hari kedua di mekah dan hari kedua juga berpuasa, selepas solat subuh aku tidak segera pulang kehotel malah aku beriktikaf sahaja di masjidil haram, buat solat sunat dan baca quraan.terfikir aku untuk membuat umrah sunat atau tidak.sebab semalam, selepas aku selesai sempurnakan umrah wajib aku. aku terus ulang umrah sunat, aku terus ke tanaim untuk miqat dan melakukan tawaf serta sai. walaupun masa itu aku sedang berpuasa tapi kerana semangat yang kuat langsung aku tidak rasa letih dan dahaga. hari ini sudah lain sedikit,walaupun semangat masih kuat tapi rasa letih dan dahaga juga sudah terasa.......mungkin sebab iman masih kurang. jalan terbaik yang aku mampu lakukan hari ini ialah tawaf sunat.
Tuesday, 28 November 2000
Monday, 27 November 2000
SATU RAMADHAN DI MEKAH
1 ramadhan 1421, diawal pagi kami selamat sampai di kota mekah,sebaik sahaja kami turun dari bas mutawwif terus menghidang jamuan untuk sahur, barang - barang kami, di urus olih pihak hotel. hidangan sahur cukup bagus,nasi mendi dan jus mangga. para jemaah menikmati hidangan dengan penuh selera,mungkin meraka kelaparan,maalumlah kali terakhir mereka menjamah hidangan semasa berada di madinah selepas solat zohor semalam. semasa dalam perjalanan bas tidak singgah di mana mana tempat makan kerana bimbang kesuntukan masa, itu pun di atas persetujuan jemaah juga. pihak pakej hanya menyediakan air minuman dan sebuku roti sebagai mengalas perut.
selesai bersahur baru lah kami di berikan bilik masing masing.
Wednesday, 22 November 2000
UMRAH SEBULAN RAMADHAN BERSAMA JAFILA
BERANGKAT KETANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN UMRAH SEBULAN
DI BULAN RAMADHAN BERSAMA PAKEJ JAFILA TRAVEL.
Subscribe to:
Posts (Atom)