hari kedua di mekah dan hari kedua juga berpuasa, selepas solat subuh aku tidak segera pulang kehotel malah aku beriktikaf sahaja di masjidil haram, buat solat sunat dan baca quraan.terfikir aku untuk membuat umrah sunat atau tidak.sebab semalam, selepas aku selesai sempurnakan umrah wajib aku. aku terus ulang umrah sunat, aku terus ke tanaim untuk miqat dan melakukan tawaf serta sai. walaupun masa itu aku sedang berpuasa tapi kerana semangat yang kuat langsung aku tidak rasa letih dan dahaga. hari ini sudah lain sedikit,walaupun semangat masih kuat tapi rasa letih dan dahaga juga sudah terasa.......mungkin sebab iman masih kurang. jalan terbaik yang aku mampu lakukan hari ini ialah tawaf sunat.
Tuesday, 28 November 2000
Monday, 27 November 2000
SATU RAMADHAN DI MEKAH
1 ramadhan 1421, diawal pagi kami selamat sampai di kota mekah,sebaik sahaja kami turun dari bas mutawwif terus menghidang jamuan untuk sahur, barang - barang kami, di urus olih pihak hotel. hidangan sahur cukup bagus,nasi mendi dan jus mangga. para jemaah menikmati hidangan dengan penuh selera,mungkin meraka kelaparan,maalumlah kali terakhir mereka menjamah hidangan semasa berada di madinah selepas solat zohor semalam. semasa dalam perjalanan bas tidak singgah di mana mana tempat makan kerana bimbang kesuntukan masa, itu pun di atas persetujuan jemaah juga. pihak pakej hanya menyediakan air minuman dan sebuku roti sebagai mengalas perut.
selesai bersahur baru lah kami di berikan bilik masing masing.
Wednesday, 22 November 2000
UMRAH SEBULAN RAMADHAN BERSAMA JAFILA
BERANGKAT KETANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN UMRAH SEBULAN
DI BULAN RAMADHAN BERSAMA PAKEJ JAFILA TRAVEL.
Thursday, 10 August 2000
MELANCONG KE SYDNEY DAN MELBOURNE
Bersambong pada entri yang lepas........oh ya ada kesilapan teknik berlaku
dalam entri yang lepas.Didalam entri lepas aku tak cerita langsung bab dan kisah aku di
australia sama ada semasa aku di sydney atau di melbourne.kecantikan keunikan serta ke
indahan ke dua dua kota metropolitan itu. Juga aku tidak pos gambar gambar nya sekali.
sebenarnya macam ni.kisahnya panjang sangat tak larat nak tulis, keindahan kecantikan
serta keunikannya sukar di gambarkan pada lat top ini.dan satu lagi gambar gambar yang
aku ambil semasa itu banyak yang dah rosak serta hilang. maalumlah kerana sudah lama
lagi pun penjagaan aku pada gambar atau foto tak berapa cakna.aku main selit selit
serta sepah sepah sana sini aje....so jalan paling sesuai untuk tontonan korang semua
aku ingat baiklah korang pergi sendiri kesana dan saksilah sendiri dengan mata kepala
korang. kalau korang tak da duit....elok lah menabung dari sekarang, mungkin dua atau
tiga tahun lagi dapat lah korang pergi.....itu pun kalau korang panjang umur.

![]() |
| opera house sydney waktu malam |
![]() |
| opera house waktu pagi |
Tuesday, 8 August 2000
MELANCONG KE SYDNEY AUSTRALIA.
1976 aku meneruskan persekolahan aku ke tingkatan empat,aliran sastera di sekolah menengah sultan yahya putra, kuala krai. walau pun aku bukanlah seorang pelajar pintar tapi aku dikira bernasib baik kerana dapat melangkah masuk ke tingkatan empat. Dari perangkaan yang dibuat murid murid yang seusia dengan aku dari darjah satu hingga darjah 6 , ia itu dari sekolah kebangsaan batu mengkebang, tidak sampai separuh meneruskan persekolahan keb tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan kuala krai. Dan dari tingkatan tiga pula terkandas lagi semasa peperiksaan SRP.
cuti penggal pertama dan kedua selama dua minggu,aku tak lepaskan peluang,aku terus ke singapura serta cuti akhir tahun selama sebulan setengah lagi peluang terbuka untuk aku.
1977 satu lembaran baru buat aku, selepas sahaja habis menjalani peperiksaan SPM aku segera ke singapura dan terus ke FAR EAST LIVINGSTONE SHIPYARD. Aku meneruskan kerjaya lama ku dan bertemu semula dengan staff dan pekerja yang masih ada. Kali ini aku bukan lagi bekerja di dermaga atau di pelabuhan.aku diberi peluang untuk mengikut kapal,aku mendapat kepercayaan dari boss aku. aku mula belayar. KAPAL ABU DHABI yang aku naiki mengharungi lautan luas dan singgah seketika di dermaga Thailand, cambodia, vietnam, macau, hongkong, taiwan, indochina, philipina, indonesia, papua new guine dan australia.
mac 1978 semasa aku berada di sydney australia, aku mendapat arahan dari boss aku menyuruh aku balik untuk meneruskan persekolahan ke tingkatan enam. sedih lagi kerana terpaksa berhenti kerja serta berpisah dengan member member kamcing.
april 1978 aku melangkah ketingkatan enam.
...semasa aku di tingkatan empat, aku pernah bergaduh dengan seorang cikgu, gara - gara aku action dan berlagak macam orang kaya. semasa di tingkatan lima juga aku pernah bergaduh dengan cikgu dan pelajar senior dari gara -gara yang sama. tapi paling mencabar semasa aku di tingkatan enam, aku bergaduh lagi dengan seorang cikgu, sehingga cikgu tersebut meletakkan jawatan. ia bermula setelah cabar- mencabar siapa yang pernah keluar negara. Dalam satu kelas hanya aku seorang sahaja yang pernah keluar negara. dengan penuh ego aku mendakwa aku telah pergi seluruh negara di asia. cikgu tersebut tidak percaya. beliau terus mencabar aku dan mengatakan aku bercakap bohong. hari tu aku rilek sahaja.Tapi besoknya aku membawa segala bukti yang aku ada, passport antarabangsa, gambar gambar yang aku rakam, termasuk gambar di atas, jam longines serta wang kecil koleksi aku....selang beberapa hari selepas itu aku mendapat tahu cikgu tersebut telah berhenti.......menyesal aku.
okt 1978 cuti akhir tahun tingkatan enam rendah aku meneruskkan semula pelayaran. kali ini aku ke arah barat pula. Bermula di pelabuhan kelang, kemudian ke penang, burma,bangladesh, india, sri langka dan terus ke negara teluk. kali ini pelayaran tak lama hanya dua bulan. januari 1979 aku terpaksa berhenti kerana terpaksa meneruskan persekolahan ke tingkatan enam atas.
.................ok lah dahulu dah malas dah jumpa lagi di lain entri.
Monday, 31 July 2000
Sunday, 30 July 2000
ULANG TAHUN KE 11 NOR HALIM
pada hari ini dalam tahun 1989 aku telah di kurniakan seorang putra hasil perkongsian hidup ku dengan isteri ku zainab,putra ku ini diberi nama NORHALIM.
Jadi,hari ini genaplah usia nya 11 tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)





