ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Saturday 8 July 2000

BACKPACKER KE SINGAPORE (2)


  

Bersambong entri lepas..................wow loaded aku. aku terus bekerja dengan syarikat perkapalan itu,
walaupun aku berkerja sebagai buruh kasar dengan membuat apa sahaja yang di suruh dan aku akan
membuat overtime setiap hari. aku tak peduli dengan apa apa halangan yang mendatang. aku tak peduli dengan penat, lelah, mengantuk dan diejek olih member.
Bulan november 1975 aku mendapat gaji SD 3000.WOW LOADED GILER. Aku terus bekerja...... dan berkerja. walaupun aku kuli tapi cukup seronok bekerja, majikan aku sangat baik, tidak sombong dan tidak berkira dengan wang. MR JAMES WONG. dia ada 3 orang anak, Ellezebert(ely)  Edward (ewad) dan  ellesen. Mereka juga baik dengan pekerja termasuk aku. kadang - kadang kami bekerja bersama, overtime bersama dan juga kadang - kadang tumpang tidur di dorm (bilik) bersama.

Bulan disember 1975 aku terima gaji dengan jumlah yang hampir sama....cuma kurang sedikit kerana aku kurang ambil overtime (sudah pandai berkawan) . semasa  hari  terima  gaji,  aku mendapat berita yang tak seronok. Bos memberiahu bahawa aku kena berhenti kerja kerana ayah aku suruh  teruskan persekolahan ke tingkatan empat. Surat memberitahu aku lulus periksa SRP. Dengan perasaan yang cukup sedih dan terharu aku terpaksa terima.

1.1.1976 pertama kali aku naik kapal terbang. aku naik di airport paya lebar dan turun di subang.
tambang SD 70. di subang naik balik dan terus ke kota baru (82 ringgit) orang kaya katakan.

Dalam poket aku masa tu ada duit lebih kurang dua ribu (2000 ringgit) setelah  ditolak dengan segala perbelanjaan makan minum, tambang balik dan yang shopping sakan. segala kehendak dan keinginan ku telah dipenuhi..... antara kegilaan aku masa tu ialah;
 
  JVC radio kaset           = sd 140
  kaset ear phone            = sd   60
  seluar jean HARA       = sd   60
  baju arrow mitoga       = sd   50
  baju arrow king/cln     = sd   50
  t shirt muntagut           = sd   60
  rampage overall           = sd   60
  kasut johnson               = sd   40
  kasut belly putih           = sd   99
  spek mata monalisa      = sd   80
  jam tangan longines     = sd 1800

 JUMLAH SHOPPING =SD 2500.

Memang tepat seperti yang di agak dan di suruh. aku lulus peperisaan SRP,walau pun cukup - cakup makan dan hanya layak ke tingkatan empat.   minggu  pertama  bulan satu 1976 aku  pun melangkah masuk ke SEKOLAH MENENGAH SULTAN YAHYA PETRA  KUALA KRAI.
jumpa lagi di lain entri............

No comments:

Post a Comment