ALHAMDULILLAH, akhirnya tercapai jua hasrat ku untuk mengulangi dan menjejaki kembali kembara ku kebumi kanggaro untuk kedua kalinya. dalam lipatan sejarah kembara ku buat kali pertama dibumi kanggaro adalah sekitar hujung tahun 1978, ketika itu aku masih lagi remaja. selepas itu, jua semenjak tanggal itu aku bercita-cita untuk datang lagi .... dan impian ku tidak pernah pudar, dari hari ke hari......hinggalah ke saat ini. semalam.......tanggal 25 mach 2014 selepas hampir 36 tahun berlalu, aku dengan berbekalkan semangat yang utuh melangkah ke perut air asia x dengan penuh yakin untuk mengulangi memijak bumi kanggaro dan seperti yang di harapkan selepas 8 jam 10 minit penerbangan, aircraf D 7222 selamat mendarat di airport kingsford smith terminal 1 sydney. Di bandaraya sydney aku menginap di travelodge hotel wentworth ave berdekatan dengan hyde park, juga tidak jauh dengan market city (paddy market),hanya berjalan kaki. memandangkan aku ini kaki rayau dan sydney ini tempat yang pernah aku merayau, so selepas jer chek in hotel aku segera merayau. aku terjah semua tempat yang terasa ingin ku terjah sehinggalah segenap pelusuk bandar sydney dan sehingga lenguh- lenguh kaki aku melangkah.
apa - apa pun layanlah dulu pic ni........................................
pintu pelepasan gate T 14
boarding aircraf
selamat tiba dan mendarat di kingsford smith terminal 1 sydney
balai ketibaan di airport kingsford smith
mendaftar masuk ke hotel travelodge di wentworth ave sydney
dinner kebab TASTY DONER
bilik hotel yang cukup selesa
kupon breakfast
No comments:
Post a Comment