ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Wednesday 12 September 2007

ZIARAH DALAMAN MADINAH.

  ziarah dalaman madinah.
                selepas solat subuh dan sarapan pagi kami di arahkan olih ustaz abdul kadir,supaya
                berkumpul dilobi hotel kerana beliau akan membawa kami menziarahi dalam kawasan masjid
                seperti ziarah raudah,ziarah makam rasullullah serta ziarah perkuburan baqi.
             
                raudhah adalah sedia maalum satu tempat yang  suci dan tempat yang amat barakah.
                tempat yang allah akan makbulkan doa.ianya terletak di dalam masjid nabi iaitu diantara
                rumah nabi (makam nabi) hingga ke tempat muazin dan dari mimbar atau mihrab hingga ke
                4 tiang ke belakang. dan paling senang menjadi petunjuk bagi jemaah ialah kawasan yang
                dihampar karpet berwarna putih.
                bagi jemaah lelaki kawasan raudhah ini dibuka 24 jam,tapi jemaah wanita (muslimat) biasa
                nya hanya akan d beri pada masa tertentu sahaja,sebelah pagi selepas solat subuh sehingga
                menjelang waktu zohor,manakala sebelah petang selepas solat asar sehingga masuk waktu
                maghrib.sebagai pedoman bilamana di pasang kanvas sebagai pemisah.

                selepas berdoa diraudhah, jemaah bolihlah keluar kehadapan melalui pintu gerbang berhampiran
                mimbar menuju ke makan nabi.ucapkanlah salam kepada rasullullah,saidina abu bakar dan saidna
                omar.dan sekiranya ingin berdoa, hadaplah kearah kiblat.selepas memberi salam dan berdoa
                jemaah bolihlah terus keluar menuju ke perkuburan bagi yang terletak berhampiran masjid.

                untuk perhatian jemaah,makam rasulullah dan raudhah adalah terketak dibawah kubah hjau.

laluan utama dari pintu masuk menuju ke raudhah


ruang solat berbumbung payung sebelum raudhah






gambaran raudhah semasa tiada jemaah

mihrab nabi yang terdapat tiang menangis

tempat muazin melaungkan azan



makam rasullullah,saidina abu bakar dan saidina omar

perkuburan baqi

perkuburan baqi

batu nisan di perkuburan baqi

perkuburan baqi dari pasar kurma

gambaran perkuburan baqi

                               kubah hijau yang dibawahnya terdapatnya raudhah dan makam nabi

No comments:

Post a Comment