ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Friday, 30 September 2011


 PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL .
on SEP 30, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ramai orang yang tidak tahu cara yang betul untuk solat hajat...baiklah kat sini saya akan kongsikan dengan anda cara solat hajat yang betul.


Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali:

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali:

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Wasallam.

Thursday, 29 September 2011

PERLAWANAN SENSASI SEPAKAN GUNTING

embatan deras Mat Sabu yang dikatakan bayangan Mat Indera penyerang sensasi Tanah Melayu yang sangat digeruni Inggeris suatu ketika dahulu, akhirnya menyebabkan penyokong UMNO mengamuk dan melemparkan objek keras sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harakah di Negeri Sembilan kelmarin.Mat Sabu yang sememangnya terkenal dengan kegelicahannya mengelecek bola sebagaimana Messi,bijak merembat deras bola yang dilorongkan oleh pemain veteren PAS yang masih kuat Nik Abdul Aziz Nik Mat.Penjaga Gawang UMNO Muhyiddin Yaasin dilaporkan cedera dan patah jari kerana cuba menahan bola kencang yang dirembat Mat Sabu.
Jentera serangan UMNO yang diketuai Najib Abd Razak pulak dipaksa untuk berhempas pulas untuk menembusi kubu pertahanan lawan yang diketuai Nasaruddin Hassan.Malah serangan balas yang diketuai Najib sekadar melewati palang gol walaupun sepakan gunting gaya I.S.A. digunakan oleh beliau.Najib dilaporkan kecewa dengan prestasi hambar rakan-rakan sepasukannya yang mudah membiarkan kubu pertahan dibolosi,apatah lagi pemain pertahanan simpanan yang dimasukkan Zainal Kling juga gagal menjaga gawang UMNO bahkan menjaringkan pula gol sendiri pada minit ke-15 perlawanan, hasil perebutan bola yang berlaku dengan Saifuddin Nasution dihadapan pintu gol.Ini menyebabkan sebahagian penyokong UMNO di Britain dilaporkan kecewa dan menangis dengan apa yang dilakukan Zainal Kling.

Lebih parah lagi pada minit ke-30 Zainal Kling terpaksa diusung keluar hasil terjahan keras yang dilakukan oleh penyerang sensasi PAS Nik Abd Aziz Nik Mat.Kehadiran penyokong UMNO yang sekadar 3.4 juta tidak mampu menggerunkan pasukan anak buah Al-Marhum Fadhil Noor.Malah pada minit ke-40 sekali lagi gawang UMNO bocor kali ini dengan rembatan hudud yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang bijak melepasi perangkap off said yang dilakukan oleh benteng pertahanan UMNO.Malah ketangkasan Nik Abd Aziz Nik Mat yang bijak melakukan larian biarpun secara solo mendapat pujian penjaga gawang UMNO sendiri Muhyiddin Yaasin.

Sehingga tamat separuh masa pertama UMNO dilaporkan masih buntu mencari gol walaupun berpakat dengan pengadil perlawanan Abdul Aziz Mohd. Yusof.Malah kehadiran kuda tua UMNO yang menyarung jersi lama yang berlogokan ‘tolak hudud’ Mahathir Mohamad lansung tidak memberikan sebarang ancaman kepada benteng pertahanan PAS yang dibantu oleh Mahfudz Omar.Mahfudz yang dimasukkan oleh jurulatih PAS Abd Hadi Awang dilihat bijak merantai pergerakkan Mahathir kerana memiliki kelebihan berasal dari negeri yang sama...kah..kah..kah...

Perlawanan dijangka bersambung semula pada separuh masa kedua,namun setakat artikel ini ditulis Abdul Aziz Mohd Yusof masil lagi belium meniupkan wisel kerana menanti arahan kapten pasukan UMNO Najib Tun Razak.Separuh masa kedua ini dijangka lebih rancak hasik kata peransang yang diberikan terutamanya selepas mendapat kata peransang oleh penolong pengurus pasukan Anwar Ibrahim.Saksikan apa akan berlaku pada separuh masa kedua...apakah mungkin PAS atau UMNO mendapatkan khidmat Safee Sali untuk mengukuhkan jentera serangan mereka?-WARTAWAN Kiyai Haraki melaporkan....Hidup Harimau Malaya!!!

Saturday, 24 September 2011

MAJLIS HARI RAYA----ANOK KUALA KRAI DI PERANTAUAN

       yb  ustaz latif (adun mengkebang) sedang menjamu selera sambil melayan tetamu....
       yb dr hatta ramli (ahli parliman kuala krai) berbincang sesuatu dengan tetamu nya

Thursday, 22 September 2011

MENGAPA RAKYAT KELANTAN SUKA MERANTAU ?


KUALA LUMPUR, 22 Sept: Kesemua pihak yang bertanggungjawab diingatkan agar tidak terus menabur fitnah berterusan terhadap rakyat Kelantan, khususnya berhubung penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur dan ke negeri-negeri lain di seluruh negara sejak dulu hingga kini.

Dakwaan yang mengatakan "orang Kelantan terpaksa berhijrah" atau "anak Kelantan harus merantau" untuk mencari rezeki, mendapatkan sesuap nasi dan seteguk air di segenap pelosok negara khasnya di ibu kota, semata-mata kerana faktor negeri Kelantan miskin amat menarik untuk direnungi kerana mungkin tidak berasas.

Jika diteliti secara bijaksana, persoalan itu sebenarnya adalah sangat relatif. Malah tohmahan atau anggapan "orang Kelantan terpaksa berhijrah" atau "anak Kelantan harus merantau" semata-mata kerana faktor negeri Kelantan miskin tidak semestinya tepat atau benar.

Seorang penulis, Rosli Nik Mat berkata, dalam hubungan ini, satu-satunya soalan paling dasar yang harus dikemukakan dan dijawab, adakah terdapat mana-mana anak negeri lain yang tidak berhijrah untuk cuba mencari peluang rezeki di merata-rata tempat di dalam negara ini?

"Tanpa memerlukan huraian panjang lebar, jawapannya tentulah, "tidak!". Jadi dengan itu, tohmahan dan anggapan sedemikian terhadap rakyat Kelantan secara jujurnya tentulah tidak tepat," katanya.

Namun isu itu tidak pernah menemui noktahnya sejak dulu hingga sekarang. Malah ia sering ditimbulkan dan dijadikan salah satu modal politik yang cukup penting dan popular terutama untuk diperdengarkan menjelang waktu pilihan raya.

"Tidak hanya sekadar suara lantang yang dilaungkan oleh para pemimpin politik dari luar Kelantan, malahan media perdana juga akan ikut menjadi "pak turut" mewar-warkan isu itu," katanya.

Bahkan tidak cukup sekadar itu sahaja. Sesetengah pemimpin politik daripada kalangan anak negeri Kelantan sendiri pun tidak akan segan silu "menahan lukah di pergentingan" untuk turut mengambil kesempatan mempermainkan isu yang sengaja diperbesar-besarkan itu.

Hal itu, menurut beliau, tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata kerana motif ghairah mengejar kepentingan dan kedudukan dalam catur politik.

Dalam tulisannya yang berjudul "Mitos Hijrah Orang Kelantan" yang dimuatkan dalam majalah Qiadah terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan, keluaran Ramadhan-Syawal 1432 Hijrah yang diedarkan secara percuma, beliau merumuskan, sebaliknya hakikat sebenar orang merantau termasuk yang membabitkan anak Kelantan termaktub atas lima sebab.

Pertama, bersemangat kental. Kedua, berani mencari dan merubah pengalaman. Ketiga, tegar menghadapi dan mengatasi risiko. Keempat, ingin mengejar dan merealisasikan sesuatu cita-cita. Kelima, bijak mengambil peluang, pasti akan sanggup menimba rezeki dan sebagainya walau di ceruk mana sekalipun.

Katanya, oleh itu, bukan hanya orang Kelantan, malah mana-mana anak negeri lain pun akan turut berada di segenap ceruk dan pelosok tanah air jika mereka ingin mengambil langkah berhijrah, berdasarkan sebarang faktor yang disebutkan itu.

"Jika kini, anak Kelantan atau mana-mana anak negeri lain sekalipun berhijrah atau merantau ke mana-mana ceruk tanah air, hakikatnya bukanlah kerana faktor negeri asal mereka sangat miskin.

"Sebaliknya sebagaimana dijelaskan itu, mereka sebenarnya adalah golongan individu yang bersemangat kental, berani mencari dan merubah pengalaman, tegar menghadapi dan mengatasi risiko, ingin mengejar dan merealisasikan sesuatu cita-cita serta bijak mengambil peluang," jelasnya.

Oleh itu, tanpa mempedulikan mitos hijrah yang sering ditohmahkan dengan apa alasan sekalipun terhadap rakyat Kelantan, mereka akan tetap mengintai peluang dan menimba rezeki walau di ceruk mana sekali pun di tanah air ini.

Berhubung tohmahan kononnya Kelantan ketinggalan dalam pembangunan, usahawan terkemuka Kelantan yang berjaya di luar Kelantan, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hissamuddin Yaacub mengakui dari segi fizikalnya dakwaan itu betul, tetapi orang Kelantan tidak susah kerana mereka mempunyai jati diri dan keusahawanan yang tinggi.

"Sebab itu kita tengok di mana sahaja di Kelantan ada orang menjual. Setiap 100 meter, di Jalan Pengkalan Chepa, misalnya, ada orang perempuan duduk di belakang periuk, menjual. Fenomena ini tak ada di tempat lain.

"Kalau tengok rumah-rumah di Kelantan, saya kira (fikir) di Kelantanlah paling banyak banglo yang sudah terbayar, bukan hutang bank, yang dimiliki oleh orang Melayu.

"Pasal apa? Tanah dia sendiri, dia beli barang sendiri, dia upah orang buat. Begitu juga kereta Mercedes dan sebagainya banyak di Kelantan. Ertinya dari segi ekonomi tempatan, saya salute mereka," katanya. 

Drs Abdul Rahman Al-Ahmadi  dalam sebuah esseinya yang dihasilkan pada tahun 1984 menjelaskan bahawa orang Kelantan/Pattani sejak dahulu sampai sekarang suka merantau dengan berbagai-bagai tujuan, mengadu untung, mencari tempat kediaman baharu, meneroka hutan belantara, menuntut ilmu, mengajar dan berdagang.

"Pada zaman dahulu, mereka belayar jauh (dengan hanya menggunakan perahu) perahu pinis ke Palembang, Aceh, Jawa, Kalimantan, Bangkok, Saigon, Kemboja dan juga Sulawesi.

"Sehingga kini, kekayaan hasil sumber negeri dan ditambah lagi oleh kemahiran anak negeri Kelantan dalam pelbagai aspek yang boleh dijadikan peluang dalam sektor niaga, memberikan dan membuka peluang luas pintu rezeki.

"(Itulah sebabnya) sebagai contoh, salah satu caranya ialah orang Kelantan akan membawa hasil niaga daripada sumber kekayaan dalam negeri dan hasil kemahiran dalam pelbagai aspek ini ke luar Kelantan untuk menjangkau pasaran yang lebih luas," katanya.

Contohnya, tambah Abdul Rahman, Kelantan sangat terkenal dengan sektor niaga berasaskan kesenian seperti batik dan songket, ketukangan emas, perak, tembaga dan besi, ukiran kayu dan lain-lain lagi.

Tidak hanya berniaga di dalam negeri, orang Kelantan juga gigih berhijrah dan merantau ke segenap pelosok tanah air unrtuk memasarkan semua bahan niaga itu. Bukan sahaja secara besar-besaran, malahan juga akan sanggup memasarkannya di pasar malam, menjaja, hatta secara bayaran ansuran bulanan.