ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Thursday 29 May 2003

BIODATA P. RAMLEE

        BIODATA  P. RAMLEE
   
    Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri, pada tarikh 22 Mac 1929
    kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 -  1967).
    Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah      Hussein  pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang  adik-beradik   tiri  iaitu Syeikh Ali melalui ibu yang sama. Beliau menerima pendidikan awal diSekolah Melayu Kampung Jawa dan Sekolah Kebangsaan Francis Light.

    Seterusnya,beliau menyambung pelajaran diPenang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu,beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum  kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.
                             
    Untuk selama 24 tahun bermula dari tahun 1948  hingaa 1972, P.Ramlee terbabit dalam seni
    lakonan menerusi 62 buah filem. Mulai tahun 1955 hingga 1972, beliau  berkarya  sebagai
    pengarah menerusi filem pertamanya, Penarik Beca hingga filem terakhirnya Laksmana Do Re
    Mi dan telah mengarah sebanyak 34 buah filem selama 17 tahun termasuk sebuah filem (Panca
    Delima) yang beliau sendiri tidak berlakon ( Lihat Senarai Penuh Filem-Filem P.Ramlee )

    Jika diteliti secara mendalam, satu tema umum yang mendominasi filem-filem arahan P.Ramlee
    ialah isu ketidakadilan dan tentangan beliau terhadap golongan atasan atau terhormat yang
    cuba mengekalkan sistem social yang tidak adil dan  menindas.   Dengan kata lain, kritikan
    social merupakan tema bagi filem-filem arahan beliau.

    Tema perbezaan darjat dan ‘darah keturunan’ ini dikemukakan dengan berkesan sekali melalui
    filem arahan beliau yang pertama,Penarik Beca.Diselitkan juga menerusi filem-filem jenakanya
    seperti Bujang Lapok, Siri Do Re Mi, Tiga Abdul  dan  Sabarudin Tukang Kasut.

    Kemuncak kejayaan P.Ramlee dalam menghasilkan filem-filem drama berat yang mempunyai unsur  kritikan social sesudah memulakannya dengan cemerlang melalui Filem  Penarik  Beca (1955 )   ialah filem-filem Antara Dua Darjat (1960) dan Ibu Mertuaku ( 1962 ). Hanya sesudah 5 tahun
    memegang teraju sebagai pengarah,P.Ramlee berjaya menghasilkan dua karya besarnya yang boleh
    dianggap sebagai filem klasik melayu.

    Setelah menempa kejayaan menerusi filem Ibu Mertuaku yang meletakkan beliau sebagai ‘Seniman  Serba Boleh’ diperingkat Asia, P.Ramlee lebi banyak menumpukan tenaganya menghasilkan filem- filem komidi seperti Labu Labi,Nasib Si Labu Labi, Madu Tiga, Tiga Abdul,  Masam-Masam Manis,Sabarudin Tukang Kasut,Do Re Mi,Nasib Do Re Mi Keluarga 69,Anak Bapak,Ahmad Albab  dan filem  terakhirnya  Laksmana Do Re Mi. Seperti dalam siri Bujang Lapok, unsur kritikal social tetap  diserapkan ke dalamfilem-filem komidi ini.

    Sesudah filem Ibu Mertuaku, dan untuk tempoh selama 10 tahun hingga tahun 1972,  P.Ramlee telah menghasilkan beberapa lagi filem drama berat seperti Damaq (dalam Ragam P.Ramlee),Sesudah Subuh, Gerimis,Kanchan Tirana,Enam Jahanam,Dr.Rushdi,Gelora,Putus Sudah Kasih Sayang dan Jangan Tinggal Daku. Namun ternyata filem-filem ini tidak mempunyai kekuatan yang menyerlah jika dibanding kan   dengan filem-filem drama berat sewaktu dihasilkan di MFP di Singapura.

    Perkahwinan
   P.Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan  hanya bertahan selama  empat tahun. Perkahwinan  kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yanglebih dari perkahwinan mereka tetapi P Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak.  Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961. dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.
    Wanita dalam hidup P.Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau,  Junaidah,menyintai P.Ramlee ketika beliau masih belum ternama  manakala Norizan menyintai P. Ramlee  sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.Walau bagaimanapun,Saloma menyintai P.Ramlee  seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi  teman  hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.P. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma).
 
    Anak-anak ;
 P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan  anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah.anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak.  (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan.(contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak )
      Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

  1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953- 2008)
  2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954- 1998)
  3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
  4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
  5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
  6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  7. Betty : Anak angkat
  8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
  9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966-2007)
  10.Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

    Penghargaan selepas pemergian;
   
    P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun
    dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur .

    Bagi mengenang jasa dan sumbangannya,
    Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh    Seri   Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
     Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap,Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai
    "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986.Manakala ditengah pusat bandar raya Kuala Lumpur  namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu  Jalan P.Ramlee.

No comments:

Post a Comment