Thursday, 29 May 2003
FILEM - FILEM LAKONAN P. RAMLEE
Filem-Filem Lain Yang Ada Kaitan Dengan P.Ramlee
Nama/Tajuk Filem Pelakon Utama
1 Pulau Mutiara - S Ramanathan, 1951 Osman Gumanti, Maria Menado, A R Tompel
3 Kecewa - S Ramanathan,1954 Yusof Latiff, Mariam, Saadiah, S Kadarisman, Ibrahim
Hassan
4 Bapa Saya - B S Rajhans,1951 A R Tompel, Osman Gumanti, R Azmi, Neng Yatimah
5 Arjuna - V Girimaji, 1954 Ahmad Mahmud, Saadiah, Rokiah, Aziz Sattar
6 Istana Impian - V Girimaji, 1953 Ahmad Mahmud, Saadiah,S Shamsudin, Aziz Sattar,Neng Yatimah
7 Rayuan Sukma - L Krishnan, 1951 Ali Rahman, Zubaidah, A Rahim, Omar Rojik
8 Berdosa - S Ramanathan, 1951 S Roomai Noor, Siput Sarawat, Rokiah Jaafar
9 Belantara - S Ramanathan, 1957 Nordin Ahmad, Normadiah, Salleh Kamil
10 Budi Mulia - 1953 Tiada Maklumat
11 Batu Belah Batu Bertangkup,Jamil Sulong,1959.Aziz Jaafar,Rahmah Rahmat,Neng Yatimah,Bat Latiff,
Zaiton, S Kadarisman, Haji Mahadi, Salleh Kamil
12 Puteri Gunung Banang,Dhiresh Ghosh,1959 Ahmad Mahmud, Hashimah Yon, Sri Dewi, Salleh Kamil
13 Derita - L Krishnan, 1951 Ali Rahman, Neng Yatimah, A Rahim, Mariam
14 Gergasi - Dhiresh Ghosh, 1958 Aziz Jaafar, Hashimah Yon, Haji Mahadi, Rokiah
15 Cemburu - S Ramanathan, 1952 Yusoff Latif, Rosnani Jamil, Nordin Ahmad, Mariani
16 Kipas Hikmat - S Ramanathan, 1955 Yusoff Latif, Mariam, Nordin Ahmad, S Kadarisman
17 Empat Isteri - BS Rajhans, 1955 Daeng Idris, Normadiah, Saloma, Mariani, Latifah Omar
18 Dewi Murni - B S Rajhans, 1950 Osman Gumanti, Kasmah Booty, D Haris, A R Tompel
19 Saudagar Minyak Urat-Ramon A Estella,1959 S Kadarisman,Normadiah,Leng Hussien,Ibrahim Pendek,
Aziz Sattar, Ahmad Nisfu
20 Tunggal - S Kadarisman,1969 Ahmad Mahmud, Noor Azizah,S Kadarisman, Hussin Abu Hassan
21 Pendekar Empat - S Kadarisman, 1968Jins Shamsuddin, Sarimah, Hussin Abu Hassan
22 Permata Di Perlimbahan,Haji Mahadi,1952 Nordin Ahmad, Maria Menado, Salmah Ibrahim, Rokiah
23 Bumiputera - Dhiresh Ghosh, 1965 Mahmud Jun, Sophia Ibrahim, Minah Hashim, Fazliyaton
24 Panca Delima - P Ramlee, 1957 JIns Shamsuddin, Hashimah Yon, Udo Umar
25 Pembalasan, L.Krishnan, 1950 S Roomai Noor, Siput Sarawak, M Amin, Rokiah Jaafar
FILEM - FILEM P. RAMLEE MENGIKUT TAHUN
FILEM P.RAMLI MENGIKUT TAHUN.
1948 Chinta / Love
1949 Nasib / Fate
1949 Nilam
1949 Noor Asmara
1950 Aloha
1950 Bakti
1950 Rachun Dunia
1950 Takdir Illahi
1951 Juwita
1951 Penghidupan
1951 Sejoli
1952 Anjoran Nasib
1952 Antara Senyum Dan Tangis / Between Smile And Tears
1952 Miskin / Poor
1952 Patah Hati / Broken Heart
1953 Hujan Panas
1953 Ibu / Mother
1953 Putus Harapan / Lost Hope
1953 Siapa Salah / Who's Guilty?
1954 Merana / Suffer
1954 Panggilan Pulau
1954 Perjodohan
1955 Abu Hassan Penchuri / Abu Hassan The Thief
1955 Penarek Becha / Trishaw Man
1956 Anakku Sazali / My Son Sazali
1956 Hang Tuah / Legend Of Hang Tuah
1956 Se Merah Padi
1956 Sedarah
1957 Bujang Lapok / Three Bachelors
1957 Panca Delima
1958 Sergeant Hassan
1958 Sumpah Orang Minyak / Curse Of The Oily Man
1959 Musang Berjanggut
1959 Nujum Pa' Blalang / Fortune Teller
1959 Pendekar Bujang Lapok / Three Bachelors 2
1960 Antara Dua Darjat
1961 Ali Baba Bujang Lapok / Ali Baba In Burlesque
1961 Seniman Bujang Lapok / Three Bachelors 3
1962 Ibu Mertua Ku / My Mother In-Law
1962 Labu Dan Labi / Labu And Labi
1963 Love Parade
1963 Melanchong Ke Tokyo
1963 Nasib Si Labu Labi / Labu And Labi 2
1964 Madu Tiga / Three Rivals
1964 Sitora Harimau Jadian / Sitora Tiger Man
1964 Tiga Abdul / Three Abduls
1965 Dajal Suchi
1965 Masam Masam Manis / Sweet Sour
1965 Ragam P Ramlee, Minta Nombor Ekor & Damaq
1966 Do Re Mi
1966 Nasib Do Re Mi / Do Re Mi 2
1966 Sabarudin Tukang Kasut / Sabarudin The Cobler
1967 Keluarga 69 / Family 69
1967 Sesudah Suboh / After Dawn
1968 Ahmad Albab
1968 Anak Bapak / Papa's Pet
1968 Gerimis
1969 Bukan Salah Ibu Mengandung
1969 Di Belakang Tabir
1969 Enam Jahanam / Six Plunderers
1969 Kanchan Tirana
1970 Dr Rushdi
1970 Gelora
1971 Jangan Tinggal Daku
1971 Putus Sudah Kaseh Sayang / Lost Love
1972 Laksemana Do Re Mi / Do Re Mi 3
FILEM - FILEM P. RAMLEE MENGIKUT ABJAD
FILEM P.RAMLI TAHUN
Abu Hassan Penchuri 1955
Ahmad Albab 1968
Ali Baba Bujang Lapok 1961
Aloha 1950
Anak Bapak 1968
Anak-ku Sazali 1956
Anjoran Nasib 1952
Antara Dua Darjat 1960
Antara Senyum dan Tangis 1952
Bakti 1950
Bujang Lapok 1957
Bukan Salah Ibu Mengandung 1969
Chinta 1948
Dajal Suchi 1965
Di-Belakang Tabir 1969
Do Re Mi 1966
Dr. Rushdi 1970
6 Jahanam 1969
Gelora 1970
Gerimis 1968
Hang Tuah 1956
Hujan Panas 1953
Ibu 1953
Ibu Mertua-ku 1962
Jangan Tinggal Daku 1971
Juwita 1951
Kanchan Tirana 1969
Keluarga 69 1967
Labu dan Labi 1962
Laksmana Do Re Mi 1972
Love Parade 1963
Madu Tiga 1964
Masam-Masam Manis 1965
Melanchong Ka Tokyo 1964
Merana 1954
Miskin 1952
Musang Berjanggut 1959
Nasib 1949
Nasib Do Re Mi 1966
Nasib Si Labu Labi 1963
Nilam 1949
Noor Asmara 1949
Nujum Pak Belalang 1959
Pancha Delima 1957
Panggilan Pulau 1954
Patah Hati 1952
Penarek Becha 1955
Pendekar Bujang Lapok 1959
Penghidupan 1951
Perjodohan 1954
Putus Harapan 1953
Putus Sudah Kaseh Sayang 1971
Rachun Dunia 1950
Ragam P. Ramlee 1964
Sabarudin Tukang Kasut 1966
Semerah Padi 1956
Sedarah 1952
Sejoli 1951
Seniman Bujang Lapok 1961
Sarjan Hassan 1958
Sesudah Suboh 1967
Siapa Salah? 1953
Sitora Harimau Jadian 1964
Sumpah Orang Minyak 1958
Takdir Illahi 1950
Tiga Abdul 1964
Abu Hassan Penchuri 1955
Ahmad Albab 1968
Ali Baba Bujang Lapok 1961
Aloha 1950
Anak Bapak 1968
Anak-ku Sazali 1956
Anjoran Nasib 1952
Antara Dua Darjat 1960
Antara Senyum dan Tangis 1952
Bakti 1950
Bujang Lapok 1957
Bukan Salah Ibu Mengandung 1969
Chinta 1948
Dajal Suchi 1965
Di-Belakang Tabir 1969
Do Re Mi 1966
Dr. Rushdi 1970
6 Jahanam 1969
Gelora 1970
Gerimis 1968
Hang Tuah 1956
Hujan Panas 1953
Ibu 1953
Ibu Mertua-ku 1962
Jangan Tinggal Daku 1971
Juwita 1951
Kanchan Tirana 1969
Keluarga 69 1967
Labu dan Labi 1962
Laksmana Do Re Mi 1972
Love Parade 1963
Madu Tiga 1964
Masam-Masam Manis 1965
Melanchong Ka Tokyo 1964
Merana 1954
Miskin 1952
Musang Berjanggut 1959
Nasib 1949
Nasib Do Re Mi 1966
Nasib Si Labu Labi 1963
Nilam 1949
Noor Asmara 1949
Nujum Pak Belalang 1959
Pancha Delima 1957
Panggilan Pulau 1954
Patah Hati 1952
Penarek Becha 1955
Pendekar Bujang Lapok 1959
Penghidupan 1951
Perjodohan 1954
Putus Harapan 1953
Putus Sudah Kaseh Sayang 1971
Rachun Dunia 1950
Ragam P. Ramlee 1964
Sabarudin Tukang Kasut 1966
Semerah Padi 1956
Sedarah 1952
Sejoli 1951
Seniman Bujang Lapok 1961
Sarjan Hassan 1958
Sesudah Suboh 1967
Siapa Salah? 1953
Sitora Harimau Jadian 1964
Sumpah Orang Minyak 1958
Takdir Illahi 1950
Tiga Abdul 1964
BIODATA P. RAMLEE
BIODATA P. RAMLEE
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri, pada tarikh 22 Mac 1929
kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967).
Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali melalui ibu yang sama. Beliau menerima pendidikan awal diSekolah Melayu Kampung Jawa dan Sekolah Kebangsaan Francis Light.
Seterusnya,beliau menyambung pelajaran diPenang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu,beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.
Untuk selama 24 tahun bermula dari tahun 1948 hingaa 1972, P.Ramlee terbabit dalam seni
lakonan menerusi 62 buah filem. Mulai tahun 1955 hingga 1972, beliau berkarya sebagai
pengarah menerusi filem pertamanya, Penarik Beca hingga filem terakhirnya Laksmana Do Re
Mi dan telah mengarah sebanyak 34 buah filem selama 17 tahun termasuk sebuah filem (Panca
Delima) yang beliau sendiri tidak berlakon ( Lihat Senarai Penuh Filem-Filem P.Ramlee )
Jika diteliti secara mendalam, satu tema umum yang mendominasi filem-filem arahan P.Ramlee
ialah isu ketidakadilan dan tentangan beliau terhadap golongan atasan atau terhormat yang
cuba mengekalkan sistem social yang tidak adil dan menindas. Dengan kata lain, kritikan
social merupakan tema bagi filem-filem arahan beliau.
Tema perbezaan darjat dan ‘darah keturunan’ ini dikemukakan dengan berkesan sekali melalui
filem arahan beliau yang pertama,Penarik Beca.Diselitkan juga menerusi filem-filem jenakanya
seperti Bujang Lapok, Siri Do Re Mi, Tiga Abdul dan Sabarudin Tukang Kasut.
Kemuncak kejayaan P.Ramlee dalam menghasilkan filem-filem drama berat yang mempunyai unsur kritikan social sesudah memulakannya dengan cemerlang melalui Filem Penarik Beca (1955 ) ialah filem-filem Antara Dua Darjat (1960) dan Ibu Mertuaku ( 1962 ). Hanya sesudah 5 tahun
memegang teraju sebagai pengarah,P.Ramlee berjaya menghasilkan dua karya besarnya yang boleh
dianggap sebagai filem klasik melayu.
Setelah menempa kejayaan menerusi filem Ibu Mertuaku yang meletakkan beliau sebagai ‘Seniman Serba Boleh’ diperingkat Asia, P.Ramlee lebi banyak menumpukan tenaganya menghasilkan filem- filem komidi seperti Labu Labi,Nasib Si Labu Labi, Madu Tiga, Tiga Abdul, Masam-Masam Manis,Sabarudin Tukang Kasut,Do Re Mi,Nasib Do Re Mi Keluarga 69,Anak Bapak,Ahmad Albab dan filem terakhirnya Laksmana Do Re Mi. Seperti dalam siri Bujang Lapok, unsur kritikal social tetap diserapkan ke dalamfilem-filem komidi ini.
Sesudah filem Ibu Mertuaku, dan untuk tempoh selama 10 tahun hingga tahun 1972, P.Ramlee telah menghasilkan beberapa lagi filem drama berat seperti Damaq (dalam Ragam P.Ramlee),Sesudah Subuh, Gerimis,Kanchan Tirana,Enam Jahanam,Dr.Rushdi,Gelora,Putus Sudah Kasih Sayang dan Jangan Tinggal Daku. Namun ternyata filem-filem ini tidak mempunyai kekuatan yang menyerlah jika dibanding kan dengan filem-filem drama berat sewaktu dihasilkan di MFP di Singapura.
Perkahwinan
P.Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yanglebih dari perkahwinan mereka tetapi P Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961. dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.
Wanita dalam hidup P.Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah,menyintai P.Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.Walau bagaimanapun,Saloma menyintai P.Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.P. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma).
Anak-anak ;
P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah.anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak. (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan.(contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak )
Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:
1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953- 2008)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954- 1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966-2007)
10.Dian : Anak angkat (keturunan Cina)
Penghargaan selepas pemergian;
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun
dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur .
Bagi mengenang jasa dan sumbangannya,
Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap,Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai
"Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986.Manakala ditengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee.

30 tahun PEMERGIAN TAN SRI P.RAMLI
pada hari ini dalam tahun 1973 ketika itu aku baru berusia 13 tahun dan bersekolah
dalam tingkatan satu di sekolah menengah rendah kuala krai (SMRKK) sungai durian
kelantan. sekembalinya aku dari sekolah ,aku mendapat perkabaran bahawa bintang
filem yang menjadi idola ku P.RAMLI telah pergi buat selama lamanya. beliau pergi
ketika berusia 44 tahun.
al fatihah buat rohnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)