awal pagi aku sudah keluar dari hotel.sementara menunggu kedai makan di sekitar komtar beroperasi aku merayau dulu di stesen bas. walaupun kaki aku masih lenguh - lenguh kerana semalam seharian aku merayau diseluruh pelusuk pulau pinang, bermula dari hotel penginapan aku di an nur ancasa di georgetown aku ke batu moung, bayan lepas, balik pulau,pulau tikus,cherok tokong,batu feringgi dan ke teluk bahang (tanam negara).lepas jer sarapan pagi di sebuah gerai di stesen bas komtar,aku segera naik bas rapid 204 ke air hitam. tambang rm 2.00. perjalanan adalah sekitar 40 minit.pukul 8.30 aku sudah terpacak depan pintu masuk stesen keretapi penang hill.
tiket masuk rm 8.00
aku orang pertama yang merasmikan pendakian keretapi di penang hill
pada 17 januari 2013.
satu train tu aku sorang jer yang booking.........sal tak percaya.
dah mula bergerak sekitar 200 meter. .... oh ya...baru aku teringat masa silam aku dulu, masa aku di sekolah kebangsaan batu mengkebang,sekitar tahun 1970,cik gu saad dan cik gu tahir selalu bercerita tentang keretapi bukit bendera,siap ada gambar sekali dalam buku tawarikh (sejarah).pada satu ketika ada seorang pelajar bertanya pada cikgu saad ,cantik tak tempatnya lalu jawab cikgu saad.......".saya pun tak pernah sampai."
pendakian ke 500 meter
melalui sebuah terowong.
pendakian ke 712 meter dari paras laut.
keindahan panorama di puncak penang hill
petunjuk arah untuk pengunjung
sebuah resturan yang terdapat di puncak penang hill ini.
tempat pertunjukan ular
muzium burung hantu
muzium pameran burung hantu di tingkat 2 cafe
model koc keretapi yang di guna di awal operasi di tahun 1920 an
taman burung
taman burung tiket masuk rm 10.00 dewasa
stesen boggy bayaran sewa dari rm 60.00sebuah bolih berkongsi 4 orang
jalan kaki lagi baik........aksen ambil gambar jer.
bergambar dengan ular bagi peminat ular..........macam anak aku NURHIDAYAH
nasib baik ini hari dia tak datang kalau tidak sakan dia bergambar.
cafe
panorama yang mengashikkan
macam oversea pulak
mat bangla sedang bertugas
pintu keluar
dah turun selepas puas merayau hampir sejam setengah.
di pertengahan jalan
bye jumpa lagi
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.