WELCOME TO LANGKAWI
di jeti kuala perlis aku membeli tiket untuk ke pulau langkawi,pulau lagenda mahsuri.
harga tiket di sini hanya rm 18 dan tempuh masa pelayaran hanya satu jam,tapi jika
di kuala kedah harga tiketnya adalah rm 24 dan tempuh pelayarannya dua jam.
ketika hendak naik feri, aku hampir hampir ketinggalan feri sebab kecuaian aku,
mengikut jadual yang diberi serta tertera di tiket, feri bertolak pukul 1.30 petang.
jam ditangan aku masa tu baru pukul 11.30, jadi aku pun ronda ronda lah dahulu
sementara menunggu 2 jam lagi,orang ramai memenuhi di ruang menunggu ,tak ada
tempat untuk aku lepak.jadi aku pun pergi ke restoran depan jeti untuk rehat
sambil makan tengah hari, lepas makan aku pergi semula ke jeti , orang masih
ramai menunggu , jam di tangan ku baru pukul 12.00 tengah hari, aku ronda lagi
kekawasan sekitar hingga ke stesen bas. setengah kemudian aku kembali semula
ke jeti, aku tengok kawasan ruang menunggu sudah kosong, aku lihat jam ditangan
baru 12.30 tgh. ok ada peluang aku rehat di sini untuk sejam lagi,,,,,,baru dua minit
aku berehat tiba tiba seorang brader tegur aku. .." Aji ,aji naik feri pukul berapa ?
aku menolih kearahnya sambil menjawab '" pukul satu setengah."
"cepat masuk, feri dah nak jalan tu " katanya.
aku pun segera melangkah masuk..............
dalam hati aku "celaka betul feri ni ,cepat sangat nak bertolak,nasib baik tak tertinggal."
belum terjadi dalam sejarah, feri atau bas atau keretapi bertolak sebelum jadualnya.
di pendekkan cerita, aku pun duduklah di seat yang tertera di tiket aku,semasa itu aku
terpandang jam yang terdapat di dinding depan tempat duduk aku. 1.40 petang, aku
tengok jam di tangan ku 12.40. .......alamak ini jam waktu thailand, laaa patutlah
gabral betulah aku ni... kan sekarang ni dah malaysia bukan thailand lagi.
aku tersenyum sendiri ......sendiri mau ingatlah
dah sampai langkawi
aku tersenyum teringat kisah aku tadi...............
hujan lebat di langkawi
No comments:
Post a Comment