI YANG KETIGA- ZIARAH DALAMAN
Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w :
“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”
MASJID NABAWI AS SHARIFF
makam rasullulah
PERKUBURAN BAQI
shaikh muhammad ayub- imam jemputan yang menjadi idola ku
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)






















.jpg)









.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)

