ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Tuesday 28 November 2000

HARI KE DUA DI MEKAH

       
hari kedua di mekah dan hari  kedua juga  berpuasa,  selepas solat  subuh  aku tidak  segera  pulang kehotel malah aku beriktikaf sahaja di masjidil haram, buat solat sunat dan baca quraan.terfikir aku untuk membuat umrah sunat atau tidak.sebab semalam, selepas aku selesai sempurnakan umrah wajib aku. aku terus ulang umrah sunat, aku terus ke tanaim untuk miqat dan melakukan tawaf serta sai. walaupun masa itu aku sedang berpuasa tapi kerana semangat yang kuat langsung aku tidak rasa letih dan dahaga. hari ini sudah lain sedikit,walaupun semangat masih kuat tapi rasa letih dan dahaga juga sudah terasa.......mungkin sebab iman masih kurang. jalan terbaik yang aku mampu lakukan hari ini ialah tawaf sunat.

No comments:

Post a Comment