Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Monday, 21 August 2006
Thursday, 6 July 2006
Saturday, 1 July 2006
NOSTALGIA KASHMIR - TEESRI KASAM
nostalgia kashmir.....setiap kali aku tengok clik video ni misti aku teringat kisah
kisah perjalanan ku di kashmir,pemandangan serta panorama yan cukup indah,sungai yang mengalir
tidak seperti sungai sungai dekat rumah ku di sungai pahi (mengkebang),bukit dan gunung yang menghiasi
banjaran himalaya sungguh cantik sekali.tidak seperti bukit cengel dan bukit tembeling di sungai pas.
dikala itu juga ku terbayang scen scen yang di lakonkan olih raj kapoor dan waheeda rehman ini......
agak agak bila lagi aku akan sampai di kashmir ini................
kisah perjalanan ku di kashmir,pemandangan serta panorama yan cukup indah,sungai yang mengalir
tidak seperti sungai sungai dekat rumah ku di sungai pahi (mengkebang),bukit dan gunung yang menghiasi
banjaran himalaya sungguh cantik sekali.tidak seperti bukit cengel dan bukit tembeling di sungai pas.
dikala itu juga ku terbayang scen scen yang di lakonkan olih raj kapoor dan waheeda rehman ini......
agak agak bila lagi aku akan sampai di kashmir ini................
Tuesday, 6 June 2006
Friday, 5 May 2006
INFO - BAYI
Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa
berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit.
MUTIARA HADIS - DIATAS HAMPARAN SEJADAH
Rasullullah S.A.W bersabda; " Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang selama
ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu
mereka memohon dengan berkata ; Ya tuhan kami ! Berikan rahmat kepadanya."
(HR Abu Hurairah r.a)
Thursday, 4 May 2006
MUTIARA HADIS - LIMA KUNCI RAHSIA
Daripada ibnu Umar r.a dari Rasullullah s.a.w bersabda;
"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu;
1 Tiada mengetahui apa yang tersimpan didalam rahim (kandungan perempuan)melainkan Allah.
2 Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3 Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4 Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.
5 Tiada yang mengetahui bila hari kiamat akan terjadi melainkan Allah."
(HR Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)


