assalamualaikum.
salam pembuka bicara aku kali ini, sempena meraikan hari ulang tahun pernikahan ku dengan isteriku ke 28, aku dengan ikhlasnya meluangkan sedikit masa membawa keluarga keluar bersiar siar sambil menghirup udara segar. untuk hari yang ku kira separuh bersejarah ini, aku memilih,selepas berbincang ....FARM IN THE CITY. mungkin ramai korang tak tahu apa itu farm in the city dan dimana kah lokasinya ok lah ....aku bagi tahu serba sedikit ........lepas ni korang carilah untuk lebih lanjut.
FARM IN THE CITY ni lebih kurang macam zoo lah. atau lebih popular MINI ZOO. macam - macam ada kat dalam tu.lokasi nya pula adalah terletak di sri kembangan,dekat dengan pasar borong selangor, atau lebih tepat belakang giant. tiket masuk rm 30 untuk orang dewasa, rm 25 untuk kanak-kanak dan rm 20 untuk warga emas.
yang paling best aku tengok ,burung bolih hingap makan kat tangan. dan bagi cucu aku pula tangguk ikan dan masuk dalam baldi kecik.
No comments:
Post a Comment