Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak diPulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah.Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.
tiket masuk.
dewasa rm 15.00 (paspot dan vaucer makan rm 3.00)
kanak kanak rm 8.00 ( paspot dan vaucer makan rm 3.00)
warga emas rm 8.00 (paspot dan vaucer rm3.00)
pintu masuk utama
bangunan untuk medan selera dan restoran
masjid kul sharif kazan russia.
pernah di biarkan musnah. pembinaan semula masjid ini di jalankan setelah kejatuhan soviet union.
ia merupakan sorotan 1000 tahun sejarah panjang kazan. reka bentuknya mengimbas kembali per
sekitaran bersejarah di zaman kremlin.
masjid besar agodez niger.
masjid yang di perbuat dari tanah yang dikeringkan yang dibina pada abad ke 16
pada zaman kegemilangan agodez. ia merupakan menara berbentuk piramid dengan
13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.
masjidil haram mekah
masjid ini menempatkan tempat yang paling suci bagi semua umat islam,iaitu Kaabah.
bermaksud tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij. Bangunan asal masjid ini
dibina mengunakan batu biru yang terdapat di lembah hijjaz.
masjid an nabawi assharif (masjid nabi) madinah.
masjid sulaiman turkey
masjid abu nasr pasra afghanistan
kubbah as sakhrah baitul mukddis
pintu gerbang ke kubbah as sakhrah
Badshahi mosque,lahore pakistan.
masjid ini telah dibina untuk maharaja mughal aurangzeb alamgir pada tahun 1673 m.
ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. mengikut sejarah ia bolih memuatkan
sehingga 65000 orang jemaah.
kincir air tti di bina berdasarkan tiori al jazzari, ia itu pakar mekanikal pada zaman keagungan islam.
kincir air tti mengandungi empat elemen utama yang melebelkan mengunakan papan tanda putih hitam
iaitu tempat menunggu, galeri, kincir dan jejambat.
taj mahal agra india
masjid sultan singapura
Masjid Pusat Pattani Thailand.
Dibina paa tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marshal Sarit. masjid ini menyerupai rekabentuk
Taj Mahal . Ia merupakan tumpuan utama penduduk islam thai dan menjadi pusat untuk
upacara keagamaan.
masjid pusat patani
masjid omar ali saifuddin brunai darussalam.
masjid kudus minar,jawa tengah indonesia
sebenarnya masih banyak lagi masjid dan tempat menarik yang tak sempat di siarkan disini;
maalumlah kesuntukan masa lagi pun ....cucu dah meragam ...... jumpa lagi di lain entri.........
No comments:
Post a Comment