sejauh 424 km memakan masa hampir 8 jam.sungguh memenatkan. di madinah kami ditempat
kan di hotel al haram.hotel yang tidak asing bagi aku.seingat aku sudah tiga kali
aku menginap d hotel ini dan masuk kali ini adalah kali ke empat.kali terakhir ialah
semasa aku datang mengerjakan haji tahun 2005.
kedudukan hotel alharam tidak berapa jauh dari masjid nabawi ini amat memudahkan
kepada jemaah untuk berulang alik pergi beribadat,tidak perlu kepada mutawif atau
ustaz yang membimbing atau menunjuk arah jalan.keluarv sahaja dari lobi hotel sudah
nampak masjid nabawi tersergam indah.
dari hotel ini ada beberapa jalan atau laluan untuk ke masjid, sama ada mahu melalui
jalan raya atau lorong lorong kedai atau kaki lima atau masuk melalui shopping komplek.
bagi aku inilah jalan yang sering aku gunakan terutamanya waktu panas.
untuk kali ini mutawif yang menyambut kami ialah ustaz abdul kadir,seorang ustaz yang
berasal dari patani thailand tapi sudah lama menetap dimadinah dan sudah bermustautin
disana
masjid nabawi as sharif
masjid nabawi as sharif
pintu utama masjid nabi
hotel al haram
pandangan masjid nabi dan hotel al haram
lobi hotel
No comments:
Post a Comment