ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Monday, 1 October 2001

BUAH NAGA



Mata naga (atau buah naga)ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam keluarga Cactaceae. Ia daripada genus Cereus bermakna kembang malam, sesuai dengan bunga mata naga yang hanya berkembang di waktu malam. Ia ditanam secara komersial di Vietnam, Thailand, dan Taiwan,[1] walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Nama lain mata naga adalah pitaya atau pitahaya (Amerika Selatan), dragon fruit (bahasa Inggeris), manakala rakyat Thailand menggelar pitaya atau kaew mang kron, honey fruit atau red dragon fruit (Amerika Syarikat) atau paw wong fa kor (China).
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.


Bunga;
Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal


Zat makanan

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.
Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh


No comments:

Post a Comment