ADIZA SAIDI BLOGSPOT

Tuesday, 3 December 2013

BUJANG FIRE FLY SEAFOOD

                      
xtvt aku untuk pagi ini terbantut gara-gara hujan pagi yang tak diduga. hajat hati lepas jer bangun, solat subuh dan sarapan ringan, aku nak keluar ronda ditepi pantai dan selepas itu  baru nak kejut kan cucu-cucu aku untuk sarapan. tapi dek kerana hujan, rancangan aku terpaksa di batalkan. berbekalkan sedikit bahan- bahan yang disediakan olih pihak resort seperti nescafe kopi, teh, cremer dan gula. aku bancuh sementara  menunggu cucu-cucu ku bangun. malas aku nak kejutkan mereka sebab kalau mereka bangun pun buat menyusahkan aku jer. buatnya kedua-dua cucu aku tu mengamuk nak mandi kolam tak ker niaya aku. tunggu punya tunggu , dekat pukul sembilan pagi  baru hujan reda,  cucu- cucu ku pun cam tau - tau jer kedua - duanya bangun.
acara pagi bermula. jalan -alan cari makan. destinasi pertama yang dituju adalah kedai makan, olih kerana  kami tidak booking  breakfast di restoran yang disediakan didalam resort. kami terpaksa mencari sarapan di luar. restoran atau kedai makan  yang paling dekat dengan resort ini adalah di bandar penawar atau ditaman desaru utama.
operasi bermula, tengah usha kedai makan atau restoran tiba-tiba terpandanglah satu sighboard , pucuk dicita ulam mendatang. kami pun followlah arahan yang diberi jalan punya jalan, hampir tiga kilometer di dalam kawasan kampong dan ladang kelapa sawit, barulah kami terjumpa sighboard ni.









              
banyak cerita yang tersirat ....kami tak jadi nak sarapan disini ... jadi kami pun keluar kembali kejalan besar dan ambil sarapan ditempat biasa,  nak tau kenapa ?.....
                                          
                           *    WAKTU OPERASI   12.00 PM - 12.00 AM
                                                   
                           *    kerusi roda mem tak bolih masuk kerana jambatan
                                 dan tangga berkayu.
                                                    

No comments:

Post a Comment