ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Friday 7 July 2000

BACKPACKER KE SINGAPURA

   
   
 Tahun 1975 adalah kali pertama aku menjejak kaki ku kenegara orang, merantau jauh dari tanah kelahiran ku, tika itu usia ku baru 15 tahun, aku merantau demi memenuhi impian ku memiliki sesuatu kehendak naluri remaja ku serta mencari pengalaman baru diluar kawalan orang tuaku.
 Tanggal 1 oktober 1975 aku selamat tiba dikota singa (pulau temasik) di pendekkan cerita aku bekerja sebagai buruh binaan di seligie road berdekatan dengan rochor centre atau lebih sinonim sungai road. seminggu aku bekerja di situ, aku berhenti kemudian aku bekerja di thomson road dekat dengan stesen radio, selepas itu aku berkerja pula di orchard road. semasa aku bekerja di -
orchard road aku berkenalan  dengan seorang india muslim yang sangat baik hati,namanya KADIR
PILAI KASSIM. dia menjadikan aku sebagai anak angkat nya.so aku tak keberatan menerimanya.
bermula dari situ aku tinggal bersamanya di QUEENWAY,BUKIT MERAH.
  pada permulaan aku bekerja, aku dibayar gaji sebanyak sd (singapore dollar) 11.00 sehari, dan ayahku (kadir pilai kassim) dibayar sd 10.00.tapi selepas lama sedikit gaji aku di naikkan.
 Nak dijadikan cerita,semasa aku ronda ronda di shopping complex queenway,aku ternampak iklan
tawaran kerja di syarikat perkapalan FAR EAST LIVINSTONG,SHIPYARD ROAD JURONG.
aku mencuba....yess berjaya. AKU bertukar kerjaya,aku berpisah dengan ayah angkat ku,dengan
passport antarabangsa yang ada ditanganku aku naik kapal. gaji pertama ku..WOW SD 65.00 sehari
dan sekiranya aku overtime aku dibayar SD 130.00 untuk 24 jm...........wow loaded....................
dah........bersambung di lain entry.

No comments:

Post a Comment