Friday, 2 February 2001
FARZ - MEMORI SILAM KU
FARZ- sebuah filem yang mengamit memori silam ku.
satu hari sekitar tahun 1968 iaitu ketika filem ini baru keluar dan sedang
pecah panggong.dan ketika itu aku baru masuk sekolah darjah dua,aku
telah dibawa olih ayahku berserta di temani kakak ku memasuki panggong
wayang gambar di pekan kuala krai kelantan. panggong wayang gambar
MIDO adalah satu satunya panggong wayang gambar yang terdapat di
bandar kuala krai ketika itu. ia terletak di jalan yok chai berdekatan
dengan stesen keretapi dan juga stesen bas.
nak di pendekkan cerita selepas beli jer tiket dan mendapat tempat duduk
untuk aku dan kakak ku,ayah aku pun berpesan pada kakak ku. katanya
"lepas habis cerita ni kau orang keluar,ayah tunggu kat luar" lepas jer ayah
ku berpesan,dia terus keluar. tinggallah aku dan kakak ku serta penonton
yang memenuhi panggong wayang tersebut. jadi aku pun layan lah cerita
hindustan ini dengan penuh perhatian. cerita nya memang best, lagu lagunya
fulamak.............sampai aku bolih hafal liriknya. hero dan heroin nya sungguh
kacak dan comel.
habis jer cerita aku pun keluar, kau orang nak tahu.......masa nak keluar tu
macam sardin....berpusu pusu berasak asak, bertolak tolak, orang nak keluar
berebut rebut dengan penonton yang nak masuk. dia orang nak masuk untuk
tayangan yang seterus nya.
di pendekkan cerita lagi olih kerana orang terlalu ramai depan panggong
wayang itu aku gagal mencari ayah aku yang tunggu kat luar, lagi pun aku
dan kakak ku tak tahu ayah aku tunggu kat mana. aku rasa sudah satu jam
lebih aku dan kakakku mencari dan menunggu ayah ku namun tak juga jumpa
aku dah mula nak nangis tapi rasa malu pula, maalumlah dah darjah dua masih
nak nangis kerana tak jumpa cari ayah.
cari punya cari tiba tiba datang dua orang polis dan bertanya pada kakak aku
"adik ni sedang cari ayah ker ?" salah seorang anggota polis itu bertanya pada
kakak ku. " ya" jawab kakak ku pendek.
"ok baiklah ikut saya..ayah adik tunggu disana" sambong polis tadi.
aku dan kakak ku pun segera ikut kedua dua orang polis tersebut.
laaaaaaaaaaaaa rupa rupa nya ayah ku sudah repot polis tentang kehilangan
kami.
*******************************************************
tiba dirumah baru aku tahu rupa rupanya selepas keluar dari berpesan pada
pada kami di dalam panggong wayang,ayah ku terus ke masjid kuala krai dan
berlepak serta baring disana dan datang balik selepas agak agak wayang sudah
habis.dan selepas gagal mencari aku dan kakak ku, terus ayah ku membuat
repot polis.
'''''''''''''besoknya riuh sekampong repot polis gara gara cerita FARZ'''''''''''''''
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment