ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Tuesday, 25 November 2014

SINGGAH SEKETIKA DI A FAMOSA RESORT

assalamualaikum.
jumpa lagi....selasa.
lama dah rasanya tak bersiaran, kali terakhir sebulan lalu ketika kunjungan cucu-cucu dari kelantan ke kl.dan ketika itu berkesempatan membawa mereka jalan-jalan di ikea damansara. sempatlah cucu-cucu aku melayan kehendak mereka, sambil - sambil bermain game dan makan-makan.
untuk trip kali ini aku membawa pula cucu aku yang lain pula dan di tempat yang lain juga. mungkin untuk trip ini memakan masa yang lebih lama, mungkin untuk dua atau tiga hari. tengok pada keadaan.  destinasi pertama yang kitaorang tuju kali ini adalah a famosa resort alor gajah melaka.



tugu gerbang yang terletak ditepi jalan disebelah kanan dari simpang keluar highway alor gajah menghala ke tampin atau ke pulau sebang. kalau tidak silap hanya 4 kilometer sebelum tiba kepulau sebang.

                                berselfiee dulu.



                                pintu masuk ke a famosa resort.








perancangan asal kitaorang sebenarnya hendak menyewa dan berlibur disini  adalah dalam dua atau tiga hari, kitaorang berhajat untuk menikmati percutian yang agak istimewa, hari pertama kitaorang nak ke zoo liar ( open zoo) seharian. termasuk ke tempat pertunjukan binatang, hari kedua untuk ketempat cowboy termasuk pertunjukan kebudayaan orang-orang red indian. dan sebelah malamnya untuk menyaksikan pelbagai persembahan  yang sedia di atur. dan ke esokan harinya iaitu hari terakhir, kitaorang bercadang untuk ketaman tema air .
tapi selepas kita orang bertanya untuk mendaftar masuk......dukacita dimaalumkan ....tidak ada kekosongan bilik untuk hari ini. sekiranya kitaorang hendak juga berlibur dan menikmati percutian ini,kitaorang disaran kan menyewa hotel disekitar tampin atau pulau sebang atau pun di pekan alor gajah.
dengan rela hati kita orang pun mengambil keputusan.........bye bye a famosa resort ....see you again.
berselfieee ajelah di pintu masuk sebagai kenang- kenangan

No comments:

Post a Comment