Wednesday, 31 May 2000
AKTIVITI BEBAS DI MADINAH
Hari ini tidak ada acara khusus yang diatur olih pihak ksb kepada jemaah. jadi kami bebas melakukan axtiviti sendiri. aku yang belum biasa dengan situasi dikota madinah meronda dan merayau dilokasi yang berdekatan dengan masjid sahaja. walau pun aku pernah datang kesini, tapi sebab sudah lama sangat, semuanya sudah berubah. kali pertama dan terakhir aku kesini pada tahun 1978 . semasa itu kawasan hotel tempat aku tinggal sekarang masih ada beberapa batang pokok kurma dan jauh di belakang masih terdapat kebun kurma. selepas solat subuh aku merayau dikawasan dataran diantara hotel dengan masjid nabawi. disana banyak terdapat gerai gerai dan pasar jualan.tok tok arab sedang sibuk melelong. bermacam - macam anika jenis barangan, pakaian , makanan, buah - buahan dan beranika lagi.
Location:
Medina Saudi Arabia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment