jumpa lagi sessi petang.
bersambong kisah meronda di taman botani shah alam sebentar tadi.
dalam perjalanan pulang dari shah alam ke bandar tun razak, kitaorang dah
masing-masing kebulur,apa taknya semasa kitaorang nak keluar dari taman
botani, kitaorang dah tersesat jalan, aku yang tolak kerusi roda tak terperasan
membelok kekanan semasa berada disimpang empat selepas keluar dari rumah
iklim sederhana empat musim. sepatutnya semasa itu kitaorang kena membelok
ke kiri. tolak punya tolak kitaorang sampai di perkampongan budaya.
di pendekkan cerita....cucuku auni sampai tertidur atas carrier basikal. bimbangkan
dia nanti terjatuh terpaksa diikat dengan tali beg.
ok berbalik kepada cerita perjalanan pulang tadi....olih kerana masing-masing dah
kebulur kitaorang pun ambil keputusan singgah lunch dulu di mana-mana lokasi
sebelum sampai dirumah.
pilih punya pilih ...kitaorang pun setuju menjamu selera di kedai yang selalu kitaorang makan di viva home ue 3 cheras.
jom layan
No comments:
Post a Comment