ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Saturday, 1 April 2000

PPH SIMPANG RENGGAM, KLUANG JOHOR

kem polis hutan  batalion 8 simpang renggam johor memberi seribu erti buat ku.
setiap kali aku pulang dari luar negara aku misti singgah di sini.apa tidaknya kerana
ia berdekatan dengan singapura.biasanya bila aku hendak keluar negara aku  ber
tolak dari singapura, tak kisahlah aku ke timur atau kebarat. ketika ini aku baru 
sahaja pulang dari australia. aku berada di benua australia selama sebulan setengah.
ikutkan hati aku ingin terus tinggal disana lebih lama, tapi disebabkan keputusan
peperiksaan SPM dah keluar aku terpaksa balik dan meneruskan persekolahan
ke tingkatan enam. aduhai...........................


Tuesday, 14 March 2000

HARYANI BINTI AHMAD SAIDI

HARI INI DALAM SEJARAH
pada hari ini dalam tahun 1984 adalah hari yang mengembirakan buat ku juga
isteri ku siti esah cik kob kerana hari ini aku telah di kurniakan seorang lagi 
cahaya mata,juga seorang putri yang comel, kelahiran di sambut olih dokter
di hospital besar melaka. putri ini ku beri nama HARYANI.




                             

Wednesday, 1 March 2000

MEMORI DI GENTING HIGHLAND

memori indah di genting highland,pertama kali aku menjejak kaki ku di puncak
genting. ketika itu genting highland ini baru sahaja siap untuk di kunjungi,sepulangan 
aku dari singapura,aku singgah sekejap di rumah kakakku di simpang renggam johor.
dan dari johor aku bertolak pula ke kuala lumpur,saja saja jalan sebelum aku pulang
ke kampong ku di batu mengkebang.semasa aku berada di ibu kota kuala lumpur,
aku mendapat perkhabaran bahawa genting highland memang cantik dan indah dan 
sekarang menjadi tarikan pelancongan yang terbaik,ia mengalahkan taman mimaland 
di gombak. jadi dengan tidak membuang masa aku terus membuat keputusan untuk kesana.
aku bertolak dari stesen bas puduraya pada pukul 8.00 pagi   dengan menaiki bas 
dan sampai di puncak sekitar jam 9.30 pagi. suasana masih pagi dan masih banyak
kedai kedai yang belum di buka. cuaca sungguh sejuk. semasa gambar ini dirakam
aku tengah mengigil kesejukan, tambahan pula aku pergi dengan tidak memakai
baju sejuk,cuma memakai baju biasa jer............

Tuesday, 1 February 2000

AKU DAN SAHABAT KU ,AZIZ RAMLI

memori bersama seorang sahabat  ENCIK AZIZ  RAMLI seorang kakitangan
di kementerian kesihatan kuala krai semasa berada dirumah sewa di gucil tiga.
gambar ini dirakam  pada tahun 1977.

Tuesday, 25 January 2000

ZAINAB BINTI MOHD MOIDIN

hari ini dalam sejarah; hari ini pada tahun 1963,isteri ku ZAINAB BINTI MOIDIN
telah dilahirkan ,jadi bermaksud hari ini genaplah usianya 37 tahun.