ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Thursday, 2 October 2003

SOLAT SUNAT DHUHA

        PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA.

       Waktu untuk mendirikan solat sunat dhuha adalah ketika matahari sedang naik iaitu antara
       pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.  jumlah rakaat tidak terbatas. sekurang kurang 2 rakaat
       hingga 12 rakaat. setiap 2 rakaat dengan satu salam.

       * lafaz niat ;
          usalli sunnata dhuha rakaataini lillahi taala.
          " sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana allah taala."

       * pada rakaat pertama selepas membaca al fatihah baca surah as syamsi.

       * pada rakaat kedua selepas baca al fatihah baca pula surah ad dhuha.

       * semasa sujud akhir bacalah sebanyak 40 kali;

         wahabli ya wahhabu  eelman wahikmatan warzukni ya razzaku kun li musahallan.

       * selepas memberi salam berdoalah.

         " ya allah sesungguhnya waktu dhuha ini waktu dhuha mu,kecantikan adalah kecantikanmu,
          keindahan itu keindahan mu,kekuatan itu kekuatan mu,kekuasaan itu kekuasaan mu, dan
          perlindungan itu perlindungan mu.
          ya allah jika rezeki ku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi,keluar
          kanlah,jika sukar mudahkanlah.jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat
          waktu dhuha ,keagongan,keindahan,kekuatan, dan kekuasaan mu.limpahkanlah kepada
          kami segala yang telah engkau lmpahkan kepada hamba hambamu yang soleh."

No comments:

Post a Comment