akhirnya tercapai jua hasrat aku untuk menjejak kakiku dibumi nippon.
bumi matahari terbit.sebenarnya sudah lama aku bercadang dan menanam
hasrat untuk ke jepun ni,tapi terpaksa aku tunda dan pospon disebabkan
beberapa halangan yang tidak melayakkan aku untuk meneruskan impianku.
pertama,sebab tak ada budget,kedua, sebab tak ada masa yang mengizinkan.
ketiga, sebab urusan visa yang tak mungkin lulus.
tapi sejak visa dimansuhkan untuk rakyat malaysia,peluang aku untuk ke
jepun ini tebuka luas.
oklah tak perlu rasanya aku berceloteh panjang menjela-jela dan membebel,
lagi pun aku bukan suka sangat menaip ni.
kembara solo aku kejepun ni sama jer dengan kembara solo aku mana-mana
destinasi yang pernah aku pergi sebelum ini. cuma disini aku nak bagi tahu,
jepun adalah satu destinasi yang agak menarik dan berbaloi- baloi jika korang
berhasrat sangat nak datang.
baiklah aku cerita sikit kisah bermula kembara solo ini.
aku baru jer balik dari bercuti di australia bulan lepas, tapi selepas aku
tengok air asia membuat promo tiket murah ke osaka dan nagoya,aku terus
booking. kl - osaka rm 249. dan nagoya - kl rm 199. jumlah rm 448.tiket
berbaloi-baloi.
aku berlepas dari klia 2 pukul 8.00 pagi dan sampai di kansai airport
3.30 petang selepas penerbangan kira-kira 7 jam.
di kansai airport aku tempah jr kansai rail pass untuk 4 hari perkidmatan
dengan harga 6170 yen. aku tidak guna kansai thru pass kerana ia lebih
rumit dan leceh sikit pengunaan.
dengan jr kansai pass aku menaiki train jr kansai line ke shin imamiya
untuk ke hotel yang telah aku tempah melalui intenet.
dari stesen shin imamiya aku hanya berjalan kaki ke hotel, sewa hotel yang
aku tempah 1500 yen (rm 50) sehari.di osaka aku menyewa selama 3 malam.
yang selebihnya di kyoto dan nagoya.
balai pelepasan antarabangsa klia 2
passpot dan boarding pass
pesawat air asia x
anjung laluan ke boarding pesawat
aku pergi solo ok. yang kat belakang tu tak ada kena mengena dangan aku. mungkin hanya kebetulan jer.
penerbangan bermula
sarapan berbayar nasi + rendang ayam rm 18.
nasi rm 18 + air maniral rm 4 = rm 22
selamat tiba di kansai airport 3.30 petang
internasional airport kansai
ini lagi satu, jangan cuba nak gossip ok. kalau nak gossip......kirim salam.
kaunter jualan dan tebusan tiket jr kansai pass
tiket jr kansai area pass ,yang aku tempah.
tempat bertanya sebelum sesat
stesen jr shin imamiya
shin imamiya , depan hotel tempat aku tinggal
family mart yang terdekat dengan hotel aku
bilik bujang yang aku booking rm 50 semalam ,,,,,,,,,ciput
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya mohon bertanya mengenai entry tuan ke jepun.Salah satu tempat yang saya ingin kunjungi adalah Arashiyama Kyoto Jepun.
saya merancang untuk bercuti backpacker sendirian pada musim sejuk akan datang.saya ada bertanya pada teman2 fb dan ms musim sejuk yang tidak terlalu kuat adalah penghujung feb atau mac.
Ingin tahu route perjalanan tuan ke :
1. Arashiyama Kyoto Jepun.(jauh x dr tmpt tuan mginap.
2. Tempat2 yang tuan dapat share untuk short trip. (mungkin seminggu)
Terima Kasih.
Mohon maaf andai soalan saya agak keterlaluan.