tanggal 17 jun 2011 aku ,mem dan seorang anak perempuan ku berkesempatan berlibur
disatu destinasi yang sangat di impikan olih mem ku. memang fabretnya ialah pantai. jadi
kali ini pantailah yang menjadi pilihan.
cantik................................................
,cuaca hari ini sungguh cantik,langit terang benderang,laut juga tenang.
hembusan bayu dari laut cina selatan berpuput lembut membelai dedaun.
pepasir halus memutih dipersisiran pantai bagaikan hamparan permaidani
ketibaan aku dan keluarga di kira bertuah walau pun pada peringkat awalnya
ada sedikit kerumitan. sesampainya aku didestinasi yang kutuju ini,segera ku
tempah sebuah sebuah shaley untuk penginapan aku dan keluarga.
ku pilih ranting beach resort dengan kadar sewa rm 200 untuk sehari.
shaley yang ku pilih ini benar benar memenuhi citarasa keluarga ku,terutama MEM
kiranya tak kena pilih,fulamak baik tak payah datang,membebellah bergantang gantang.
acara pertamaku apa lagi ....snap gambarlah....hah ni dia shaley ku.
Alamak kantoi,buruk giler shaley yg aku tempah,.tapi ape kan daya itu yg di pilihnya,
MEM kata tak ape buruk pun janji dekat dengan pantai,senang untuk berulang alik
kepantai dan balik lepak bila puas mandi. sementara aku duk snap gambar MEM pula
bersiap apa apa yang patut.manakala anak perempuan ku yang turut bersama ku entah
hilang kemana,mungkin kekedai atau merayau ke pantai.
masa aku chek in shaley jam sudah pun menunjukkan pukul 2 petang dan selepas bersiap
siap aku dan mem segera turun kepantai untuk bermain pantai serta mandi.
pemandangan shaley dari jauh...dekat dengan pantaikan.
oh ya. ni permulaan step ku bergerak.
hentian puduraya
possing dari anak perempuan ku yang menemani aku dan mem
sedang menunggu bas di platform 10 puduraya baru
naik bas di puduraya menuju ke kuantan
depan shaley cherating inn berhadapan sheley yang kami sewa.
anak manja yang memang manja dengan kami
depan restoran masa sarapan pagi
singgah depan resroran yang belum buka
empat beradik dari satu keluarga yang berniaga depan shaley yang kami sewa.
No comments:
Post a Comment