kanggaroo adalah sejenis spisis hidupan liar yang menjadi kebanggaan bagi negara australia. ikon yang cukup sinonim antara keduanya. dimana sebut sahaja australia pasti akan terbayang seekor kanggaroo sedang melompat atau pun sebut sahaja kanggaroo akan terbayang sebuah negara yang amat amat besar di bawah garisan khatulistiwa. sempena kembara aku ke sydney kali ini sempatlah aku meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ketaman haiwan spisis ini untuk dijadikan kenangan buat tatapan anak-anak serta cucu-cucuku.
Alhamdulillah, hari ini 26 mac 2014, merupakan hari kedua aku berada di bumi kanggaro. lawatan aku untuk hari ini adalah ke blue mountain, yang terletak di katoomba tak berapa jauh dari bandar sydney, hanya sekitar 80 km. atau lebih kurang satu jam perjalanan.sebelum aku meneruskan perjalanan ke katomba, sempat aku singgah sekejap di koala park untuk bergambar dan berposing dengan koala dan kangaro.
ALHAMDULILLAH, akhirnya tercapai jua hasrat ku untuk mengulangi dan menjejaki kembali kembara ku kebumi kanggaro untuk kedua kalinya. dalam lipatan sejarah kembara ku buat kali pertama dibumi kanggaro adalah sekitar hujung tahun 1978, ketika itu aku masih lagi remaja. selepas itu, jua semenjak tanggal itu aku bercita-cita untuk datang lagi .... dan impian ku tidak pernah pudar, dari hari ke hari......hinggalah ke saat ini. semalam.......tanggal 25 mach 2014 selepas hampir 36 tahun berlalu, aku dengan berbekalkan semangat yang utuh melangkah ke perut air asia x dengan penuh yakin untuk mengulangi memijak bumi kanggaro dan seperti yang di harapkan selepas 8 jam 10 minit penerbangan, aircraf D 7222 selamat mendarat di airport kingsford smith terminal 1 sydney. Di bandaraya sydney aku menginap di travelodge hotel wentworth ave berdekatan dengan hyde park, juga tidak jauh dengan market city (paddy market),hanya berjalan kaki. memandangkan aku ini kaki rayau dan sydney ini tempat yang pernah aku merayau, so selepas jer chek in hotel aku segera merayau. aku terjah semua tempat yang terasa ingin ku terjah sehinggalah segenap pelusuk bandar sydney dan sehingga lenguh- lenguh kaki aku melangkah.
apa - apa pun layanlah dulu pic ni........................................
balai pelepasan antarabangsa lcct
pintu pelepasan gate T 14
boarding aircraf
selamat tiba dan mendarat di kingsford smith terminal 1 sydney
balai ketibaan di airport kingsford smith
mendaftar masuk ke hotel travelodge di wentworth ave sydney
assalamualaikum. sushi king lagi, aku ingat sejak akhir-akhir ni ntah berapa kali dah menjamu selera kat sini, asal datang jer kat nilai, jarang miss menjamu selera disini, aku ingat staff disinipun dah boring tengok asyik muka ni jer.ok lah memandangkan besok aku dijadualkan berjalan jauh terpaksalah aku melayan apa-apa yang patut untuk orang yang aku tinggalkan termasuk MEM, ANAK-ANAK serta CUCU-CUCUKU. so tempat yang menjadi pilihan untuk diaorang ialah SUSHI KING.
jom terjah lagi.
inilah menu yang menjadi kegilaan kitaorang, bukan sedap pun
hari ini genap dua tahun usia cucu kelima ku nurulain hafizah. harapan ku semuga cucuku ini membesar dengan penuh ceria dan sukses dibawah penjagaan dan pengawasan insan-insan yang lebih dewasa darinya,samaada ibu ,bapa, nenek- nenek serta datuk-datuknya.termasuk aku.