ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Wednesday 1 March 2000

MEMORI DI GENTING HIGHLAND

memori indah di genting highland,pertama kali aku menjejak kaki ku di puncak
genting. ketika itu genting highland ini baru sahaja siap untuk di kunjungi,sepulangan 
aku dari singapura,aku singgah sekejap di rumah kakakku di simpang renggam johor.
dan dari johor aku bertolak pula ke kuala lumpur,saja saja jalan sebelum aku pulang
ke kampong ku di batu mengkebang.semasa aku berada di ibu kota kuala lumpur,
aku mendapat perkhabaran bahawa genting highland memang cantik dan indah dan 
sekarang menjadi tarikan pelancongan yang terbaik,ia mengalahkan taman mimaland 
di gombak. jadi dengan tidak membuang masa aku terus membuat keputusan untuk kesana.
aku bertolak dari stesen bas puduraya pada pukul 8.00 pagi   dengan menaiki bas 
dan sampai di puncak sekitar jam 9.30 pagi. suasana masih pagi dan masih banyak
kedai kedai yang belum di buka. cuaca sungguh sejuk. semasa gambar ini dirakam
aku tengah mengigil kesejukan, tambahan pula aku pergi dengan tidak memakai
baju sejuk,cuma memakai baju biasa jer............

No comments:

Post a Comment