Sunnah Rasullullah s.a.w adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri
dan melahirkan rasa cinta kita kepada baginda. Dengan mengikuti sunnah-sunnah
Rasullullah s.a.w diharapkan akan dapat menjadikan kita tergolong dalam golongan
yang menghidupkan sunnah baginda s.a.w. Ada sebahagian sunnah-sunnah tersenarai
dibawah telah kita amalkan dan ada juga yang kita belum mengikutinya.Berikut
disenaraikan secara ringkas beberapa amalan amalan Rasullullah s.a.w semasa
hayat baginda. Marilah kita menjadikan ia sebagai amalan harian kita.
Semoga bermanfaat untyk kita,InsyaAllah.
1. Tidur dalam keadaan berwuduk dan berwuduk sebelum mandi
2. Selepas wuduk sembahyang dua rakaat
3. Banyak bersugi
4. Datang awal ke masjid
5. Sembahyang sunat di rumah
6. Puasa sunat 6 hari dalam bulan shawal dan berpuasa tiga hari setiap bulan
7. Puasa pada hari arafah dan hari asyura
8. Berdoa kitaka singgah di sesuatu tempat
9. Mula dengan kaki kanan apabila memakai alas kaki
10.Makan dengan tiga jari tangan dan menjilat jari itu apabila selesai makan
11.Minum dan berubat dengan air zam zam
12.Meletak tangan pada tempat sakit lalu doa
13.Doa untuk muslimin yang tidak bersama-sama dalam sesuatu majlis
14.Sentiasa senyum dan menyebarkan salam
15.Tahnik mulut anak yang baru lahir dan mengakikahkan anak
16.Ziarah menziarahi kerana allah
17.Nyatakan kecintaan apabila cinta terhadap seseorang
18.Tutup mulut apabila menguap
19.Membantu keluarga dalam kerja rumah
20.Membunuh cicak
21.Larangan mencerita semua perkara yang didengari
22.Banyak membaca al quraan
23.Jimat pengunaan air
24.Mengambil air sembahyang sebelum mandi wajib
25.Banyak solat dhuha,solat rawatib,solat witir, solat istiqarah dan qiamullail
26.Berdoa ketika memakai baju baru
27.Memakai celak dan memakai cincin
28.Berniaga
29.Membela kucing
30.Tidak mencela makanan
31.Menutup mulut dan rendahkan suara ketika bersin
32.Memulakan tidur dengan mengiring sebelah kanan
33.Mengambil wuduk setiap kali bersolat walaupun tidak batal.
No comments:
Post a Comment